Thursday, June 27, 2013

Ohhhh...Angin Sampaikan salam rinduku

Salam Di ingatan.....Beberapa hari dan beberapa minggu ini keterbatasan waktu untuk bersama-sama kawan-kawan yang diingati agak terbatas.  Barangkali mungkin semua orang akan tertanya-tanya, mengapa saya tidak begitu aktif untuk seketika ini di Facebook dan kemana saya menghilang.  Bukan tidak aktif...mahupun tidak mahu menjenguk lansung...tetapi waktu begini membatas diri saya mendekati dunia Facebook, Whatsapp dan Wechat.  Kerana diwaktu begini saya bertugas 24 Jam sehari bagi menentukan semua kehidupan semua insan hidup dengan tenang dan lena dengan mimpi yang indah.

Kadangkala rasa cemburu pun ada. Namun hakikat ini saya harus terima.  Membahagiakan kehidupan orang lain adalah amanah yang bermakna bagi saya.

Saya selalu berkata..... Andai angin itu dapat menyampaikan salam rindu pada semua teman-teman semua maka handphone tidak saya perlukan lagi....Hanya kata-kata rindu diangin tanpa kalian tahu....

"Ohhhhh....Angin, Sampaikan salam Rindu...."
 

Percayalah bahawa bila saya jatuh....teman-teman yang rapat menghulur tangan. Dan saya akan kenang semuanya ini...

Tuesday, June 25, 2013

Old Town....

Dah lama sudah tidak bertandang di Restoran Old Town....Restoran ini memang tidak asing lagi...kalau ada kerja luar kawasan ia menjadi pilihan saya serta rakan-rakan. Last sekali saya rasa saya ke Ampang Front bersama dengan someone semasa bulan puasa tahun lepas.  Hari ini saya kembali ke Old Town di JJ Eon Setiawangsa.  Maaf gambar kurang memuaskan.  Hanya pakai Handset kawan sebab tengah khusyuk makan...



Sunday, June 23, 2013

Aku Bukan Yang Terbaik...

Apabila Facebook jarang saya mengupdate kan diri. Dan setiap entry yang saya tuliskan maka ia akan terus autopost ke Wall Facebook saya. Dan saya tidak perlu lagi untuk membuka Facebook saya dan asalkan teman-teman saya dapat mengikuti perkembangan saya di Facebook melalui Blog saya ini.

Saya mengunakan blog untuk saya meluahkan dan apa yang hendak saya sampai di blog saya yang sudah lama saya tinggalkan ini.

"Aku bukan lah manusia yang terbaik".... sememangnya itulah hakikat yang harus saya terima.  Kadang-kadang kita lupa seseorang itu juga makhluk yang dijadikan nya serba kekurangan. Perfect sangatkah kita ini?......



Saya sedar akan kelemahan pada diri... tetapi manusia ini sebenarnya tidak pernah ubah berlakon seolah-oleh dia begitu good dalam segala hal... Nampak sangat pendapat orang tidak mahu diterima....kononya "aku bukan setaraf Kamu"....

Wah!!...Nampaknya kuburnya ber air-cond disalut mas dipayungi mahkota delima....Keji!!!!

Semua manusia ini sama sahaja. Yang membezakan cuma pangkat dan darjat.... pasti...

Yang dah nampak keegoaan tu...cuba-cubalah membentuk jati diri. Didepan bercakap lain. Dibelakang cakap lain. Jadi lah orang yang mempunya pendirian bukan berlakon dan terus menunding jari atas kesalahan mementing diri sendiri dan orang lain yang akan menjadi mangsa.

 

 

Kabus Dan Salji.....melanda Malaysia...

Ha ha... rasa macam berada kat oversea lah pulak.  Lihatlah sekitar kuala lumpur yang sempat saya rakamkan gambar. Awas ini bukan Kabus cuaca sejuk... atau salji nak turun..... ini gara-gara pembakaran hutan tidak terkawal negara jiran indonesia.  Jerebu di Malaysia....

Oleh kerana cuaca tidak baik anda dinasihatkan tidak melibatkan apa-apa aktiviti diluar sana
Gambar gambar ini saya rakamkan di sekitar jalan Tun Razak  berdekatan dengan Ampang Park pada Jam 1.30 tengahari.





Sunday, June 09, 2013

Musim Perkahwinan..

Dah lama tak berblogging dan menulis entry yg menarik..sebab saya tidak ada masa... kerja non stop... minggu ni saja berberapa saudara  terdekat berkahwin dan rakan taulan.... rasa banyak makan nasi minyak musim cuti ni...bila lagi...inilah masanya untuk bersama-sama meraikan majlis perkahwinan...





ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...