Wednesday, July 24, 2013

Edisi Kantoi: ‘Eh...dia suami saya’

Cerita pasangan merempat beberapa hari lalu mengemparkan negara.... rupanya semua ini penipu belaka oleh pasangan poyo mankuk hayun ini... semua orang dah terkena... na lebih lanjut lagi..carilah kat google...banyak kat google...atau bacalah harian metro...

Bukit Mertajam: “Hampir dua bulan saya mencari dan menghubungi suami namun gagal sehingga saya membuat laporan polis mengenai kehilangannya. Namun, saya sangat terkejut apabila melihat lelaki gelandangan yang dipaparkan di Metro Ahad (MA) menyerupai suami saya,” 

kata Lina yang mendakwa lelaki bernama Zaki seperti dipaparkan dalam MA (14 Julai) adalah suaminya yang menghilangkan diri sejak 6 Jun lalu. Lina, 28, berkata, dia sangat terkejut dan tidak menyangka, suami yang dinikahi pada 24 Mac lalu sudah mempunyai isteri kerana ketika bernikah lelaki berkenaan sudah disahkan bercerai dengan isteri pertamanya melalui surat cerai ditunjukkan kepadanya. 

Menceritakan perkenalan mereka, Lina berkata, dia mengenali Zaki melalui laman sosial Facebook sejak Julai tahun lalu sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada Mac lalu. “Kami berkenalan di Facebook pada Julai tahun lalu sebelum dia melamar dan mengajak saya berkahwin,” katanya yang berasal dari Permatang Pauh. Lina berkata, pada awalnya, keluarga merestui hubungan mereka sehingga dua hari sebelum majlis perkahwinan, bakal suaminya itu ditahan polis di Butterworth kerana memiliki kesalahan jenayah lampau sebelum seorang abangnya menjamin lelaki itu.

 “Walaupun mendapat bantahan keluarga, saya teruskan juga majlis kerana semua persediaan sudah dibuat selain suami memberitahu dia sudah berubah dan mahu membina kehidupan baru bersama-sama saya,” katanya. Menurutnya, selepas berkahwin, suaminya bekerja di sebuah kedai perabot di Bandar Perda dan berulang-alik dari rumah menaiki bas. Katanya, selepas dua bulan perkahwinan mereka, dia melihat suaminya resah dan asyik termenung, namun apabila ditanya, suaminya mendiamkan diri. “Dia kelihatan gelisah dan suka termenung, tetapi bila ditanya, dia selalu mengelak dan memberitahu tiada masalah,” katanya. 

Bagaimanapun, pada 6 Jun lalu, suaminya itu tidak pulang ke rumah selepas kerja sehingga memaksa Lina membuat laporan polis berhubung kehilangan suaminya pada 8 Jun lalu. “Kerana bimbangkan keadaan dan keselamatan suami, saya membuat laporan polis namun dikejutkan apabila diberitahu suami ada beberapa rekod jenayah lampau sehingga menjadi buruan polis,” katanya. 

Katanya, usaha menjejaki suaminya menemui jalan buntu kerana dia juga tidak pernah mengenali keluarga suaminya itu yang dipercayai berasal dari Negeri Sembilan. Menurutnya, kali terakhir suaminya menghubunginya ialah pada minggu lalu dan memintanya memasukkan sejumlah wang ke akaunnya, namun dia tidak berbuat demikian kerana kesempitan wang. “Dia pernah hubungi saya untuk meminta bantuan kewangan namun apabila saya tanya dia di mana, dia enggan beritahu selain segera memutuskan talian. 

“Saya juga tidak menghiraukan permintaannya kerana kesempitan wang selain sakit hati dengan tindakannya yang enggan berterus terang dengan saya,” katanya. Katanya, dia tidak menyangka kisah yang dipaparkan MA (14 Julai) dan hari berikutnya adalah kisah suaminya yang dicari sejak lebih sebulan lalu. “Saya berterima kasih pada MA yang berjaya membongkar kisah sebenar dia dan berharap ini menjadi pengajaran kepada wanita di luar sana,” katanya.

 Mengenai bukti yang mengesahkan Zaki suaminya, Lina berkata, dia mengenali susuk tubuh suaminya selain jam tangan, cermin mata dan beg kamera merah yang dipaparkan dalam MA. “Melalui gambar yang dipaparkan, saya yakin itu suami saya terutama jam tangan yang dipakainya itu adalah pemberian saya. Selain itu, beg kamera merah yang mengandungi kamera itu milik rakan saya yang dipinjamkan kepada suami namun ketika dia menghilangkan diri beg itu dibawanya bersama,” katanya.

 Sementara itu, abang Lina yang hanya mahu dikenali sebagai Azmi berkata, dia mahu lelaki itu datang menemui keluarganya bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dan melepaskan adiknya secara baik. “Saya dan keluarga terima dia dengan baik kerana dia berjanji mahu berubah, tetapi tidak sangka jadi begini,” katanya.

 Menurutnya, dia tidak mahu orang lain turut tertipu dengan helah lelaki itu dan keluarganya tidak teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya bagi menuntut ganti rugi. 

************************************* ************************************
Cerita Belum itu...

Pasangan gelandangan sudah cabut lari
 
Kuala Lumpur: “Kami tolong dengan ikhlas kerana mahu mereka bina hidup baru yang lebih baik, tetapi mereka sendiri tak tahu menghargai, malah sanggup lari dari rumah ketika kami keluar berniaga,” kata Nurulhuda Zainuddin, 44.

Peniaga itu dan suaminya Husin Mohamad, 41, kecewa apabila pasangan gelandangan Zaki, 29, dan Maya, 23, yang dibantu Khamis lalu, tiba-tiba melarikan diri dari rumah mereka di pinggir ibu kota, kelmarin tanpa pesanan.
 Zaki dan Maya yang dianggap seperti anak sendiri dibawa menetap serta ditawar pekerjaan dengan gaji RM600, berikutan tidak mahu pasangan itu kembali menghuni bawah jejambat di tepi Sungai Klang.

Nurulhuda berkata, naluri keibuan yang tebal dalam dirinya turut simpati kepada bayi lelaki Maya yang dilahirkan Isnin lalu, justeru, mahu pasangan itu menjalani kehidupan berkeluarga seperti masyarakat lain.

“Sejak hari pertama kami sudah berniat mahu menolong sehingga kedua-duanya mampu berdikari.

“Jadi, apabila mereka buat begini, saya jadi sangat kecewa dan tertanya-tanya, kenapa mesti mereka melarikan diri begitu saja? Apa yang berlaku sebenarnya?” katanya.
Menurutnya, Zaki sepatutnya mengikutnya dan suami berniaga di Jalan Raja Bot di sini namun tidak berbuat demikian atas alasan penat menguruskan anak.

“Saya tak kisah dan beri peluang dia berehat, tetapi pada tengah hari dia memberitahu ada pemberita mahu datang ke rumah untuk temu bual, selain rakan gelandangannya mahu melawat.

“Mendengar itu saya jadi bimbang dan kata jangan benarkan sesiapa masuk ke rumah sehingga saya dan suami pulang kerana kami berjanji berbuka bersama di satu majlis berbuka puasa anjuran persatuan yang kami suami isteri sertai.

“Tapi pada saat akhir Zaki memberitahu tidak dapat berbuka bersama dan saya yang tidak sedap hati menelefon jiran untuk tengokkan mereka di rumah. Saya tahu dia cuba tipu saya,” katanya.

Menurutnya, ketika itulah mereka diberitahu Zaki dan Maya meninggalkan rumah dengan membiarkan pintu tidak berkunci selain membawa semua keperluan mereka. “Sepanjang malam saya cuba hubungi mereka tapi talian tutup dan adakalanya tidak berjawab. Saya tertanya-tanya kenapa mereka mesti bertindak begitu,” katanya.

Dia juga teringat perbualan dengan pasangan itu pada Jumaat lalu yang menimbulkan banyak keraguan termasuk berhubung perkahwinan mereka di Selatan Thailand.

Katanya, dia dan suami mengesyaki pasangan itu belum berkahwin berdasarkan cara mereka menjawab pertanyaan dan penipuan mereka juga jelas terpancar di wajah.

“Maya juga memburuk-burukkan keluarganya yang pada pandangan saya tidak seperti apa yang digambarkan. Saya ada bertemu sebahagian keluarganya ketika mengambil mereka di Hospital Kuala Lumpur (HKL), jadi saya tahu dia tak bercakap benar,” katanya.

Menurutnya, dia tidak berniat menghukum pasangan itu, sebaliknya mahu mereka bertemunya, bercakap jujur dan hentikan semua penipuan menarik perhatian masyarakat.
Katanya, dia akan membuat laporan polis untuk mengelak timbul masalah kemudian. hari. 

 ************************************* 
Cerita Belum itu...

Keluarga paksa pulang

Oleh FIRDAUS SAHAT, MOHD AZAM SHAH YAACOB dan MOHD HAFIZEE MOHD AROP

Kuala Lumpur: Dulu wanita ini dan pasangannya dibiar merempat bawah jejambat di tepi Sungai Klang, di sini, namun selepas kelahiran bayi sulung, Isnin lalu, ‘skrip’ kehidupan mereka tiba-tiba berubah.

Maya, 23, suaminya, Zaki, 29, serta bayi lelaki mereka dipaksa mengikut keluarga pulang ke kampung wanita berkenaan di Arau, Perlis, walaupun sebelum ini dia mendakwa langsung tidak dihiraukan keluarga.

Insiden perebutan bayi itu berlaku kira-kira sejam di pekarangan Wad Bersalin Hospital Kuala Lumpur kelmarin, antara Maya dan tiga abang serta bapa saudaranya yang datang dari Perlis untuk mengambil mereka bertiga sebaik pasangan gelandangan itu dibenarkan keluar pada hari sama.

Wartawan Metro Ahad yang berada di situ atas pelawaan Zaki mendapati, suasana tegang antara Maya dan keluarganya turut menarik campur tangan rakan gelandangan mereka yang hadir untuk melawat, seterusnya mencuri tumpuan kakitangan HKL serta pesakit lain.


FotoMAYA (berkerusi roda) keluar dari Wad Bersalin, HKL sebelum dibawa tinggal bersama keluarga angkat.

Ini kerana, Maya tetap dengan keputusan tidak mahu mengikut keluarganya pulang ke kampung, sebaliknya ingin tinggal bersama Zaki dan bayi lelakinya di ibu kota.

Thursday, July 18, 2013

Video tak ada kepala

Nak tengok lagi ,,,,nah...ambek ko... video potong kepala... Mexican Headless Corpses Storage

Teruk kena belasah...nasib tak mati

Nasib le tak mati....teruk kena belasah....

Video Ngeri Nurse Tersepit lift di negara china...

Baru dapat tengok video ni....kalau tak mampu jangan tengok....ngeriiii siot

Sunday, July 07, 2013

Seks mania atuk tua


 Seks mania atuk tua
 
[SH] BALING - Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan polis setelah didakwa merogol anak saudaranya yang baru berusia 10 tahun. Lebih malang, tiga abang mangsa berusia 13, 15 dan 17 tahun dikatakan turut terlibat. Lelaki terbabit ditahan di kediamannya pada jam 5.30 pagi di sebuah kampung di sini, semalam, manakala tiga abang mangsa dijangka ditahan hari ini kerana mereka dikatakan menetap di sekolah berasrama. Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdullah berkata, menurut mangsa, dia telah dirogol beberapa kali sejak awal tahun lalu dan kejadian itu diketahui setelah mangsa mengadu kepada guru sekolahnya. Menurutnya, kesemua mereka yang terlibat akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret esok untuk perintah reman.

sumber dari:  http://duniacacamarba.blogspot.com/2013/06/budak-10-tahun-jadi-mangsa-serakah.html

Saturday, July 06, 2013

Rindu...


Beberapa hari ni...saya selalu menulis dan bercakap mengenai puasa.  Sebenarnya saya amat rindu masakan mak saya. Kalau orang lain memuji masakan isteri masing-masing..tetapi saya hanya membilang beberapa hari lagi kita akan menyambut ramadhan.  Di Kota yang sibuk ini hanya nasi bungkus dan beberapa kuih menjadi hidangan berbuka puasa saya.
Namun disebabkan tuntutan tugas....saya cuba menyinpan rasa hati kerana ini adalah pengorbanan saya terhadap tugas yang diamanahkan.
Saya masih ingat....kalau dulu dikampung....saya akan sibuk menanya apa yang dimasak mak. Mak akan buat apa saja permintaan saya. Saya suka mee goreng kampung mak.

macam gambar kat bawah ni lebih kurang lah




Itu semua hanya tinggal kenangan indah untuk saya.  Sesungguhnya anak-anak mak semua dah besar... Rasa hati ingin saja bercuti untuk awal ramadhan ini. 
Nak bersama mak membeli kuih-muih....nak melihat mak masak masakan yang sedap-sedap.

Masih kah ada ruang waktu itu...


Wednesday, July 03, 2013

Salam Ramadhan Al-mubarak


Hanya beberapa hari lagi 1 ramadhan akan bermula.  Seluruh umat islam dimana saja berada akan menyambutnya hanya setahun sekali.  Barangkali ramai yang belum mengantikan puasa yang tertinggal.

Di kesempatan ini saya mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga sinar dan kebahagian menanti anda...salam..

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...