Showing posts with label my living journey. Show all posts
Showing posts with label my living journey. Show all posts

Saturday, May 17, 2014

Independent Living to Survive

Salam dipagi yang ceria ini. Mengapa saya tidak menulis di wall facebook. Dan saya rasakan lebih baik saya teruskan menulis didunia penulisan saya di blog ini. Ramai yang tidak tahu sebenarnya blog saya telah wujud sekian lama tetapi tidak dipromote kat mana-mana.

Sebab dan mengapa biarlah saya yang tahu..ha ha....Untuk itu saya hendak beritahu anda semua kita kena belajar dari kesilapan lalu untuk kita teruskan hidup tanpa kita menoleh kebelakang.  Kadang-kadang pengalaman hidup dan situasi yang kita lalui telah mengajar kita supaya kita berhati-hati.


Saya pernah jatuh tersungkur dan tidak mampu kalau anda berada ditempat saya.  Tetapi saya telah dilatih dalam survive untuk buktikan kecekalan dan kekuatan pada diri saya.  Saya diajar supaya mengatasi kesukaran dalam meneruskan kehidupan. Sebab itu saya yakin pada diri saya walau apa terjadi ia bukan penamat kehidupan saya,  Disaat orang lain gembira dengan menikam diri kita dari belakang pada saya itu bukan penamat dan kesudahannya.  Saya tidak melatah pun. Sebab kekuatan adalah pada diri kita.  Kita lawan perasaan gusar dan gundah itu... saya pasti anda terlalu kuat......

Untuk yang cuna menjatuhkan diri saya...anda adalah silap....kerana saya percaya suatu hari nanti setiap perbuatan dan kejahatan yang anda buat akan dibalas...masa dan waktu yang akan menentukan....


cameras shopping
ANDA TIDAK PERLU RISAU KERANA BARANG AKAN SAMPAI DIRUMAH DAN BAYAR WAKTU TERIMA MUDAH DAN MENYENANGKAN

Thursday, May 15, 2014

Rahman Palace Steamboat

Korang selalu tak makan steamboat...kalau selalu pegi mesti kat Taman dagang kat Ampang tu kan..tetapi pada minggu lepas aku ada google steamboat ni. Nama Restaurant ni Rahman Palace Steambot yang terletak tepi shell ikut jalan MRR2 menghala ke Gombak. Harga memang murah la....kalau nak pegi sana cuba google cari kat mana tempat tu




Kena Tembak Dot Com

Penat_penat aje saya update entry...korang tak ada pun support blog ni..sedih laaa.... nak tutup lah blog ngan facebook ni.
Ha ha....lawak je dol....sampai masanya tukar FanPage yang ada sekerat cuma ni...tunggu masa sengsuai.. nak ambik nama yang betul-betul boleh mengancam. Rasa nak tukar nama kepada "Aku The Lagend"...Sesuai tak....



Gajet Pertama Yang Saya Beli Online

Bila bercakap beli online, rata-rata masih ada orang yang tidak percaya. Takut Kena tipu katanya. Pada saya tidak menjadi hal kalau syarikat tu kukuh dan kita cuba bertanya pada operator CareLine syarikat tersebut,

Baru-baru ni saya telah membeli Handphone Lenovo A880 dengan harga yang rendah. dapat diskaun lagi bila saya mendaftar secara online. Tengok Pic kat bawah lebih kurang mcm ni lah.


Tak perlu takut anda tidak perlu pun bayar untuk mendapatkan barang ini. Tidak perlu bersusah payah nak pegi Bank in duit. Barangan yang anda beli akan dihantar kedepan pintu rumah dan bayar kat abang atau pakcik yang hantar barang tu kat depan pintu. Kalau tak nak barang tu tidak payah satu sen pun bayar. Tak rugi pun kan...Tapi barang memang dijamin bermutu asli...dan dijamin kerosakan dan lebih murah dari pasaran.... Nah klik Iklan Lazada kat bawah ni...cuba cek tengok kalau tak percaya....




Wednesday, May 14, 2014

HomeFront

Bila malam..bila habis study...bila tak ada keja...saya akan cuba buka satu persatu tajuk movie terbaru untuk ditonton.  Nak hilangkan rasa bosan sementara sebelum tidor saya menonton filem HomeFront...ha ha ..kan mana ada cuba lah cari kat google.....cari sampai dapat...lakonan abang Jason kita.....rugilah kalau tak tengok....





Temptation Of Wife....

Salam sejahtera.... perrnahkah anda semua menonton pinoy Drama Tv dalam slot Telenovela Temptation Of Wife di TV3.  Sebenarnya kalau di TV3 dah episode 19 ditayangkan.  Tetapi saya dah habis tengok kat internet...perghhh lajukan.....


Sebenarnya bila saya google kat internet rupanya Versi asal dari Korea...tetapi jalan cerita agak menarik juga. 


SYNOPSIS TEMPTATION OF WIFE FILIPINO DRAMA

Angeline and Heidi share a deep bond of friendship ever since Heidi was orphaned and was taken under the custody of Angeline's parents, Abner and Minda. Angeline grows up responsible and compassionate while Heidi, fueled by ambition and envy, secretly detests Angeline and always feels inferior next to her.

Many boys are attracted to Angeline but she falls in love with Marcel. It doesn't take long before Angeline becomes pregnant and gives up on her dreams of becoming a nurse in order to marry Marcel.

Although their marriage is void of happiness, Angeline tries to be an excellent wife to her husband, and takes good care of her in-laws, Romeo and Stella. However, she soon learns that the life she chose is full of lies and betrayals. Adding to her woes is her unexpected miscarriage. She soon discovers that Marcel is cheating on her and shocked to learn of Heidi’s treachery. Angeline is devastated by the thought of being betrayed by the two people closest to her heart.

Marcel decides to end his affair with Heidi but Heidi is already pregnant with his child. He chooses to live with her as Angeline is forced to go back and stay with her parents. But Angeline finds out that she, too, is pregnant with Marcel's child.

Heidi then tries to get rid of that child but ends up drowning Angeline herself by accident. But by a twist of fate, Angeline survives and is back for revenge. She assumes the identity of another woman and seeks out vengeance against Marcel and Heidi. Now, it's time for pay back and Angeline will do everything to taste the bittersweet part of her revenge.



 lagu versi pun sedap didengar walaupin saya tak faham



Tuesday, May 06, 2014

Jom Membeli di Lazada

lama sudah tidak menulis entry terbaru....terkini saya suka membeli belah dengan lazada... dah dua kali membeli belah secara online. Barang yang berkualiti. 2 atau 3 hari sampai depan pintu rumah. Bayar waktu terima...begitu senang dah mudah. Kalau area Kuala Lumpur memang cepatlah sampai. Dan kalau luar kawasan memakan masa seminggu. Apa-apa pun thanks LAZADA... kalau anda berminat klik iklan kat bawah ni... jom kita shopping online


Wednesday, March 05, 2014

Lagenda Awie, Ziana dan Erra dihidupkan semula dalam musikal....

Lagenda Awie, Ziana dan Erra dihidupkan semula dalam musikal terbaru ini.

kalau dulu 3 pelakon ni meman femes la..... masa tu zaman sekolah...kalau nak tahu lagi dan kalau anda peminat setia klik sini

Menangi tiket VIP dan eksklusif untuk menyaksikan Awie, Erra Fazira & Ziana Zain dalam Konsert Teaterikal Suara Kita di Istana Budaya. klik sini



OK...NAK TAHU LAGI NAH KLIK SINI

Save on your hotel - hotelscombined.com

Wednesday, February 19, 2014

Perjalanan yang kian suram

Dah lama tidak menulis apa-apa entry....petang tadi ada pertandingan bowling antara jabatan.... tapi saya tidak ada mod nak menulis dalam blog.

Perjalanan yang kian suram......  tidak tahu dimana letaknya diri saya kini...ermmmm tak perlu nak bercerita panjang lebar habis satu dunia nak tahu...faham-faham sajalah....

Kadang-kadang terfikir mana letaknya diri sya ini. ermmmmmm...berulang kali dah...asyik perkataan tu yang saya tuliskan...

terkadang saya terfikir......

Thursday, January 30, 2014

Aktiviti ke Broga Hill

Aktiviti masa yang terbuang dan melihat pemandangan indah di Broga Hill..... Jom layan Gambar aktiviti saya di sana...zasssssssssssssssssss....






Jom Klik:

Tuesday, January 14, 2014

Steamboat...

Korang pernah makan steamboat tak, Tentu korang pernah makan kan. so sebenarnya aku tak pernah makan kat mana-mana lagi.  Satu hari Abg 'Z' ajak makan Steambot kat Taman Dagang Ampang yang terletak tidak jauh dari pasaraya UO dan balai Polis Ampang Jaya kalau tak silap aku..(Maaf Aku Memang Lupa)...

Pertama kali sampai.... terpesona dengan makanan yang disediakan (anjat boboy...ahakkkk)....banyak makanan...rasa macam nak makan semua.... tapi tak semua la boleh makan sebab perut aku cepat kenyang.

Dan kerap juga makan kat situ...sampai masa jamuan untuk makan-makan satu opis pun aku buat kat situ....
sebenarnya..kawan-kawan yang lain beriya-iya nak pegi kat situ....tapi aku tak ada kesempatan nak bawa mereka. Sorry ye Sat Edward..Amir Jamaluddin...Harry Taurus....nanti sampai waktu aku tak sibuk kita makan kat situ....

Kat bawah ni ada pic...tapi aku copy paste dari mr google...sebab masa aku buat entry ni aku kat opis sekarang. Kamera kat rumah tak bawa.








Bukan Blog Politik

Minta Maaf ye...blog aku bukan blog politik....dan aku tidak akan sesekali nak masuk campur urusan politik ke dalam blog ini....bukan tidak ambil tahu dan ambil pusing....belum tiba masa untuk aku memasukkan entry politik....biarlah blog ini berdasarkan keperihatinan aku terhadap umat islam diluar sana.....sedikit mengenai perjalanan hidup aku....
wakaka....


Perubahan......(Maintenance)

Rasanya blog aku ni nak buat perubahan sedikit......nak tukar gaya templet blog yang baru...mungkin blog ini akan mengalami sedikit gangguan....nak tukar kepada dot com (.com)....akan mengalami perubahan sedikit demi sedikit.



Tuesday, December 24, 2013

The Walking Dead

Sejak beberapa hari ini saya amat sibuk....sibuk ngan kerja sehingga tidak ada masa untuk menulis dan memyampaikan sebarang berita....

Dan sejak akhir-akhir ini...kegilaaan terhadap Drama Siri The Walking Dead makin menjadi-jadi...


Segalanya bermula apabila menumpang menonton Saluran Fox Movie Astro.....dari situ saya mencari ilham kat mana harus saya menonton kesemua episod berikutnya.  Tak kan saya nak menumpang terus menonton tv hak milik orang lain....

Cari punya cari...saya dah jumpa satu laman web yang menayangkan kesemua episod The Walking Dead.  Wah....kalau nak tahu...cari le sendiri...banyak movie yang terbaru...tak payah beli cd...tak payah nak tengok tv yang banyak iklan tu.....

Kesemua episod dah saya tengok....hanya season 4 episode 9 belum ada tanda-tanda untuk di tayangkan....masih menanti..


Thursday, October 31, 2013

Genap 21 Hari Pemegian Arwah mak incik...

ALFATIHAH UNTUK ARWAH MAK INCIK

Hari ini genap 21 hari pemergian arwah mak incik iaitu adik mak saya.  Saya masih teringatkan wajah dan gurauan mak incik hingga ke hari ini. Wajah tua itu selalu saya bawa bersama mak saya setiap hujung bulan hari sabtu ke pasar tani Rembau... sedikit terkilan semasa hayat arwah sebulan dan dua bulan kebelakangan saya amat sibuk dengan tugas di luar kawasan. Jadi saya jarang balik ke kampung Walaupun kampung saya hanya 1 jam sahaja dari Kuala Lumpur.

Tempat saya kakak saya yang ambik membawa arwah ini dan mak ke pasar Tani. Arwah sebenarnya dah lama menderita kerana barah hati. Tetapi arwah kuat semangat untuk terus hidup sehingga akhirnya.


Seminggu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir beliau telah mengajak anak angkat yang dibela sejak lahir (Sememangnya arwah tidak mempunyai anak)...ke pekan yang berdekatan untuk membeli barang keperluan dapur. Kelihatan arwah sungguh cergas.  Kakak saya juga ada membawa beliau ke pasar tani Rembau.

Dan saya masih teringat. Setiap kali balik dari pasar tani. saya akan membawa mak, arwah, ayah saya dan suami arwah singgah ke Restaurant 3 Abdul. Di situ kami akan makan roti canai dan sememangnya teh tarik adalah kegemaran beliau.

Akibat terlalu sibuk tanggal 8 OKT 13 bersamaan hari selasa , mak saya menalifon supaya balik bahawa mak incik dalam keadaan sakit tetapi belum nazak. Takut terjadi apa-apa yang berlaku saya tidak dapat menemui beliau.... saya amat terkejut dalam keadaan begini.

Saya bergegas balik ke kampung pada jam 12 tengahari memohon kebenaran pegawai atasan saya untuk pulang sekejap ke kampung dan saya perlu melapur untuk keesokkanya untuk tugasan yang lain. Dan saya akur semua itu.

Sampai di kampung saya lihat mak dan adik beradik yang lain sedang siap memasak untuk bacaan yassin untuk arwah mak incik supaya beliau cempat sembuh dan itu adalah pilihan terakhir kami setelah kami semua berikhtiar sewaktu beliau ada menyembuhkan sakit beliau.

Saya lihat wajah mak incik satu persatu...saya tidak sanggup. Saya duduk jauh sikit. saya kasihan kerana hanya matanya sahaja yang mampu memandang tidak bermaya.

Jam 8.30 malam majlis bacaan yassin bermula. Saya perlu habiskan bacaan yassin sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur malam itu juga kerana esok saya punya tugas harus saya selesaikan. Dan sebelum balik ke Kuala Lumpur dengan berat hati saya terus berjumpa dengan arwah...saya katakan saya hendak balik ke Kuala Lumpur. Dan arwah mengangguk tanda faham. Dalam keadaan yang tidak bermaya arwah menyatakan "ESOK DUA TIGA HARI...KALAU ADA APA-APA...KO BALIK YE".. saya katakan pada arwah harap sihat supaya kita dapat bersama-sama meraikan hari raya aidil adha yang jatuh pada hari 15 Okt 13 bersamaan hari selasa.

Tanggal 10 Okt 13 jam 2 pagi  bersamaan hari Khamis ada sesuatu yang tidak kena dan saya tidak sedap hati. Dan tepat jam 3.00 pagi ada 1 panggilan tidak berjawab....saya lihat panggilan itu datang dari kakak saya di kampung.  Sah... mesti ada sesuatu yang tidak kena. Panggilan kedua saya jawab. Kakak menyuruh saya pulang dengan segera kerana arwah mak incik dalam keadaan nazak. Tanpa berlegah tanpa sehelai baju nak dibawa....hanya membasuh muka saya terus Drive dengan keadaan tergesa-gesa pulang kekampung samnbil menalifon pejabat menguruskan cuti saya.

Lebih kurang 20 minit berlalu berdekatan tol serdang kakak saya menalifon saya dengan esakan dan tangisan memberitahu bahawa mak incik sudah tiada. Dalam keadaan yang cemas itu airmata saya mengalir jua mengenangkan arwah ini  berkata pada 2 hari lepas bahawa kalau jadi apa-apa menyuruh aku pulang kekampung.

Pukul 4 pagi saya sampai ke kampung dan saya lihat jenazah terbujur kaku diruang tamu rumah arwah. Saya membuka penutup muka dan saya lihat wajahnya. air mata saya menjadi saksi bahawa saya telah kehilangan orang yang saya sayangi.

Saya jalankan tanggungjawab saya sebagai anak saudara beliau mengangkat jenazah ke tempat mandi, sembahyang jenazah dan mengangkat jenazah hingga ke pusara.

Alfatihah untuk arwah mak incik...semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. AMIN.










Wednesday, September 11, 2013

Mengimbau Kenangan Lama (UPSR bermula).....terima kasih mak dan ayah


UPSR kini bermula..... teringat zaman masa sekolah dulu dikampung yang serba kekurangan.  Sebelum peperiksaan bermula pada setiap cuti hujung minggu atau cuti penggal saya akan pergi kesekolah untuk mengambil kelas tambahan percuma yang diajar oleh guru-guru.  Tidak seperti sekarang ini, ibubapa berlumba-lumba menghantar anak ke kelas tuisyen .

Dulu hanya harapan pada guru-guru sahaja tempat kami mencurah ilmu.  Bukan sahaja kurang kemampuan tetapi demi ilmu dan ingin menjadi insan yang berjaya dan membentuk keluarga bahagia kami harungi cabaran getir untuk mencari secebis ilmu walaupun pada waktu itu semua percuma dan tidak perlu membayar sesen pun. Begitulah mulianya hati seorang guru.

Banyak kenangan bila teringatkan peristiwa ini.  Saya terpaksa berjalan kaki sendirian sejauh 3 kilometer keluar dari rumah  ke bas stop di  jalan besar menunggu bas henti-henti tambang RM 0.50.  Dari bas stop pula jarak kesekolah hanya 6.5 kilometer.  Sebenarnya hanya saya dan seorang lagi rakan perempuan dikampung mengambil peperiksaan yang sama. Disebabkan saya anak orang susah mak dan ayah berpesan pada kakak yang pada masa itu umur 15 tahun agar menghantar saya separuh jalan.  (Mak dan ayah tidak mahu menyusahkan keluarga kawan saya itu untuk menumpangkan saya menaiki motor .kalau tidak silap motor bapa saudara kawan perempuan saya tu...sebab bapa dia sudah tiada...meninggal dunia masa kecil).. Maklumlah jalan kampung yang sunyi dan hutan hijau dikiri kanan jalan. Dan saya tidak terfikir pada masa itu kakak saya hanyalah budak perempuan yang berumur 15 tahun yang menghantar adiknya diseparuh jalan.

Dan apabila sampai diseparuh jalan, kakak memberi isyarat supaya saya berlari sekuat hati untuk sampai kejalan besar dan sebaliknya kakak akan berlari pula sekuat hati untuk sampai kerumah.  Dapat tak anda bayangkan ketakutan 2 beradik ditengah hutan yang macam tu...(kalau zaman sekarang ni sah-sah kena culik tak pun jadi arwah)..tidak juga menyalahkan ayah dan mak saya.  Ayah pada ketika itu kerja di Estet getah GUTRIE (SEKARANG DAH TAK WUJUD LAGI). Mak pula terpaksa menjaga adik yang masih kecil.

Bila pulang kelas tuisyen pulang menaiki bas dan tunggu dijalan besar menanti pula mak saudara iaitu adik mak pulang dari estet dengan basikal tua dikiri kanan basikanya ada 2 tong besar. Contoh gambar macam kat bawah ni.
                                                           sekadar hiasan sahaja-

Begitulah kehidupan harian bila cuti sekolah saya. Demi secebis ilmu tanpa berbayar walaupun pada ketika itu zaman free kami masih mampu menjadi orang yang berjaya tanpa tuisyen berbayar seperti zaman ini. Beruntung budak-budak sekarang.  Semua kemudahan zaman ini sudah tersedia didepan mata.  Ibubapa kini terpaksa bersengkang mata mencari rezeki untuk mendapat yang terbaik dari anak mereka.

Pada adik-adik yang tidak berkemampuan. Timba lah ilmu itu dengan kudrat kita. Kita pun boleh berjaya seperti orang lain.  Jangan terlalu mengarap tuisyen semata-mata.  Berjumpa terus dengan guru bertanya apa yang kita tidak faham tentang pelajaran. Percuma. Tiada guru akan meminta duit untuk mencurahkan ilmu pada anak didiknya. Begitu mulia hati seorang guru....

Kepada adik-adik...SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN UPSR...SEMOGA BERJAYA




NAK DPT INCOME LEBIH..LEPAS NI KLIK IKLAN BAWAH INI DAN SHARE KEPADA KAWAN-KAWAN ANDA

 

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...