Thursday, January 30, 2014

[ TERKINI ] Kanak-Kanak 6 Tahun Diculik Depan Tadika Di Bangi Hari Ini



Seorang budak lelaki berusia 6 tahun telah diculik di hadapan kawasan sekolah selepas ibunya menghantar dia ke sekolah hari ini. Kejadian itu berlaku pada 8.15 pagi di hadapan Tadika Baitul iffah di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.

 Keluarganya telah membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Bangi tidak lama selepas kejadian itu. Menurut ibu mangsa, Eryanis Dadameah , anaknya Muhammad Zarif Abdul Kalek berpakaian seragam sekolah apabila penculikan berlaku.

 Beliau berkata kanak-kanak itu telah diambil oleh seorang lelaki yang memandu sebuah Perodua Alza dengan nombor plat dari Pulau Pinang. Menurut Eryanis lagi, lelaki itu muncul secara tiba-tiba dan menolaknya sebelum menculik kanak-kanak itu.

Dia merayu supaya penculik tersebut membebaskan anaknya secepat mungkin di dalam keadaan selamat. Eryanis yang baru sahaja berpindah ke Kuala Lumpur pada bulan lepas memohon kerjasama semua pihak untuk membantu menyebarkan tentang kejadian ini dan mereka yang mempunyai maklumat diminta menghubungi polis di talian 999 atau ibu bapa Muhammad Zarif di 016-4665 866, 012-5610 487 atau 012-6518 638. – Malaysian Digest

Aktiviti ke Broga Hill

Aktiviti masa yang terbuang dan melihat pemandangan indah di Broga Hill..... Jom layan Gambar aktiviti saya di sana...zasssssssssssssssssss....






Jom Klik:

Ibu lega suspek dihadap ke mahkamah

Susulan kes kematian 3 beradik entry yang lepas rujuk http://d-onez1.blogspot.com/2013/12/tragedi-3-beradik-dibunuh.html

“Saya begitu merindui gelak tawa mereka, malah bayangan wajah ketiga-tiga anak yang muncul sambil menyebut ‘mama’ ketika mahu melelapkan mata, baru-baru ini membuatkan hati kecil menjadi sayu dan sedih.”

Begitu kata Siti Aisyah Ariffin, 40, yang kehilangan tiga anak perempuan iaitu Noor Syafikah Nadia Abdullah, 14, Nur Izzati Husna Rusdi, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3, dalam sekelip mata apabila ditemui mati di dua lokasi berbeza, hujung tahun lalu.

Siti Aisyah berkata, dia reda dengan ketentuan takdir pemergian tiga beradik itu buat selama-lamanya sejak dua bulan lalu, namun naluri kasih sayang sebagai ibu tidak pernah pudar terhadap anak-anaknya.


“Saya seolah-olah nampak bayangan mereka sehingga sekarang. Ia saat paling menyedihkan namun saya tetap reda dengan ketentuan Ilahi.

“Sebagai ibu, saya rasa berpuas hati apabila insan yang bertanggungjawab terhadap kejadian menimpa anak-anak saya akhirnya dibawa ke muka pengadilan selepas lebih sebulan berlalu.

“Biarlah dia menerima balasan setimpal dan rasa penyeksaan yang kami rasa selama ini akibat kehilangan anak,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Difahamkan, Siti Aisyah bersama suami Rusdi Rani, 39, kini berada di Besut, Terengganu bagi mengadakan majlis tahlil untuk ketiga-tiga arwah anak mereka.

Akhbar semalam melaporkan seorang penganggur Mohd Firdaus Mohd Faridul, 19, dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, terhadap tuduhan membunuh seorang daripada tiga beradik perempuan itu, tahun lalu.
Mohd Firdaus didakwa dengan niat melakukan pembunuhan menyebabkan kematian terhadap Noor Syafikah di Kampung Alor Senibong, Mukim Tajar, di sini, antara jam 9.30 malam hingga 11.30 malam pada 29 November tahun lalu.

Harian Metro pada 17 Januari lalu melaporkan misteri kematian tiga beradik perempuan di dua lokasi berasingan di Kampung Senibung dan tali air Kampung Padang Petani, di sini, terjawab apabila dua lelaki berusia 19 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

======================================================

Polis sifatkan kes bunuh

 Penemuan mayat tiga beradik perempuan di dua lokasi berbeza masing-masing di Alor Senibung dan tali air Padang Petani, di sini, dalam masa 24 jam menimbulkan pelbagai tanda tanya berhubung motif kejadian.

Mayat mangsa pertama, Norsyafika Nadia Rusdi, 14, ditemui di sebuah kawasan sawah terbiar berhampiran Alor Senibong, di sini, iaitu kira-kira 12.2 kilometer dari rumah mereka yang terletak di Kampung Alor Semela pada jam 3.45 petang, kelmarin.

Kira-kira 24 jam kemudian, dua lagi adiknya, Nur Izzati Husna, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3, ditemui kurang 100 meter antara satu sama lain di tali air Padang Petani, Langgar, di sini, kira-kira jam 4 petang, semalam.


Jarak lokasi penemuan mayat Norsyafika dengan lokasi penemuan mayat dua adiknya dianggarkan kira-kira 2.5 kilometer dan mayat mangsa pertama ditemui dalam keadaan separuh bogel.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata, laporan bedah siasat menunjukkan Norsyafika mati akibat lemas dan tiada kecederaan di bahagian kemaluan mangsa.

Menurutnya, polis mengklasifikasikan kes terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas mengesyaki wujud elemen mencurigakan dalam kes membabitkan kematian ketiga-tiga beradik itu.
“Kematian Norsyafika disebabkan faktor lemas, namun kami yakin punca mangsa lemas disebabkan faktor luar biasa termasuk membabitkan elemen jenayah.

“Kita ambil kira banyak faktor termasuk keadaan penemuan mayat yang mencurigakan di dua lokasi berbeza. Kita juga akan nilai semua aspek jenayah dan segala kemungkinan boleh berlaku.
“Justeru, kita klasifikasikan kes membabitkan kematian ketiga-tiga mangsa ini sebagai kes bunuh dan kita akan tunggu hasil laporan bedah siasat ke atas dua lagi mayat yang akan dijalankan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB),” katanya ketika ditemui di lokasi penemuan mayat mangsa di Padang Petani, semalam.

Difahamkan, ada saksi yang juga saudara terdekat mangsa mengakui ternampak ketiga-tiga beradik itu singgah seketika di sebuah kedai makan berhampiran rumah mereka kira-kira jam 9 malam, Jumaat lalu, sebelum masing-masing gagal dikesan dan ditemui mati.

Sumber:hmetro Jom Klik:

Wednesday, January 29, 2014

Video Pusingan U-turn dalam dunia paling menakutkan


Think your commute is bad? Joachim Held of Styria, Austria drives his truck full of wood off a cliff...well, almost. The daredevil logger has filmed himself performing his daily three-point turn near a drop of 1,000 feet. But Joachim finds it kind of boring, really. So, we find him kind of awesome. Check out Joachim's scary commute along with some of these other insane hairpin turns and rickety bridges from Bolivia to Pakistan. Jom Klik:

Cikgu Gila

Semakin hari semakin banyak cerita tentang kisah cikgu gila jom kita terjah...

 Akibat gagal menghafal A, B, C hingga Z dengan lancar apabila bacaan terhenti sekadar pada huruf D, seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun didakwa dipukul guru tuisyen sehingga luka dan lebam di beberapa anggota badan, kelmarin.

 Dalam kejadian di pusat tuisyen di Sri Gombak, di sini, Issac Chan Yi Bing dikatakan turut dicakar selain dirotan guru wanita yang sarat mengandung itu. Ibunya,

Ong Mei Li, 30, berkata akibat perbuatan guru itu belakang badan anak tunggalnya bercalar dan berdarah, selain lebam di tangan, telinga serta pipi.

 Menurutnya, kecederaan Issac dikesan selepas kanak-kanak itu pulang daripada pusat tuisyen dalam keadaan menangis dan ketakutan kira-kira jam 7 malam.

                  

                                                                   LENGAN kanan Issac lebam dipukul.

Sumber:hmetro Jom Klik:

Tuesday, January 14, 2014

WAJIB BACA: KISAH 2 RINGGIT, MASJID & GEREJA

KENAPA GEREJA KADANG KALA LEBIH BAGUS DARI MASJID DI MALAYSIA


Assalamualaikum buat pembaca Terperanjat aku dengan tajuk diatas...Sebenarnya tajuk di atas aku jumpa di blog kepunyaan hamba allah ini. nanti aku akan copy paste cerita yang ada dalam blog tu.  Sebelum itu aku nak beritahu...bukan nak promote pun majalan ni....Dah baca ke mastika keluaran Jan 2014.... ada isu kisah Zakat kat negara kita malaysia ni.... ada cerita kisah duka dan sedih pakcik-pakcik yang mohon bantuan dari pusat zakat ni....

Hati saya terdetik...sedih...pilu...betapa maju pun malaysia ini.... duit yang sepatut diagihkan kepada yang berkenaan tidak disampaikan dengan sempurna.  Aku pun tak pasti samada mereka ini yang bekerja di Jabatan itu punya kelulusan dalam bidang Agama ataupun sekurang-kurangnya lulusan aliran sekolah agama.

Memang benar...Jabatan kebajikan Masyarakat membantu....tetapi skop kerja JKM membantu seluruh rakyat malaysia tanpa mengira agama dan keturunan. Dan bantuan zakat hanya membantu untuk orang-orang islan yang daif...dapat tak bezakan JKM dan bantuan Zakat.




KENAPA GEREJA KADANG KALA LEBIH BAGUS DARI MASJID DI MALAYSIA

Cerita menginsafkan...

Cerita ini copied dari status yang dikongsikan oleh Encik Tajul Ariffin. Ianya rentetan dari cerita seorang lelaki Islam yang mencuri wang tabung masjid sebanyak RM2 dan dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun semalam. Sebab mencuri ialah kerana kesempitan hidup. Baca cerita di bawah dan tanya diri kita. Apakah fungsi masjid? Kenapa gereja lebih bagus dari masjid di Malaysia. 

Masjid banyak duit. Tetapi pengurusan masjid buat duit masjid macam duit mereka sendiri. Curi RM2 kena penjara. Mungkin yg melidi duit tabung tu dalam kesempitan sangat. 

Aku pernah masuk gereja dekat komplek Asia Jaya. Ada kotak transparent atas meja. Ada buku catitan sebelah kotak. Dalam kotak tak bertutup ada banyak duit macam2 note. Aku belek buku. Lima ruang utk diisi. Tarikh, Nama, no tel, jumlah, catitan. Berbagai kaum punya nama ada dan memang aku mencari nama melayu. Jumpa beberapa nama siap nombor talipon. Salah satu nama lelaki ambil RM 50 utk beli susu anak. Aku call no yg dicatat. Sembang bbrp minit. Baru kena berhenti kerja jaga masa tu. 

"Dah jumpa pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari. Bendahari pula suruh gi pejabat zakat. Sampai pejabat zakat kena isi itu ini. Entah bila pula nak dapat. Kawan india suruh pi gereja. Boleh terus ambik kemudian baru tulis nama. Saya pun pergi tempat tu dgn dia."

"Kenapa encik ambik limapuluh je. Bukan ada orang jaga pun?"

"Entahlah. Tapi walaupun takde orang jaga tapi Allah nampak walaupun dalam gereja. Niat saya memang nak beli susu anak dan sikit utk tambang pusing2 cari kerja."

Terdiam aku sekejap. Lepas tu encik? 

"Saya terus pergi beli susu anak dan balik rumah dgn nasi bungkus malam lima beranak. Pagi esok gereja talipon dan lepas tu saya pun dapat kerja jadi jaga di gereja tu. Takpa la asal tak mencuri."

Aku langsung teringat pada sorang pakcik yg sedang ronda tempat parking masa tu. Encik masih kerja di situ? 

"Dak dah. Saya dah balik kampung ni. Gereja bagi modal. La ni saya meniaga gerai makan. "

Masjid patut boleh buat lebih baik dari gereja. Jangan bangga dengan jumlah terkumpul ratusan ribu tp ahli qariah ada yg dapur tak berasap.

Steamboat...

Korang pernah makan steamboat tak, Tentu korang pernah makan kan. so sebenarnya aku tak pernah makan kat mana-mana lagi.  Satu hari Abg 'Z' ajak makan Steambot kat Taman Dagang Ampang yang terletak tidak jauh dari pasaraya UO dan balai Polis Ampang Jaya kalau tak silap aku..(Maaf Aku Memang Lupa)...

Pertama kali sampai.... terpesona dengan makanan yang disediakan (anjat boboy...ahakkkk)....banyak makanan...rasa macam nak makan semua.... tapi tak semua la boleh makan sebab perut aku cepat kenyang.

Dan kerap juga makan kat situ...sampai masa jamuan untuk makan-makan satu opis pun aku buat kat situ....
sebenarnya..kawan-kawan yang lain beriya-iya nak pegi kat situ....tapi aku tak ada kesempatan nak bawa mereka. Sorry ye Sat Edward..Amir Jamaluddin...Harry Taurus....nanti sampai waktu aku tak sibuk kita makan kat situ....

Kat bawah ni ada pic...tapi aku copy paste dari mr google...sebab masa aku buat entry ni aku kat opis sekarang. Kamera kat rumah tak bawa.








Bukan Blog Politik

Minta Maaf ye...blog aku bukan blog politik....dan aku tidak akan sesekali nak masuk campur urusan politik ke dalam blog ini....bukan tidak ambil tahu dan ambil pusing....belum tiba masa untuk aku memasukkan entry politik....biarlah blog ini berdasarkan keperihatinan aku terhadap umat islam diluar sana.....sedikit mengenai perjalanan hidup aku....
wakaka....


Perubahan......(Maintenance)

Rasanya blog aku ni nak buat perubahan sedikit......nak tukar gaya templet blog yang baru...mungkin blog ini akan mengalami sedikit gangguan....nak tukar kepada dot com (.com)....akan mengalami perubahan sedikit demi sedikit.



Friday, January 10, 2014

Derita 16 tahun DI RANTAU ORANG

Raut wajahnya jelas menggambarkan penderitaan yang terpaksa dipikul seorang diri sejak menetap di Tunisia selama 33 tahun, selepas bertemu jodoh dengan seorang pejuang revolusi dari negara terkecil di benua Afrika Utara itu.
Lebih menyedihkan, ketika arwah suaminya, Mohamed Moncef Ouerghui, ditahan dan meringkuk di penjara hampir 16 tahun atas arahan pemerintah ketika zaman penuh pergolakan di Tunisia, Normah Abdul Aziz, 55, berusaha membesarkan sembilan anak yang berusia antara empat bulan hingga 11 tahun seorang diri di bumi asing. 
Menyingkap kisah hidupnya, Normah berkata sebaik suaminya ditahan pihak berkuasa atas tuduhan menentang kerajaan, dunianya seakan-akan gelap seketika dan hilang punca terutama untuk membesarkan anak-anak mereka. 

Sejak berkahwin pada 1981 selepas berkenalan di sebuah bank di Kuala Lumpur, seterusnya melangsungkan perkahwinan dan menetap di Tunisia, dia tidak bekerja dan hanya menjaga anak di rumah.

“Selepas suami ditahan, selama enam bulan saya hanya duduk di dalam bilik di rumah sewa dan tidak keluar-keluar. Anak-anak yang masih kecil menangis kelaparan, duduk mengelilingi saya tetapi saya tidak peduli.

“Semangat saya seakan-akan hilang dan rasa macam tidak mampu berbuat apa-apa. Saya tidak membayar sewa rumah dan duduk saja. 

“Mujur ada saudara-mara suami, tuan rumah dan rakan prihatin yang tetap membantu memberikan makan minum kepada anak-anak saya,” katanya sambil menahan sebak. 

Namun semangatnya seolah-olah melonjak kembali apabila salah seorang rakannya mengajak dia ke rumah untuk melihat keadaan hidup mereka sekeluarga. 

Normah berkata, berbanding dirinya yang mempunyai ramai anak, rakannya itu memiliki hanya tiga cahaya mata namun dua daripada mereka yang berusia 11 dan 12 tahun tidak mampu berdikari kerana kelainan upaya. 

Rakannya itu terpaksa membawa dua anak–nya itu yang berkerusi roda ke sekolah dengan menunggu bas di tepi jalan dan apabila bas sampai dia mengangkat mereka menaiki bas. 

“Melihatkan penderitaannya yang terpaksa berbuat demikian setiap hari dan betapa tabah dia mengharungi kehidupan begitu, tidak semena-mena membuatkan semangat saya pulih dan melonjak kembali. 

“Saya dapat merasakan betapa besarnya kuasa Allah. Biarpun anak saya ada sembilan orang, semuanya sempurna, ada dua kaki dan dua tangan, boleh berdikari dan saya terus menanam azam untuk menjalani hidup dengan semangat baru,” katanya. 

Menurut Normah, sebelum berkahwin dia sangat aktif dalam kegiatan sukan termasuk bola sepak, taekwondo, lontar lembing serta hoki dan pernah menyertai pertandingan sukan sehingga peringkat kebangsaan. 

Selepas berkahwin, dia meninggalkan semua aktiviti lasak dan lebih menumpu perhatian kepada suami dan anak-anak. 

Dia ditatang bagai minyak yang penuh oleh suami dan setiap kemahuan akan dipenuhi termasuk pemandu yang disediakan untuk membawanya ke mana-mana saja yang dimahukan. 

Namun selepas suaminya ditahan, semua keistimewaan itu hilang malah Normah terpaksa mencari duit dengan cara membeli pakaian borong dan menjualnya semula dari pintu ke pintu serta menjual sambal dengan pertolo–ngan anak sulung yang masih berusia 11 tahun ketika itu. 

“Bagaimanapun, tidak mudah untuk mencari rezeki kerana pihak berkuasa kerajaan ketika itu sentiasa memerhatikan kami sekeluarga, termasuk mengganggu saya dan anak-anak hampir setiap hari. 

“Mereka mengikut anak-anak ke mana saja hingga ada anak yang tidak mahu pulang ke rumah kerana takut,” katanya. 

Penderitaannya tidak berhenti setakat itu kerana sering diganggu oleh pihak polis yang berkunjung ke rumahnya tanpa mengira masa dan menyoalnya bertalu-talu untuk mendapat pelbagai maklumat.

Katanya, pihak polis tidak membenarkan sesiapa membantu dia dan anak-anaknya dan jika ada yang berani, mereka akan ditahan dan dipenjarakan. 

Namun katanya, kekuasaan Allah dapat dirasakan sepanjang penderitaannya itu kerana dalam kesusahan, Tuhan tetap menyalurkan rezeki melalui jiran tetangga yang membantunya tanpa diketahui siapa mereka, malah tidak dapat dikesan pihak berkuasa. 

Disebabkan dia masih mampu meneruskan kehidupan bersama sembilan anak, pihak berkuasa tidak berpuas hati dan selalu datang untuk menyoal mengenai bantuan yang diterima. 

“Saya kata pada mereka Allah yang membantu saya dan jika mereka mahu saya berikan nama orang yang membantu saya, sudah pasti saya tidak akan memberikannya. 

“Akibat ketegasan saya itu, pihak berkuasa mengambil jalan lain untuk menambah derita saya termasuk memaksa tuan rumah menghalau saya keluar sekiranya tidak mahu anak perempuan mereka diapa-apakan. 

“Berikutan itu, saya pernah merempat di tepi jalan bersama anak-anak dan tidur beberapa hari di sebuah rumah sewa pelajar Malaysia, Thailand dan Indonesia di Tunisia, yang baik hati membantu saya. 

“Ketika itu tidak ada Kedutaan Malaysia di Tunisia tetapi ada di negara berjiran. Saya meminta bantuan daripada Kedutaan Indonesia sebelum mereka menghubungi Kedutaan Malaysia yang datang segera membantu saya,” katanya. 

Penderitaannya berkurang apabila pihak Kedutaan Malaysia meminta pihak berkuasa Tunisia untuk berhenti mengganggu dia dan anak-anaknya. 

Sebaliknya, pihak polis Tunisia diminta memberikan waran terlebih dulu kepada Normah sekiranya mereka memerlukan sebarang maklumat. 

Pihak kedutaan juga membantunya dari segi kewangan dan sokongan moral selain menyi–apkan semua dokumen yang perlu untuk membantunya pulang semula ke Malaysia. 

Bagaimanapun, Normah menolak untuk pulang ke negara ini selepas memikirkan bakal kehilangan hak ke atas semua anak-anaknya yang juga warga Tunisia sekiranya dia bercerai dengan suami. 

Derita sekeluarga 

Menurut Normah, suaminya terus ditahan di penjara sepanjang tempoh itu dan dipindah dari satu penjara ke penjara lain sehingga dia mempunyai ramai kenalan daripada kalangan keluarga yang senasib dengannya. 

Kerajaan ketika itu terlalu paranoid dan tidak membenarkan sebarang perbualan di antara beberapa orang terutama sekiranya orang itu bertudung atau penampilannya kelihatan Islamik. 

Malah wanita yang bertudung juga diminta menanggalkan tudung atau berhadapan dengan hukuman antaranya pelajar bertudung tidak dibenarkan menduduki peperiksaan utama hingga mereka tercicir dalam pelajaran. 

Anak-anak kepada pejuang yang sudah dipenjarakan juga menjalani kehidupan yang perit dan sukar meneruskan pengajian. 

“Permohonan memasukkan anak-anak saya ke sekolah banyak kali ditolak dengan alasan bapa mereka berada dalam penjara. 

“Malah salah seorang anak lelaki saya muncul pelajar terbaik sekolah tetapi tidak dibenarkan mengambil hadiahnya,” katanya yang pernah berkongsi kisah hidupnya yang dipaparkan dalam ruangan rencana oleh sebuah akhbar Tunisia, ‘Dhamir’ pada 2012. 

Selepas berlaku satu insiden apabila anak sulungnya, Abdul Aziz, 33, ditangkap dan hampir dibunuh oleh pihak polis negara itu empat tahun lalu, Normah membuat keputusan pulang dan membawa sekali anak sulungnya itu ke Malaysia. 

Abdul Aziz yang kini menetap di tempat asal ibunya, Kampung Malaysia Raya, Kuala Lumpur bersama Normah pernah berkahwin dengan warga tempatan dan memiliki seorang anak sebelum bercerai. 

Dia juga berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai pemandu pelancong di sebuah syarikat di ibu kota memandangkan dia fasih dalam lima bahasa iaitu Arab, Inggeris, Perancis, Itali dan Malaysia. 

Normah berkata, tidak lama selepas berkahwin, anaknya itu ditinggalkan isteri selepas dia menjadi hilang pertimbangan dan merayau tanpa kasut di sekitar ibu kota akibat tekanan perasaan yang hebat. 

Semuanya berlaku selepas dia mendengar adik ketiganya yang masih berada di Tunisia melarikan diri selepas dikejar pihak berkuasa dan sehingga kini gagal dikesan. 

“Dia berasa sangat bersalah kerana menganggap tanggungjawabnya untuk menjaga adik-adik tetapi dia meninggalkan mereka sehingga adik ketiga hilang. 

“Sebagai anak sulung, sememangnya dia menanggung beban emosi yang berat sejak kecil. Bayangkan ketika dia sepatutnya ke sekolah, dia terpaksa membantu saya mencari sesuap nasi untuk adik-adiknya dengan berniaga apa saja barang yang boleh kami jual,” katanya. 

Selepas hampir 16 tahun menderita, berita gembira diterima mereka sekeluarga apabila suaminya dilepaskan dan hanya sempat bersama keluarga selama empat tahun sebelum menghembuskan nafas akibat sakit jantung. 

Mereka juga sempat bersama-sama menubuhkan pertubuhan seni mempertahankan diri Tunisia iaitu Zamaktel yang mendapat sambutan menggalakkan. 

Sebaik kerajaan lama tumbang, semua tekanan ke atas dirinya dan keluarga beransur hilang namun Normah menaruh harapan supaya semua anaknya pulang dan menetap di Malaysia. 

“Bukan semua anak mahu tinggal di sini terutama yang sudah berkahwin dengan orang di sana tetapi saya ada mengajak mereka singgah untuk lihat negara Malaysia yang sungguh aman berbanding Tunisia. 

“Revolusi di Tunisia ketika ini masih belum habis sepenuhnya dan keadaan politiknya tidak stabil, membuatkan keadaan ekonomi juga sukar maju,” katanya yang fasih berbahasa Arab dan Inggeris. 

Memuji kerukunan di negara ini, Normah berkata, tidak seperti di Tunisia, Malaysia memberi kebebasan penuh kepada orang Islam untuk belajar, maju dan mengadakan perbincangan Islam. 

Katanya, masyarakat Islam di Malaysia seharusnya bersyukur dengan keamanan di negara ini dan tidak memperjudikannya kerana ia sungguh berharga dan sangat didambakan oleh rakyat Tunisia yang hidup dalam penindasan. 

Ketika ini, Normah mengharungi setiap saat bersama adik-beradiknya sambil ditemani anak sulungnya. Dia merancang untuk pulang sesekali ke Tunisia melawat anak-anak dan cucu yang masih menetap di sana.
Sumber:Hmetro

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...