Thursday, August 16, 2012

Ambil iktibar

by Diwanz Almn III, Living A Journey.
Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@nstp.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
MUAR: Masyarakat Islam di negara ini digesa mengambil iktibar kepayahan dan kesulitan dialami negara Islam lain masa kini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun masih ada umat Islam di negara ini hidup serba kekurangan, namun ia tidak seteruk seperti apa berlaku di negara Islam lain seperti Syria.
“Kita lihat banyak tempat di negara kita pada Ramadan ini mengagihkan bubur lambuk, nasi dan makanan percuma sedangkan di sesetengah negara Islam lain, mereka hidup dalam sengsara.
“Walaupun ada rakyat negara ini mengatakan mereka hidup dalam kekurangan, namun ia tidak seteruk, tidak seperit dan sengsara seperti dialami saudara Islam kita di negara lain.
“Oleh itu, kita harus bersyukur keadaan ini dan Malaysia di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha mengurangkan beban rakyat dari semasa ke semasa,” katanya pada majlis berbuka puasa dan penyampaian zakat Uda Holding Berhad di Surau Saadiah, Jalan Bakri di sini, kelmarin.
Hadir sama, Pengarah Urusan Uda Holding Berhad, Ahmad Abu Bakar. Muhyiddin turut menyampaikan bantuan kepada 99 fakir miskin manakala RM20,000 lagi disumbangkan Uda Holding kepada Pengerusi Lembaga Amanah Surau Saadiah, Ghaffor Md Yassin.

Muhyiddin berkata, kerajaan sentiasa memikirkan cara terbaik mengembangkan ekonomi negara supaya tidak muflis seperti banyak negara di Eropah.

Teman lelaki diburu

by Diwanz Almn III, Living A Journey.

Teman lelaki diburu


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Teman lelaki Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, remaja yang dibakar di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi Isnin lalu, kini diburu polis kerana disyaki sebagai suspek utama yang bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam berkenaan.
Sejak kejadian berlaku, suspek yang berusia 18 tahun itu menghilangkan diri dan polis giat mengesannya bagi membantu siasatan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, remaja lelaki dikenali sebagai Mohd Amir Mohd Anuar (gambar) itu dikehendaki bagi membantu siasatan kes cubaan membunuh.
“Remaja terbabit dipercayai suspek utama kes bakar yang mengakibatkan seorang remaja perempuan melecur 25 peratus badan dari muka hingga perut dan kini terlantar koma di hospital.
“Suspek diminta menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Selain itu polis turut meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan suspek,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, motif sebenar kejadian belum dikenal pasti kerana polis tidak dapat mengambil keterangan daripada mangsa kerana remaja terbabit masih koma dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Orang ramai yang mengenali suspek boleh menyalurkan maklumat kepada Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur di talian 03-21460522 sambungan 597 atau mana-mana balai polis berhampiran dan melalui Hotline Polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS POLISKL ke 32728.

Monday, August 06, 2012

Teknik Photoshop Cross Processing

by Diwanz Almn III, Living A Journey. 

Hari ini dapat lagi satu teknik Photoshop yang dipanggil " Cross Processing".  Pada mulanya memang agak susah sikit. Lama-lama boleh juga dan akhirnya siap diproses. Lihatlah Hasil dari saya yang menggunakan gambar saya sendiri menggunakan Nikon D90.

Gambar Asal 


Teknik Cross Processing

 

Sunday, August 05, 2012

Puas Hati

by Diwanz Almn III, Living A Journey.

good-morning-desi-glitters-33

Rasa puas hati kerana berkurun bertapa...berkurun juga mendiamkan diri...berkurun juga merubah bentuk blog ini. Hasilnya berbaloi dan masih kurang menyerlah bentuknya. Tunggu kedatangan berita yang lebih menarik. muahhhhhhhh

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...