Friday, January 25, 2013

Dalam Kerendahan Hati

"Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI"


Memang benar,,,kadang kala dalam hidup ini kita perlu menangis,,,bukan untuk meratapi... tetapi sekadar memperingatk0an diri kita bahawa setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.

Saya juga pernah mengalami getir hidup perjalanan yang amat perit.  Tetapi saya cuba bangkit melawan arus agar saya dapat menjalani hidup tanpa adanya sekelumit dendam tentang apa yang berlaku.

Kadang-kadang saya juga tidak dapat menepis halangan yang berlaku.  Kadang-kadang saya saya sendiri pernah dikhianati...samada dalam kehidupan, kerjaya dan orang-orang disekeling saya.  Namun saya gagahi untuk teruskan kehidupan saban hari memerlukan pengorbanan untujk maju dalam hidup...berputus asa bukanlah diri saya sebenarnya...

Saya petik dari mutiara ini

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."


  Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.

Kita perlu percaya...bahawa tiada yang mustahil bila kita boleh melakukanya. Apapun yang kita lakukan orang lain tidak akan sama dengan kita..jadikan diri kita sebenarnya... jangan menjadi diri orang lain...

Salam dari

Diwan

No comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...