Wednesday, January 23, 2013

Warga Bangladesh mengaku tidak bersalah liwat kanak-kanak lelaki


Warga Bangladesh mengaku tidak bersalah liwat kanak-kanak lelaki.....Bodoh punya bangla

gambar hiasan aje

BUTTERWORTH: Seorang jurukimpal warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini terhadap tuduhan meliwat seorang kanak-kanak lelaki berumur sembilan tahun pada Oktober tahun lepas.
Tertuduh Md Rezaul, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi setelah memahami pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa. 
Md Rezaul dituduh melakukan kesalahan itu pada Oktober 2012 di sebuah rumah di Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, pada 12 tengah hari. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Pada Disember lepas tertuduh telah dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan memandangkan tertuduh yang kurang memahami bahasa Melayu tidak mempunyai jurubahasa.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Fauziah Md Daud. - Bernama

No comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...