Monday, December 10, 2012

Kill List

Enjoy New Movie






My Instagram

Banyak Keajaiban berlaku sekelip mata.....saya sebenarnya malas untuk menggunakan apa-apa aplikasi dimana-mana komputer atau tab samsung saya. Bila saya cuba mempelajari mengunakan INSTAGRAM...WOW AMAT MENARIK SEKALI  GAMBAR-GAMBAR YANG SAYA AMBIL MENGUNAKAN APLIKASI INSTAGRAM....

CUBA LIHAT SEBAHAGIAN GAMBAR YANG SAYA CUBA....



Yahudi Di Malaysia

Saya agak terkejut apabila menbaca satu artikel berkenaan Yahudi di Malaysia...Saya tidak tahu mengapa dan kenapa kaum ini hadir di Malaysia....dan apa hubungannya dengan negara Islam ini.  Saya membuat tinjauan di beberapa blog rata-rata mengatakan hal yang sama... disini saya memetik beberapa tulisan dari laman web yang saya temui...


Copyright:
 

  Monday, February 20, 2012

Yahudi sudah lama bertapak di Penang, siapa bawa Yahudi ke Penang?

 
 
Rata-rata orang Penang pasti tahu di mana Yahudi Road atau sekarang namanya telah ditukar dengan nama Jalan Zainal Abidin dimana terletaknya Menara UMNO dan Pejabat Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Persoalannya mengapa jalan itu diberi nama Yahudi Road.Sejarah menunjukkan bahawa Yahudi sudah berada di Pulau Pinang sejak tahun 1700 an.

Terbukti di Yahudi Road ada perkuburan Yahudi Zionis Israel sebanyak 200 kubur dan dijaga dengan baik oleh penjaga kubur berbayar .Jika ada kubur pasti ada kaum keluarga di sini.


Lamban
g Yahudi Zionis Israel tertera dengan jelas di perkuburan tersebut.

Persoalan sekarang adalah tanah ini milik siapa?

Siapa yang bayar cukai tanah dan di mana lagi terdapat kubur yahudi di Pulau Pinang?




Negeri Pulau Pinang mula dijajah oleh lnggeris yang diketuai oleh Captain Francis Light pada tahun 1786. Bahagian Pulau Pinang yang mula-mula dibangunkan ialah di kawasan Tanjung di Georgetown yang dikenali dengan nama Tanjung Penaigre.

Pekan untuk perniagaan yang mula-mula dimajukan oleh Captain Light terletak di antara Lebuhraya Light, Lebuhraya Beach di pinggir pantai, Lebuhraya Malabar (kemudiannya dipanggil Lebuh Chulia) dan Lebuhraya Pitt.

Kubur Yahudi di PenangKubur Yahudi di Penang

Kubur Yahudi di PenangKubur Yahudi di Penang
Kubur Yahudi di PenangKubur Yahudi di Penang
Kubur Yahudi di PenangKubur Yahudi di Penang

Gambar (ehsan Pas Bukit Bendera)- aktivis PAS menziarahi kubur orang Yahudi di P.Pinang.

Sebenarnya Negeri Pulau Pinang adalah negeri yang mempunyai peratusan etnik Melayu dan penganut Islam terendah di Semenanjung Malaysia.

P.Pinang juga mempunyai komuniti Yahudi Armenia tetapi selepas perang dunia kedua dan penubuhan negara Israel, komuniti Yahudi di P.Pinang hampir lenyap.

Sejarah orang Yahudi anda boleh baca di sini.


Pada tahun 1895, orang pertama Yahudi, Yehezkiel Menassah telah berhijrah dari Baghdad dan terus menetap di Penang, Malaysia.

Selama lebih dari 30 tahun, Menassah adalah satu-satunya orang Yahudi yang terdapat di negeri ini, di samping beliau terus mengamati dan memelihara hari-hari kebesaran
Yahudi serta sistem peraturan pemakanan Yahudi yang dikenali sebagai Kosher (makanan halal versi Yahudi).

Setelah tamat Perang Dunia 1, lebih ramai orang Yahudi mulai menetap di Mal
aysia. Kemudian semasa Perang Dunia II meletus, komuniti puak Yahudi tersebut telah berpindah ke Singapura. Hingga ke tahun 1963, hanya 20 keluarga Yahudi sahaja yang menetap di Malaysia.

Hari ini, sekitar 100 orang Yahudi berada di Malaysia. Di Pulau Penang, masih lagi terdapat sekumpulan kecil kelompok Yahudi dan tanah perkuburan mereka di George Town di kawasan persimpangan Yahudi Street (Jalan Yahudi).

Kawasan perkuburan orang Yahudi di Penang adalah dianggap paling tertua di pusara negara ini. Kedapatan ukiran pada batu nisan yang tertua di pusara tersebut bertarikh pada tahun 1805 dan yang terakhir pada tahun 1976.

Terdapat juga di kawasan perkuburan tersebut kubur seorang pegawai Inggeris Yahudi yang dibunuh semasa Perang Dunia II. Sebahagian besar orang Yahudi yang menetap di Malaysia adalah pelarian dari Rusia.

Talian serta alamat mereka di Malaysia :

Congregation
28 Nagore Road
Penang

The Jewish Cemetery, Penang Neighborhood: Georgetown
Tel: +60 4 261 6663
(Penang Tourist Centre)
Address: Jalan Zainal Abidin
Penang MY, 10400

Mr. Gary Braut
Precision Bearing
17502 Jalam 4 Taman Selayang Baru
Industrial Area Kuala Lumpur 68100 Malaysia
Tel: 603-6138-6200
Fax: 603-6138-6206
email: pirkei@pc.jaring.my

Sumber : http://www.jewishvirtuallibrary.org/jsource/vjw/malaysia.html


Gambar Kuil Yahudi, Penang

Anda juga boleh layari di sini untuk ketahui sejarah bagaimana Yahudi boleh bertapak di Malaysia dan siapa yang sokong Yahudi.


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Saturday, December 08, 2012

Sorry Under maintenance

by Diwanz Almn III, Living A Journey.

           

Sorry Under maintenance

Peringatan Kepada Tentera Yahudi Israel

by Diwanz Almn III, Living A Journey.

Salam dan selamat malam. sudah lama rasaya saya tidak menulis untuk tatapan semua.
Baru-baru ini saya ada terbaca kisah Comanndo Qassam (Tentera Malaikat) di semenanjung GAZA.

Untuk Rakyat Gaza. Kami di Malaysia sentiasa mendoakan keselamatan anda semua. Dan semoga Komando Qassam dapat menumpaskan yahudi laknat itu.


Copyright@

GAZA: Barisan pejuang bergelar Komando Qassam kini menjadi pasukan paling digeruni Israel berikutan tidak pernah tewas ketika bertempur biarpun hanya berbekalkan senjata api model lama.




Kehebatan pasukan Komando Qassam yang turut digelar tentera malaikat itu kian tersebar apabila mereka yang dianggotai golongan muda, terpelajar dan ulama mampu menumpaskan ratusan tentera Zionis serta menembak jatuh pesawat pejuang mereka.



Hasrat penulis dan jurugambar menemui pasukan elit itu tercapai apabila wakil Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care) melalui orang hubungan di sini, berjaya mengatur pertemuan dengan sekumpulan anggota Komando Qassam.


Mereka diketuai seorang komander yang hanya mahu dikenali sebagai Sheikh dan pertemuan diadakan di satu lokasi sulit dalam ladang zaitun pada jam 12 tengah malam.



Untuk ke sana, kami dibawa menaiki kenderaan khas sebelum diarah berjalan sejauh 500 meter ke sebuah pondok dalam ladang itu. Di situ, Sheikh bersama kira-kira 20 anggotanya menyambut kami dengan mesra sebelum dibawa duduk mengelilingi unggun api kecil.



Sheikh yang berusia 40-an itu memberitahu anggota Komando Qassam pejuang terpilih di kalangan pemuda Islam Gaza yang mempunyai pengetahuan agama mendalam selain tidak gentar untuk mati syahid.



Menurutnya, pemilihan untuk menjadi Komando Qassam perlu melalui syarat ketat, antaranya mereka perlu solat Subuh berjemaah tanpa gagal walau sehari selama enam bulan.



” Selain itu, bakal pejuang diwajibkan menghafaz al-Quran dan hadis, selain melakukan sembahyang tahajud setiap awal pagi.



“Amalan berterusan ini bukan hanya menjadi bekal iman di medan perang, tapi juga untuk memastikan setiap langkah kami sentiasa dirahmati Allah,” katanya.



Menurutnya, setiap pejuang Qassam dirahsiakan identiti masing-masing berikutan ada antara mereka golongan profesional, guru dan penuntut universiti.



“Setiap mereka yang mempunyai asas agama kukuh akan bekerja pada waktu siang dan menjaga keselamatan Gaza pada waktu malam hingga pagi.



“Saya amat berharap rakyat Islam di Malaysia sentiasa mendoakan perjuangan suci kami. Doa kamu semua memberikan kami kekuatan untuk berdepan tentera Israel,” katanya.



Sheikh berkata, Komando Qassam kini lebih yakin untuk berdepan tentera Israel apabila mereka kini memiliki ribuan roket model AM75, Fajar 5 dan roket Al-Qassam.



“Malah, pasukan Qassam yang dipecahkan kepada beberapa unit kini turut mempunyai kepakaran untuk menghasilkan bom tangan bagi menghadapi tentera Israel.



“Walaupun kelengkapan senjata api kami amat minimum, kami yakin Allah sentiasa memberi bantuan dan kekuatan tidak terhingga ketika kami berdepan Zionis di medan tempur.



“Kami akan menghujani bandar Tel Aviv, Israel dengan roket lebih hebat dan berkuasa. Nescaya mereka akan gerun dan tidak percaya dengan ‘hadiah’ yang kami tujukan nanti,” katanya.



Harian Metro



ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...