Thursday, August 16, 2012

Ambil iktibar

by Diwanz Almn III, Living A Journey.
Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@nstp.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
MUAR: Masyarakat Islam di negara ini digesa mengambil iktibar kepayahan dan kesulitan dialami negara Islam lain masa kini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun masih ada umat Islam di negara ini hidup serba kekurangan, namun ia tidak seteruk seperti apa berlaku di negara Islam lain seperti Syria.
“Kita lihat banyak tempat di negara kita pada Ramadan ini mengagihkan bubur lambuk, nasi dan makanan percuma sedangkan di sesetengah negara Islam lain, mereka hidup dalam sengsara.
“Walaupun ada rakyat negara ini mengatakan mereka hidup dalam kekurangan, namun ia tidak seteruk, tidak seperit dan sengsara seperti dialami saudara Islam kita di negara lain.
“Oleh itu, kita harus bersyukur keadaan ini dan Malaysia di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha mengurangkan beban rakyat dari semasa ke semasa,” katanya pada majlis berbuka puasa dan penyampaian zakat Uda Holding Berhad di Surau Saadiah, Jalan Bakri di sini, kelmarin.
Hadir sama, Pengarah Urusan Uda Holding Berhad, Ahmad Abu Bakar. Muhyiddin turut menyampaikan bantuan kepada 99 fakir miskin manakala RM20,000 lagi disumbangkan Uda Holding kepada Pengerusi Lembaga Amanah Surau Saadiah, Ghaffor Md Yassin.

Muhyiddin berkata, kerajaan sentiasa memikirkan cara terbaik mengembangkan ekonomi negara supaya tidak muflis seperti banyak negara di Eropah.

No comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...