Sunday, January 20, 2013
Jika Cintai Di dustai
Sudah lama saya tidak menulis tentang entry yang terbaru... hari ini dikesempatan waktu yang terluang ini, saya ingin menulis tentang erti cinta dan kasih seorang sahabat saya. Seorang sahabat yang amat saya senangi dan seorang adik yang saya banyak menghabiskan masa diluar waktu kerja jika waktu yang terluang.
Berbeza latar belakang dan kehidupan saya, amat menyenangi berkawan dengan nya dan menganggap dia adalah sahabat selamanya walaupun saya dan dia tiada pertalian darah. Biarlah saya namakan dia sebagai "aj" nama yang saya panggil setiap hari. Bermula berkawan dengan ber facebook kami terus melingkari kehidupan warna setiap jam berdetik. Seorang yang mudah mesra tapi agak banyak cakap sehingga tangga pun boleh terangkat kesana sini. Agak kelakar dan funny bila ada kerja yang kami lakukan bersama. kemana waktu terluang atau pada hari saya tidak bekerja saya akan telefon dia dan salah seorang lagi kawan saya bukan satu bangsa dengan saya juga akan saya hubungi untuk ke destinasi yang saya hendak pergi.
Mereka berdua ini sanggup bercuti kalau saya ingin pergi kemana-mana. Ini disebabkan saya punyai komitmen kerja yang sangat terhad untuk saya bersama-sama kawan. Untungnya mereka sanggup bercuti... sebab apa...sebab mereka tidak mahu hampakan saya kerana saya amat payah untuk bercuti... kerana komitmen kerja yang memerlukan saya bertugas diluar kawasan dan ke luar negara.
Beberapa hari lepas saya menerima panngilan sms dari aj. Beliau hendak ke Langkawi dalam keadaan tergesa-gesa.... apa yang diberitahu beliau ingin berjumpa dengan seseorang yang saya kenali juga. Orang kata ....bunga sedang berputik. Saya mengharapkan akan terjadi sesuatu yang indah untuk "aj".
Namun saya beranggapan aj berhak untuk menyintai sesiapa sahaja dan memerlukan itu semua. Namun selepas beberapa hari setelah "aj" pulang ke Kuala Lumpur, saya menerima sms bahawa aj dan kekasih yang dicintai itu sudah tiada apa-apa lagi.
Saya kurang pasti apa yang terjadi. Disebabkan tugas dan tuntutan kerja saya memberi tahu "aj" tunggu untuk beberapa hari untuk saya berjumpa dengannya. Dan malam tadi seperti yang dijanjikan saya bertemu dengannya. Dan banyak benda dah diceritakan. Dan saya faham...kerana cinta kasih sebenarnya tidak boleh didustai...
Apa yang saya boleh bantu dan memberi semangat ke apada "aj" bahawa cinta itu bukan satu dalam beribu... jadikan satu pengajaran untuk kita tempuhi....tetapi "aj" kental....."aj" yang saya sangat kenali seoarang budak yang punyai semangat yang tinggi. Sikit pun tidak menyimpan didalam hati. Biarlah masa itu berlalu katanya...hidup mesti diteruskan.... bukan seorang saja yang kita perlukan...lebih ramai lagi...tetapi hendak jumpa yang terbaik kita harus berhati-hati.
Untuk "aj" JIKA CINTA DIDUSTAI....jangan terlalu pasrah.... teruskan kehidupan... masih ada lagi sinarnya....
Kami sentiasa menyokong apa yang terbaik buat "aj"....
Salam
Mengapa menyinta
Andainya tak setia
Tak usahlah bercinta
Jika hanya berpura
Bila hati dah jemu
Mula berpaling tadah
Tak pernah difikirkan
Orang yang ditinggalkan
Tersiksa sayu pilu
Labels:
my living journey
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment