Wednesday, January 23, 2013

Pelajar Lelaki 15 Thn Bercinta Di liwat Cikgu Read more: http://www.syokdownload.com/2011/10/pelajar-lelaki-15-thn-bercinta-di-liwat.html#ixzz2ImttnRGc


Pelajar Lelaki 15 Thn Bercinta Di liwat Cikgu


Seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di sini mendakwa menjadi
 mangsa liwat seorang guru dikenalinya di laman sosial Facebook, sejak setahun lalu.

Guru lelaki terbabit berusia lingkungan 30-an dan masih bujang serta mengajar di sekolah
berasingan dengan pelajar terbabit, dikatakan melakukan perbuatan terkutuk itu ketika
mangsa datang ke rumahnya di sini.

Difahamkan pelajar lelaki berusia 15 tahun itu sering menghabiskan masa bersama guru
 berkenaan di rumahnya selepas berkenalan melalui Facebook sehingga wujud hubungan
 rapat antara mereka.

Bapa pelajar itu bertanyakan anaknya mengenai hubungan mereka dan selepas didesak,
 pelajar berkenaan mengakui menjalin hubungan dengan guru lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, bapa pelajar terbabit mengesyaki sesuatu apabila mendapati anaknya
 amat mesra dengan guru lelaki itu.

“Bapa pelajar itu bertanyakan anaknya mengenai hubungan mereka dan selepas 
didesak, pelajar berkenaan mengakui menjalin hubungan dengan guru lelaki
 berkenaan.

“Terkejut dan marah dengan pendedahan itu, bapa pelajar berkenaan membuat 
laporan Jumaat lalu di Balai Polis Pusat Miri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Superintendan Jamaluddin 
Ibrahim, ketika dihubungi semalam, mengesahkan laporan kes berkenaan. 
Katanya, polis menjalankan siasatan terperinci berikutan mangsa mendakwa
 beberapa kali diliwat suspek di rumahnya.

“Kita belum membuat tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 377 
Kanun Keseksaan,” katanya.


Read more: http://www.syokdownload.com/2011/10/pelajar-lelaki-15-thn-bercinta-di-liwat.html#ixzz2ImtY1lgD

No comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...