Monday, March 04, 2013

Pencerobohan Askar Diraja Sulu di Malaysia Part 4


3 penceroboh ditahan

Oleh Mohd Razlan Salleh dan Muhaamad Hafis Nawawi
LAHAD DATU: Cubaan tiga penceroboh yang bersembunyi di Kampung Tanduo, di sini untuk keluar dari kawasan terbabit gagal selepas mereka berjaya ditangkap polis malam tadi.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, tiga lelaki terbabit yang cuba melepasi kawasan itu disedari anggota polis yang berkawal dan terus menahan mereka.
Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas mereka menemui sebilah parang milik salah seorang penceroboh itu dan mereka kini ditahan untuk siasatan.

"Ingin saya tegaskan, kenyataan dikeluarkan sebelum ini supaya mereka menyerah diri tidak berubah tambahan penceroboh sudah terkepung dan tidak boleh ke mana-mana.

"Anggota polis yang mengepung kawasan kampung berkenaan juga masih berada dalam posisi yang baik dan keadaan kita ini terkawal," katanya pada sidang media Ops Sulu di Felda Sahabat 16, di sini, semalam.

Ismail berkata, pihaknya juga kini bekerjasama dengan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin untuk mengukuhkan keselamatan di sini.

"Kita kini juga dalam keadaan bersedia dan saya nasihat orang ramai supaya menjalankan urusan harian mereka seperti biasa kerana keselamatan mereka terjamin.

"Selain itu, saya minta orang ramai jangan mempercayai khabar angin yang tersebar tanpa pengesahan daripada pihak polis. Mereka boleh menghubungi Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah atau balai polis untuk mendapatkan maklumat lebih tepat.

Foto Menarik
LAHAD DATU: Anggota Tentera bersiap ke Kampung Tanduo untuk menghadapi penceroboh yang masih berkubu di kampung itu, di sini. FOTO Bernama (01/03/2013)

Pencerobohan Askar Diraja Sulu di Malaysia Part 3


Mutakhir


Penduduk Semporna pukul penceroboh sampai mati

SEMPORNA: Puluhan penduduk bertindak memukul sehingga mati lelaki bersenjata M16, yang dipercayai terlibat dalam serangan hendap yang mengorbankan lima anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna malam tadi.
Bagaimanapun sehingga kini polis belum memberi pengesahan tentang identiti lelaki itu. 
Dalam insiden 7 pagi hari ini, seorang lelaki berbadan besar, berpakaian serba hitam, memegang senjata M-16 dan berumur dalam lingkungan 50-an turun daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di Kampung Senallang Lama, Semporna di sini.

Seorang penduduk, Abdul Hani Samaullah, 44, berkata selepas melepaskan tembakan lelaki itu turut menjerit di hening pagi bahawa "saya yang menembak polis malam tadi".

"Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan mengarahkan mereka berkumpul di satu kawasan lapang," katanya yang turut berkumpul bersama penduduk di dalam keadaan ketakutan.

Abdul Hani berkata penduduk menyerang lelaki terbabit apabila dia bertinggung dan memasang api rokok serta meletakkan senjatanya.

Beliau berkata lelaki itu dipukul hingga mati dan mayatnya diletakkan dekat dengan sebuah pokok di kampung itu.

Wartawan Bernama yang dalam perjalanan membuat liputan majlis perasmian jambatan baharu oleh Menteri Kemajuan Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Kampung Nihak Nihak, pada 8.30 pagi iaitu 30 kilometer daripada Kampung Senallang Lama, sempat melihat mayat lelaki itu dan mendapati kepala lelaki itu berlumuran darah.

Kelihatan penduduk mengemas beg pakaian mereka dan mengosongkan rumah mereka dengan membawa anggota keluarga, termasuk kanak-kanak dan wanita, untuk melarikan diri ke kawasan kampung lain.

Kebanyakan penduduk adalah petani dan pekebun ladang kelapa sawit.

Cubaan Bernama untuk menghubungi Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah untuk mendapatkan maklumat lanjut gagal.


Berita Utama

Penceroboh kejam

Arau: Tindakan kumpulan penceroboh dipercayai dari Sulu, Filipina, melakukan serangan hendap terhadap anggota keselamatan yang melakukan pemeriksaan di Kampung Sri Jaya, Semporna, Sabah, malam kelmarin, disifatkan sebagai tindakan kejam dan ganas.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kejadian yang mengorbankan nyawa enam anggota keselamatan yang mencari maklumat bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai kumpulan terbabit adalah di luar jangkaan.
Menurutnya, pasukan keselamatan dengan kekuatan 57 anggota tidak menyangka kumpulan terbabit bertindak ganas menyebabkan enam anggota terkorban.

“Namun, saya mempunyai keyakinan bahawa kita (anggota keselamatan) sudah memiliki kekuatan mencukupi dengan penambahan anggota termasuk polis selain tambahan dua batalion askar ke Sabah bagi menghadapi apa juga keadaan di kawasan berkenaan.
Foto
ANGGOTA polis mengawal pintu masuk ke Ibu Pejabat Daerah Polis Semporna, malam tadi.

“Apa yang berlaku di Semporna, mereka (anggota keselamatan) tidak menduga kumpulan penceroboh terbabit sanggup mengambil tindakan ganas tanpa sebarang isyarat walaupun mereka hanya mahu mencari maklumat mengenai kumpulan terbabit,” katanya.

Sunday, March 03, 2013

Pencerobohan Askar Diraja Sulu di Malaysia Part 2

ceroboh Sabah


5 polis terkorban di Semporna

LAHAD DATU - Seorang pegawai dan empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah semalam.
 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kejadian di perkampungan atas air pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan dua anggota kumpulan bersenjata terbabit terbunuh.
 
Kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
 
Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid.
 
Ismail berkata, anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri.

Pencerobohan Askar Diraja Sulu di Malaysia Part 1


Lima polis korban serang hendap di Semporna

Oleh Mohd Razlan Salleh dan Muhaamad Hafis Nawawi
LAHAD DATU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghantar pasukan tambahan ke Semporna berikutan kejadian serang hendap sekumpulan penjenayah bersenjata api yang mengorbankan lima anggota polis di Kampung Sri Jaya, Siminul, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, polis yang menerima maklumat terdapat beberapa individu bersenjata di perkampungan atas air berkenaan bergegas ke tempat kejadian. 
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, satu pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna yang tiba ke tempat kejadian tiba-tiba diserang sekumpulan penjenayah yang melepaskan tembakan. 

Menurutnya, bagaimanapun dalam serangan terbabit seorang pegawai, Superintendan Ibrahim Lebar dan empat anggota polis terkorban. Dua penjenayah yang menyerang polis turut terbunuh.

"Kita juga sudah menghantar pasukan tambahan ke Semporna bagi meningkatkan keselamatan di sana.

"Sementara itu, pada 10 malam tadi kita mengesan 10 orang telah menceroboh Kampung Lormalong dan Kampung Dasar Lama di Kunak, dekat sini. Kita percaya mereka ini adalah orang luar dan bukan rakyat negara ini," katanya pada sidang media Ops Sulu di Felda Sahabat 16, di sini, semalam. 

Ismail berkata, tiga daripada penceroboh terbabit dipercayai bersenjata dan pihaknya kini sedang berusaha mengesan kumpulan itu. 

"Setakat ini hanya tiga kawasan terbabit dan daerah lain tiada apa yang berlaku. 

"Kita juga sedang menyiasat sama ada ketiga-tiga kejadian ini mempunyai kaitan dengan pencerobohan di Kampung Tanduo," katanya. 
Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/03 12  4
- See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/LimapoliskorbanseranghendapdiSemporna/MA/Article#sthash.v60CZW89.dpuf

Pencerobohan Askar Diraja Sulu di Malaysia


KRONOLOGI PENCEROBOHAN BERSENJATA DI LAHAD DATU 9 FEB - 1 MAC 2013


Bagi yang terlepas mengikuti isu yang mencabar Kedaulatan Negara ketika ini berhubung pencerobohan bersenjata tentera Diraja Sulu di Lahad Datu yang telah mengorbankan 2 anggota VAT Komando kita, bolehlah mengikuti kronologi yang disediakan di bawah ini





















9 Feb - Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.


11 Feb - Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.


12 Feb - Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.


14 Feb - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.


14 Feb - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina. Ismail berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal. Ismail berkata rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.


14 Feb - Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.


16 Feb - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal. Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu' antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.


18 Feb - Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasa bekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.


24 Feb - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.


26 Feb - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.


28 Feb - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu. Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 'tentera diraja' meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.


1 Mac - Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera. Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh.

SUMBER


TERKINI…. PENCEROBOHAN TENTERA DIRAJA KESULTANAN SULU DI LAHAD DATU


Tentera Diraja Kesultanan Sulu

Update terkini pencerobohan Tentera Diraja Kesultanan Sulu 
di Lahad Datu Sabah.Pencerobohan yang berlaku dikatakan 
mempunyai kaitan dengan pergolakan yang berlaku 
di selatan Filipina dan PDRM mengesahkan pencerobohan
 tersebut adalah terdiri daripadaTentera Diraja Kesultanan Sulu
 bagi mengembalikan semula tuntutan ke atas Sabah. 
PDRM dalam kenyataanya telah menyediakanni secepat mungkin.

Datu Esmail Kiram
Dianggarkan lebih 100 orang mendarat di pantai Lahad Datu
 menggunakan bot pancungdan bersenjata. PDRM dan ATM
 kini mengambil pendekatan ‘berhati-hati’ bagi menghadapi 
sebarang kemungkinan. Kumpulan tersebut memilih Kampung 
Tanduao, yang terletak di bahagian timur yang paling hampir dengan
 kepulauan Filipina iaitu Bungay dan Sibutu.Kawasan itu sejauh 22
 kilometer dari perairan antarabangsa dan jarak kampung tersebut
 kekepulauan Filipina adalah kira-kira sejam dengan menaiki bot.

Kerajaan Filipina kini menggesa sekumpulan 100 warga negara
 itu yang bersenjata dan kini dikepung pasukan keselamatan Malaysia
 pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di tanah air mereka.
Setiausaha Ketiga dan Naib Konsul Kedutaan Besar Filipina 
di Kuala Lumpur, Johann Veronica M. Andal berkata pasukan
 tentera dan polis negara itu kini memantau serta bertukar
 maklumat dengan rakan sejawatan mereka di Malaysia dalam 
usaha mencari penyelesaian segera insiden itu. Pada masa 
sama, rondaan dan langkah keselamatan lebih ketat dipertingkat 
diperairan Tawi-Tawi dan pulau bersebelahan.


Admin sangat setuju dengan kenyataan PDRM dimanaorang
 ramai dinasihatkan supaya tidak percaya dengan khabar angin
 mengenai pelbagai andaian akan berlaku ekoran insiden 
pencerobohan sekumpulan tersebut. Andaian itu tidak
 menggambarkan situasi sebenar, sebaliknya keadaan 
di kawasan tersebut setakat ini masih terkawal. 
Rundingan dengan kumpulan tersebut adalah dalam 
keadaan tenang dan selamat. Setakat ini tiada kejadian
 buruk atau sebarang kekecohan yang berlaku.


Dua Komando Terkorban Dinaikkan Pangkat

on SUNDAY, MARCH 3, 2013 


Dua anggota polis komando VAT 69 yang terkorban dalam insiden tembak
 menembak dengan kumpulan penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina
 dinaikkan pangkat, demikian diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dinaikkan pangkat kepada

 Asisten Superitendan Polis (ASP), dan Koperal Sabarudin Daud, 46, kepada Sarjan.

"Saya juga telah berbincang dengan (Timbalan Ketua Polis Negara) Tan Sri Khalid

 Abu Bakar bahawa sebagai pertimbangan istimewa kedua-dua perwira kita akan
 dinaikkan pangkat," katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan
 terakhir kepada jenazah dua anggota itu di pangkalan Tentera Udara Diraja
 (TUDM) Subang, semalam.

Najib berkata, kerajaan dan pihak polis juga akan mempertimbangkan

 pemberian-pemberian yang lain, dan ia akan dimaklumkan kepada anggota
 keluarga Allahyarham Zulkifli dan Sabarudin, selepas proses urusan pengebumian. 
Nuffnang Ads

"Kita tidak akan lupa jasa, budi serta pengorbanan besar yang telah
 dilakukan oleh kedua-dua perwira negara kita," katanya.

Sementara itu, Khalid berharap kenaikkan pangkat dua anggota

 berkenaan dapat melegakan dan meringankan beban anggota keluarga.

"Bagi pihak Polis Diraja Malaysia, kami berasa bangga dan terharu

 dengan pengorbanan mereka," katanya.

Menyentuh mengenai keadaan di Lahad Datu, Khalid berkata,

 maklumat berhubung situasi terkini hanya boleh dilakukan Ketua

 Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Pesuruhjaya Polis Sabah
 Datuk Hamza Taib.

"Perkembangan barkaitan isu di Lahad Datu tidak boleh dikeluarkan

 sewenang-wenangnya," katanya yang turut menyampaian ucapan
 takziah kepada keluarga kedua-dua wira negara itu.
- See more at: http://onenewshub.blogspot.com/2013/03/dua-komando-terkorban-dinaikkan-pangkat.html#sthash.NFnCb3tv.dpuf

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...