Monday, October 28, 2013

TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB ANDA!! SEBARKAN DAN BANTU PDRM KESAN MAKHLUK PEMBUNUH INI!!

TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB ANDA!! SEBARKAN DAN BANTU PDRM KESAN MAKHLUK PEMBUNUH INI!!



ANGAN CAKAP, MAKI DAN KUTUK SAHAJA. SEBARKAN GAMBAR INI DAN LAPOR SEGERA KEPADA POLIS SEKIRANYA ANDA TAHU MAKLUMAT BERKAITAN PEMBUNUH KEJAM INI!!!

Kawalan sempadan di SEMUA PERAIRAN NEGARA ditingkat dan diperketatkan kawalan. Security guard tu rupanya orang Sulawesi. PDRM dah kesan talian komunikasi antara pembunuh tu dengan family dia di Sulawesi. Pakai ic tipu. 


Tengah cuba cross Laut China Selatan pakai LALUAN TIKUS. Right now syarikat Security tu TELAH DI GANTUNG LESEN NYA SERTA MERTA SBB TAK IKUT SOP DLM MENYARING BAKAL PERKERJA DGN SISTEM MAKLUMAT BERPUSAT JPN DAN PDRM UTK MEMERIKSA LATAR BELAKANG BAKAL PERKERJA ANGGOTA PENGAWAL KESELAMATAN. 

RM200k duit Malaysia diganda dgn 3200 rupiah. Itulah NILAI NYAWA bg pembunuh yg mengambil nyawa arwah Norazita perkerja Ambank selama 16 tahun di situ. WARGA INDONESIA RUPANYA DIA NI. Dia lupa dia pakai hanset yg mana SEMUA NOMBOR CELLFON WAJIB DAFTAR DGN TELCO BAWAH SKMM. Syabas PDRM. Dapat jejak asal usul jantan ni dari Sulawesi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengesahkan khabar angin yang mengatakan suspek kes bunuh dalam rompakan di sebuah bank di Subang Jaya petang semalam telah berjaya ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) ketika cuba melarikan diri ke Sabah adalah palsu.

Suspek bernama Ardi Hamza, 37, dan berasal dari Tawau Sabah, manakala mangsa bernama Norazita Abu Talib, 37, ialah seorang isteri dan ibu kepada sepasang anak.

Menurut mesej Twitter Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, polis akan berusaha habis-habisan untuk menangkap pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Norazita Abu Talib dalam kes rompak dan bunuh di cawangan bank itu di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya semalam.

Beliau menulis: "Semua usaha sedang digembleng untuk menangkap pembunuh Ambank ini."


Mereka yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta melaporkannya di balai polis terdekat atau menghubungi talian hotline 03-20529999.

TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB ANDA.
HARI INI HARI MEREKA
ESOK LUSA MUNGKIN  HARI KITA
SEBARKAN!!!!

Wednesday, October 23, 2013

Pegawai bank maut ditembak pengawal keselamatan

Pegawai bank maut ditembak pengawal keselamatan



gambar terpaksa dipadamkan atas permintaan keluarga arwah...harap maaf



SUBANG JAYA: Seorang pekerja bank wanita berusia 37 tahun maut akibat terkena tembakan di kepala yang dilepaskan pengawal keselamatan yang merompak bank berkenaan di USJ Sentral di sini, petang tadi.

Dalam kejadian pada jam 6.18 petang itu, suspek berusia 37 tahun yang berkhidmat di bank sama dikatakan melepaskan tembakan yang terkena kepala mangsa ketika mereka bergelut sejurus selepas membuka pintu peti kebal di bank berkenaan.

Menurut sumber, mangsa dikatakan mati serta merta di tempat kejadian manakala pengawal keselamatan terbabit melarikan sebuah beg yang mengandungi sejumlah wang yang masih belum dikenal pasti jumlahnya.

Suspek dikatakan berasal dari Sabah itu melarikan diri menggunakan motosikalnya dan polis sedang menjalankan operasi mencarinya termasuk mengesan di alamat kediaman pengawal keselamatan itu berdasarkan rekod kerjanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Tan Ah Chuan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Hingga jam 9 malam ini, polis masih belum berhasil memberkas pengawal keselamatan terbabit dan gerakan mengesan suspek diteruskan.

Friday, September 20, 2013

Anak mati di pusat asuhan

"Saya lihat kepalanya sudah terkulai ketika meletakkannya di kerusi bayi didal;am kereta..."
Sumber dari:Hmetro
KUALA LUMPUR: "Saya lihat kepalanya sudah terkulai ketika meletakkannya di kerusi bayi di dalam kereta malah muka dan bibir sudah kebiruan malah ketika menjerit memanggil namanya pun anak saya tidak membalasnya," kata Muhamad Norman Rosman, 26. bapa kepada bayi lelaki berusia tujuh bulan yang maut di pusat asuhan kanak-kanak di Wangsa Maju, di sini, semalam.
Bayi malang itu, Muhamad Qhaliff Muhamad Norman disahkan oleh doktor meninggal dunia dua jam sebelum bapanya menjemput anaknya itu kira-kira jam 5.30 petang semalam. 
Menceritakan kejadian itu, Norman berkata, dia menjemput anaknya itu seperti biasa di pusat asuhan terbabit dan menyangka anaknya sedang tidur.

Menurutnya, bagaimanapun sebaik masuk ke dalam kereta dia terkejut apabila kepala anaknya terkulai sementara muka dan bibir kebiruan.
Foto

"Saya kemudian meminta penjelasan pekerja di situ namun jawapan diberikan mengecewakan kerana mereka memberitahu tidak mengetahui apa yang berlaku kepada anak saya.

"Bimbang dengan keadaan Qhaliff saya terus menghantarnya ke sebuah klinik swasta berhampiran sebelum doktor mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia lebih kurang dua jam," katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, malam tadi.

Norman berkata, dia sekali lagi mendapatkan penjelasan daripada pekerja pusat asuhan itu dan memaklumkan kejadian menimpa anaknya.

"Ketika itu baru mereka memberitahu anak saya sebelum itu ada mengalami muntah darah namun mereka menyangka tidak serius dan tidak memaklumkan kejadian itu kepada saya dan isteri.

"Tindakan mereka tidak memaklumkan kejadian itu mengecewakan saya kerana sejak lahir anak saya tidak mempunyai masalah sebaliknya hanya sukar minum susu," katanya.

Beliau berkata, dia menghantar anaknya itu bersama seorang lagi anak perempuan berusia dua tahun kira-kira jam 11.30 pagi.

"Ketika itu anak saya ceria dan bermain dengan kakaknya seperti biasa. Namun tidak menyangka perkara ini terjadi dan saya juga sudah membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Wednesday, September 18, 2013

Isteriku Gengster (Isteri Kaki Pukul

'Dia menendang pintu bilik sehingga berkecai sebelum membelasah suaminya yang bersembunyi di situ, menyebabkan mangsa cedera dan berdarah di kepala. Itulah tindakan ganas seorang wanita terhadap suaminya, selepas mengesyaki lelaki itu bermain kayu tiga di belakangnya...'

Sumber dari: Harian Metro

Kajang: Dia menendang pintu bilik di rumahnya di Saujana Impian, di sini, sehingga pecah sebelum memukul dan menendang suaminya yang bersembunyi di dalam.
Itulah tindakan ganas seorang wanita berusia 38 tahun terhadap suaminya berusia 40 tahun selepas mengesyaki lelaki itu menduakannya.

Akibat kejadian kira-kira jam 1.30 pagi Sabtu lalu itu, suami terbabit yang juga peniaga dilaporkan cedera di badan dan kepalanya akibat ditendang dan dipukul isterinya.
Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini, dan difahamkan dia sudah membuat lima laporan polis berhubung keganasan isterinya yang sering memukulnya sejak lebih tujuh bulan lalu.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian awal pagi Sabtu lalu, mangsa yang baru pulang mengajak isterinya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu berbincang mengenai masalah keluarga mereka.

“Bagaimanapun, permintaan mangsa dibalas dengan maki-hamun oleh isterinya. Biarpun dipujuk, wanita itu terus memaki hamun mangsa sebelum mengugut untuk membelasahnya,” katanya.
Menurutnya, bimbang dengan ugutan isterinya dan menyedari wanita itu sering bertindak agresif terhadapnya, mangsa segera masuk ke bilik utama rumahnya sebelum mengunci pintu dari dalam.

“Kira-kira 10 minit kemudian, wanita terbabit mengetuk pintu bilik sambil mengarahkan mangsa membukanya, namun mangsa hanya mendiamkan diri di dalam bilik kerana takut dipukul.
“Tindakan mangsa menyebabkan isterinya berang lalu wanita itu menendang pintu bilik sehingga pecah. Selepas masuk, dia terus menendang dan memukul mangsa beberapa kali,” katanya.

Sumber itu memberitahu, ketika ditendang dan dipukul, mangsa tidak melawan sebaliknya hanya meminta dikasihani, namun rayuannya tidak diendahkan isterinya.

“Suspek (isteri) hanya berhenti memukul suaminya itu selepas melihat kepala mangsa berdarah,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian bergegas meninggalkan rumahnya sebelum membuat laporan polis. “Dalam laporannya, mangsa menyatakan dia sering dipukul isterinya sejak lebih tujuh bulan lalu dan sudah membuat lima laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi, mengesahkan menerima lima laporan laporan berhubung kejadian itudan memberitahu semua kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
                                          Sekadar Hiasan-

Tuesday, September 17, 2013

Halau Ibu, Empat Adik... Anak Derhaka

"Seorang peniaga tergamak menghalau ibu dan empat adik-beradiknya yang menetap disebuah rumah teres peninggalan arwah bapanya,

Sumber dari Harianmetro
Kuala Lumpur: Seorang peniaga berusia 40-an sanggup bertindak menghalau ibu dan empat adik- beradiknya yang menetap di sebuah rumah teres peninggalan bapanya di Sungai Besi di sini, kerana ingin menjual rumah berkenaan.
Menurut sumber, suspek bertindak demikian kerana rumah itu kini bernilai lebih RM500,000 dan menjadikan alasan bahawa ibu berusia 67 tahun dan empat adiknya berusia antara 20 hingga 40-an membebaninya.
Harian Metro difahamkan, kejadian berlaku pada jam 9 malam, Khamis lalu.
Mangsa (si ibu) dan empat lagi adik-beradik mula tinggal bersama di rumah berkenaan sejak kematian bapa mereka beberapa tahun lalu.
Menceritakan semula kejadian itu, sumber itu berkata, lelaki terbabit pulang ke rumah dalam keadaan marah lalu menghalau ibunya selain mengarahkan warga emas itu membawa bersama empat adik-beradik lain.
“Suspek menuduh ahli keluarganya itu menambah bebannya yang terpaksa menyara mereka sekeluarga. Malah, dia turut memberitahu mahu menjual rumah berkenaan dan sebuah lagi rumah yang dibeli keluarga berkenaan atas namanya,” katanya memberitahu, ketika kejadian, empat adik-beradik suspek tiada di rumah.
Sumber itu berkata, tindakan suspek menyebabkan ibunya berang sebelum memarahinya menyebabkan mereka terbabit dalam pertengkaran lebih 10 minit.
“Suspek yang hilang pertimbangan itu kemudian mengambil pisau pemotong daging sebelum meletakkan senjata berkenaan di leher ibunya.
“Lelaki terbabit kemudian mengugut untuk membunuh ibunya itu jika permintaannya tidak dipenuhi. Malah, suspek turut merosakkan barangan di dalam rumah itu menggunakan pisau berkenaan,” katanya memberitahu, selain ibunya, suspek turut mengugut untuk membunuh empat lagi adik-beradiknya jika mereka enggan mengosongkan rumah berkenaan.
Menurutnya, suspek hanya berhenti mengamuk dan mengugut ibunya itu apabila melihat ibunya menangis dan merayu dikasihani.
“Biarpun begitu, suspek masih tidak berpuas hati dan mengarahkan ibunya untuk keluar rumah berkenaan keesokan harinya,” katanya.
Katanya, warga emas terbabit yang bimbang dengan ugutan itu membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi, di sini. Harian Metro difahamkan, warga emas bersama empat beradik suspek sudah meninggalkan rumah berkenaan dan kini menumpang di rumah saudara mereka.
Tambahnya, dalam kejadian itu, warga emas terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan difahamkan, pihak berkuasa kini sedang menyiasat kes itu kerana melakukan ugutan jenayah.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.


ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...