Thursday, November 28, 2013

Kisah Tawanan Wanita Malaysia dikurung di London Part 1

Dia memang Aishah




Jelebu: “Kami sangat bersyukur apabila dimaklumkan wanita itu adalah ibu saudara saya yang hilang 30 tahun lalu. Malah berita baik ini disahkan ibu saudara di London,” kata Siti Zawiyah Othman, 55, anak saudara wanita Malaysia yang menjadi hamba selama 30 tahun, Siti Aishah Abdul Wahab, 69, yang hilang selepas melanjutkan pelajaran di United Kingdom (UK) pada 1968.
Siti Zawiyah berkata, keluarganya dimaklumkan kakak Siti Aishah iaitu Kamar Mahtum, 73, yang kini berada di London untuk proses pengecaman.
“Keluarga menerima panggilan daripada Kamar pagi tadi (semalam) memaklumkan wanita itu adalah saudara kami yang hilang.

“Selepas menerima berita itu, saya kemudian memaklumkan kepada ibu, Hasnah, 88, kakak sulung kepada dua beradik berkenaan,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Binjai, Kuala Klawang di sini semalam.
Foto
FOTO Aishah dalam simpanan keluarga (kiri) dan gambar rakaman ITV News pada 1997.

Katanya, mereka bersyukur apabila dimaklumkan wanita itu ibu saudara yang sememangnya dicari dan dirindui.
Sumber: hmetro

Wednesday, November 27, 2013

Kisah Tawanan Wanita Malaysia dikurung di London

 

Ini cerita sebenarnya

London: Wanita Malaysia, dikenali sebagai Siti Aishah Abdul Wahab yang dilaporkan menjadi ‘hamba’ selama tiga dekad di bawah kawalan pemimpin aliran politik kiri dikatakan tiba di London bersama tunangnya ketika dunia dibayangi isu perang Vietnam.
Pasangan terbabit kemudian dilaporkan tertarik kepada pertubuhan dikenali sebagai Forum Mahasiswa Malaysia Dan Singapura (MASS) yang dicap sebagai antara kumpulan Maoist tegar yang bergerak di kota raya London. 
Di bawah kendalian pasangan dikenali sebagai Balakrishnan dan Chanda Pattni, kumpulan berkenaan berada di barisan depan dalam kebanyakan protes mahasiswa walaupun jumlah keanggotaannya kecil. 

Walaupun bentuk badannya kecil dan gempal, Balakrishnan yang dipanggil pengikutnya sebagai Chairman Ara seorang tokoh berkarisma dan dihormati dalam kalangan aktivis berhaluan kiri.
SITI Aishah (gambar kecil) cuba dijejaki oleh kakaknya yang berlepas ke London malam tadi.
Menurut seorang daripada anggota kumpulan berkenaan Siti Aishah berpindah menyertai sel kecil pengikut Marxist yang sering berpindah-randah dari satu rumah ke rumah lain di Brixton, Haringey dan Woodford Green

Sumber: hmetro

Saturday, November 23, 2013

Pelesit Palestin ditangkap...

 Pelesit Palestin Ditangkap...


Kuala Lumpur: Seorang lelaki Palestin yang disyaki menyeleweng dana orang ramai dan didakwa menumbuk ibu kandungnya sendiri gara-gara perselisihan faham berhubung isu pembahagian derma orang ramai untuk rakyat Palestin ditahan polis awal pagi semalam.
Sumber berkata, suspek berusia 27 tahun berkenaan pada mulanya dicari polis di kediamannya di sebuah taman perumahan di Kajang, dekat sini, kira-kira jam 1 pagi, bagaimanapun suspek tiada di rumah itu.

Namun, selepas itu, suspek hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang kira-kira jam 3 pagi sebelum terus ditahan.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu, namun memberitahu suspek sudah dibebaskan Mahkamah Majistret Kajang, semalam.

“Apapun, kes masih disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan dan Seksyen 323 kanun sama kerana sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan kesedihan seorang ibu warga Palestin berusia 60 tahun apabila mendakwa ditumbuk anaknya selain terkejut mengetahui anaknya juga pernah mengugut bekas suaminya (ayah suspek) serta bertindak kasar terhadap isteri yang juga warga tempatan sehingga keguguran.
Malah, ibu yang hanya mahu dikenali sebagai Zahrah itu juga berasa sangat sedih apabila mendapat tahu anak lelakinya itu juga menyalahguna wang rakyat Malaysia untuk membantu saudara seagama di Palestin khususnya Gaza.

Sementara itu, Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang fokus dengan isu Palestin dalam reaksi balasnya menyeru rakyat Malaysia menyalurkan sumbangan kepada badan, NGO atau institusi diiktiraf bukan melalui individu atau perseorangan.
Sumber: Harian Metro

Istanbul aku Datang lagi...benar-benar terjadi......

 
Istanbul aku Datang lagi...benar-benar terjadi......



Kuala Lumpur: Bagaikan tajuk filem popular Istanbul Aku Datang, seorang guru wanita sanggup terbang hampir 11,000 kilometer ke Istanbul, Turki, semata-mata untuk menemui kekasihnya yang hanya dikenalinya melalui Internet.
“Saya bukan ditipu. Biarpun kami hanya berkomunikasi melalui Internet dan tak pernah berjumpa secara berdepan saya memang menyintainya,” kata Darlina Kamal, 28, yang kini berada Gaziantep, Turki, ketika dihubungi Harian Metro.

Graduan undang-undang yang bertugas di utara tanah air itu berkata, ketika ini dia mengambil cuti tanpa gaji dan terbang ke Turki pada 27 September lalu.
Darlina berkata, dia akan pulang ke Malaysia untuk berkahwin dengan teman lelakinya, Bozkurt Tarkan Demirkiran, 39, Januari tahun depan dan selepas itu akan berhenti kerja.

Malah, dia juga bersedia untuk menukar kerakyatan apabila memutuskan untuk terus tinggal di negara itu bersama bakal suaminya.

Menurutnya, sepanjang berada di Turki sejak hampir tiga bulan lalu dia tinggal bersama keluarga bakal mentuanya dan mendakwa dilayan dengan baik.
“Saya sudah pun menempah tiket balik ke tanah air pada Januari depan untuk membawa pulang teman lelaki. Kami sudah bersedia untuk berkahwin.

“Dia (kekasihnya) masih bujang dan bekerja di syarikat membuat permaidani. Ibu saya juga sudah bersetuju dengan pilihan hati saya,” kata anak bongsu daripada dua beradik itu. Mengimbas kisah perkenalannya dengan Bozkurt, Darlina berkata, dia berkenalan dengan lelaki itu melalui laman sembang sosial Facebook (FB) pada April lalu sebelum hubungan mereka berlanjutan hingga kini.
Menurutnya, selepas menemui keserasian dan saling jatuh cinta mereka berbual menerusi laman sembang Skype hampir setiap hari.

Ibu Darlina, Che Zan Ramli, 58, berkata, pada mulanya memang dia menentang niat anaknya untuk berkahwin dengan lelaki Turki.

Menurutnya, dia juga cuba menghalang pemergian Darlina ke Turki pada September lalu kerana bimbang anaknya menjadi mangsa penipuan lelaki warga asing, selain mahu Darlina berkahwin dengan lelaki tempatan.

“Sebagai ibu, seboleh-bolehnya tidak mahu dia berpisah jauh daripada keluarga. Namun, apabila dia bertegas dan selepas saya fikirkan semula, saya reda kerana sedar tak sepatutnya saya menghalang hasratnya nak berumah tangga.

“Biarpun lepas ini dia tinggal di Turki dan jadi warga negara itu, saya sanggup melawatnya biarpun saya sebenarnya ada masalah kesihatan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Che Zan yang menetap di Parit Buntar, Perak berkata, dia kini berfikiran positif dengan menganggap anaknya itu antara kes bertuah dalam percintaan Internet.

Dia berharap Darlina dikategorikan dalam 10 peratus wanita yang berjaya dalam percintaan Internet kerana dalam kebanyakan kes, wanita kerap ditipu lelaki yang dikenali menerusi laman sosial.

“Naluri ibu kuat mengatakan dia akan bahagia. Saya lebih mengetahui anak sendiri daripada orang lain. Kini saya berhubung dengan Darlina hampir setiap hari melalui Skype. Teman lelakinya itu juga sudah bercakap dengan saya,” katanya.

Sumber: harian metro


Wednesday, November 20, 2013

Satu Malaysia dah kena tipu

Villa Nabila. Kecoh Kerana Suka-Suka

Johor Bahru: “Kami bukan mahu melihat hantu, tetapi pergi ke situ sekadar suka-suka,” kata Mohamad Izzat Izuddin Hussin, 16, yang disangka hilang dan disorok hantu di banglo usang Villa Nabila di Jalan Skudai di sini, tapi sebenarnya bermalam di rumah kawan.
Mohamad Izzat yang dilaporkan hilang sejak tengah malam Sabtu lalu sebelum dikesan, awal pagi semalam berkata, tiada kejadian tidak diingini berlaku di banglo berkenaan ketika dia bersama kira-kira 30 rakannya berkunjung ke situ. 
Menurutnya, selepas keluar dari Villa Nabila awal pagi Ahad lalu, dia dan beberapa rakan sempat ke Masjid Ayer Molek untuk solat sebelum makan di sebuah restoran makanan segera.

“Saya bimbang dimarah ibu kerana pulang lewat lalu mengambil keputusan tidur di rumah kawan, namun tidak sangka ia menyebabkan kekecohan,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Sentral, di sini, bersama ibunya, semalam.
Foto
MOHAMAD Izzat bersama ibunya.


Mohamad Izzat berkata, dia hanya sedar keluarga mencarinya selepas diberitahu rakan polis datang mencarinya di rumah.

“Selepas ke Villa Nabila, saya tidak pulang ke rumah di Kampung Melayu Majidee kerana sudah lewat. Saya bimbang dimarahi ibu dan tidak dapat menghubunginya kerana tidak ingat nombor telefon.

“Saya tiba di rumah rakan kira-kira jam 5 pagi dan terus tidur kepenatan. Saya tidak sedar orang ramai mencari saya kerana menyangka hilang.

“Saya terkejut apabila ada anggota polis ke rumah rakan untuk mencari saya dan memohon maaf kerana menyusahkan banyak pihak,” katanya.

Pelajar tingkatan empat itu berkata, dia dan rakan berkunjung di banglo usang itu kerana mahu menghabiskan masa sempena cuti sekolah.

“Biasanya kami berjalan sekitar bandar, tetapi kali ini ke Villa Nabila yang berhampiran Teluk Danga kira-kira jam 12 tengah malam selepas seorang kawan memberi cadangan,” katanya.

Sementara itu, ibunya, Norhayati Mohamad, 38, berkata, dia menerima panggilan telefon daripada polis kira-kira jam 2 pagi memaklumkan anak ketiga daripada tujuh beradik itu ditemui di rumah rakannya di Flat Taman Desa Mutiara, Tebrau, di sini.


Sumber: Hmetro
 

Tuesday, November 19, 2013

Kehilangan Remaja Rumah Puaka Villa Nabilla

Sumber: HMetro
JOHOR BAHRU: Di sebalik cerita pelik dan menakutkan, Villa Nabila di Jalan Skudai berhampiran Teluk Danga di sini, terus menerima kunjungan orang ramai sejak awal malam dan kehadiran tetamu tidak diundang yang silih berganti itu tidak berkurangan hingga tengah malam tadi.
Menjelang tengah malam ini, dianggarkan 400 orang kebanyakannya remaja bertumpu ke kawasan banglo yang disenaraikan sebagai lokasi berhantu oleh sebuah portal pelancongan berpangkalan di Amerika Syarikat, Expedia.
Tanpa takut atau bimbang dengan khabar angin tentang kehilangan 23 daripada 30 remaja di Villa Nabila itu, orang ramai melanggar garisan kuning yang dipasang pihak berkuasa untuk meninjau persekitaran dan dalaman banglo usang itu.

Malah, ada remaja yang menjerit dan membuat bising di dalam banglo berkenaan untuk tujuan bersuka-suka dan membuat kecoh.

FOTO Mohd Nur Hafidz Nordin

Kira-kira 11.15 malam tadi, sepasukan peronda dihantar ke tempat kejadian untuk menyuraikan orang ramai yang menceroboh ke kawasan larangan itu.

Bagaimanapun, kehadiran anggota polis itu tidak menghalang lebih ramai orang berkunjung ke kawasan persekitaran Villa Nabila.

Kenderaan pengunjung yang diletakkan di bahu jalan itu juga mengakibatkan kesesakan hingga dua kilometer di Jalan Skudai menghala Tampoi berikutan pengguna jalan raya turut memperlahankan kenderaan untuk melihat orang ramai yang berkumpul di situ.

Polis Johor menafikan dakwaan di laman Facebook (FB) bahawa seramai 23 daripada 30 remaja yang dikatakan memasuki Villa Nabila hilang sejak pagi Sabtu lalu.

Sebaliknya, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, siasatan polis mendapati hanya seorang remaja dilaporkan hilang dan siasatan masih diteruskan bagi memastikan remaja lelaki itu berada di banglo berkenaan atau tidak.

Katanya, laporan diterima daripada Norhayati Mohamad, 38, yang mendakwa anak lelakinya Mohammad Izzat Izuddin Husin, 16, tidak pulang ke rumah sejak petang kelmarin.

Monday, November 18, 2013

Pelatih Di Pukul Hingga mati

Mati cuba bolos Kota Tinggi: Berang selepas seorang pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Ladang Tradewinds, Bandar Perani, di sini, cuba melarikan diri, sekumpulan polis bantuan pusat berkenaan dikatakan memukul pelatih itu hingga maut dalam kejadian tengah malam, Jumaat lalu. Difahamkan, pelatih lelaki berusia 38 tahun itu melarikan diri dari pusat berkenaan beberapa jam sebelum itu sebelum sekumpulan polis bantuan menemuinya di kawasan berhampiran lalu memukulnya menggunakan senjata tumpul. Mangsa dikatakan cuba melarikan diri ke sebuah kebun kelapa sawit di kawasan berhampiran, tetapi ditahan semula. Selepas ditahan dan dipercayai dipukul, mangsa dikatakan dihantar semula ke sel tahanan pusat pemulihan itu sebelum ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan bersandar di dalam bilik berkenaan.


 
 Foto
                             LIMA suspek direman untuk membantu siasatan kematian pelatih PUSPEN                                         Ladang Tradewinds, Jumaat lalu.

 Panik dengan keadaan mangsa yang tidak bermaya, pengurusan PUSPEN dikatakan menghantar mangsa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) pada jam 12 tengah malam Jumaat lalu, sebelum mangsa dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dua jam kemudian. Sumber: Harian Metro

Saturday, November 16, 2013

Untuk Blogger Malaysia..dan rakyat di malaysia..

Untuk Blogger Malaysia..dan rakyat di malaysia..iklan boleh cari duit terus ke akuan anda...klik iklan ni....jangan tak klik...nanti rugi

Untung Laaa...Dapat Mini Cooper bila UPSR dapat 5A...

Untung Laaa...Dapat Mini Cooper bila UPSR dapat 5A... anak orang susah tidak dapat apa pun...Hanya doa restu dari orang tua je....


Nak Tahu lebih lanjut klik disini... Saya tidak mahu mengulas lebih panjang....tak pun cari je kat MR Google...berlambak cerita disitu....

klik iklan bawah ni..untuk cari duit lebih..

Sunday, November 10, 2013

Pembunuh Norazita berjaya ditangkap polis

Pembunuh Norazita berjaya ditangkap polis

SUMBER DARI ASTROAWANI.COM

  KUALA LUMPUR: Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Norazita Abu Talib, 37, dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya pada 23 Okt lepas, telah berjaya ditangkap polis pagi ini.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya apabila beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan Ops Cantas Bukit Aman yang dikatakan telah berjaya menangkap suspek di Johor Baharu.


Dalam kejadian pada pukul 6.18 petang itu, Norazita, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek.

Suspek kemudian melarikan sejumlah RM450,000 dari bilik kebal itu.

Rakaman video selama 32 saat, yang dipercayai sedutan CCTV memaparkan insiden itu, telah tersebar dengan meluas di laman sosial ekoran kejadian tersebut.

TUNGGU BERITA SELANJUTNYA ....

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

{TERKINI}[GEMPAR] PEMBUNUH Kejam Ambank BERJAYA DITANGKAP POLIS 

SUMBER DARI:  http://celahgelegar.blogspot.com


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar



Syabas Team Ops Cantas BAman, telah berjaya tangkap pmbunuh/perompak kejam Ambank di JB pagi ini. TK Rakyat M'sia yg terus membantu@PDRMsia".


Tahniah kepada PDRM dan syukur kepada Allah atas penangkapan ini. 
Pada 23 Oktober 2013 yang lalu, Norazita Binti Abu Talib pegawai bank ditembak mati di Subang Jaya. Mangsa dilaporkan ditembak oleh pengawal keselamatan ketika sedang membuka bilik kebal untuk menyimpan duit dalam bank berkenaan. Insiden berlaku pada pukul 6.30 petang di sebuah cawangan Ambank di USJ 2 Sentral, Subang Jaya.

Identiti pengawal keselamatan terbabit dikenali sebagai Ardi bin Hamza yang berasal dari Tawau Sabah, walau bagaimanapun maklumat tersebut diperolehi daripada kad pengenalan palsu yang dimiliki oleh pembunuh. Sebelum kejadian, mangsa telah memasuki bilik kebal bank bersama empat lagi pegawai bank serta suspek untuk menyimpan wang. Namun suspek yang bersenjatakan ‘pump gun’ telah bertindak dengan melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa. Suspek kemudian melarikan diri dengan motosika.



ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...