Rahsia Brigade Al-Qassam
Kriteria Anggota Hamas
& Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam Harakatul Muqawwamatil
Islamiyyah ( Hamas ) dideklarasikan secara rasmi sekitar bulan Disember
1987 iaitu saat kemuncak permulaan Intifadhah Palestin yang pertama.
Namun begitu, idea penubuhannya dikatakan telah muncul sejak pasca
perang 1973 lagi kerana Hamas adalah lanjutan dari Ikhwanul Muslimin
Mesir yang telah menyumbangkan ribuan para mujahid mereka bagi
menghadapi kemaraan penjajah Yahudi yang masuk merampas tanah Palestin
pada tahun 1948. Maka Ikhwan menubuhkan cawangan barunya di Palestin dan
lahirlah Hamas dari situ.
Qaid Hamas yang pertama
sejak 1987 adalah As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin yang akhirnya gugur
sebagai syahid tanggal 22 Mac 2004 setelah beberapa kali beliau mendekam
dipenjara dan beberapa kali cubaan bunuh dilakukan ke atasnya. Jawatan
Qa’id Hamas berikutnya digantikan oleh As-Syahid Dr.Abdul Aziz
Ar-Rantisi. Namun, beliau hanya sempat berkhidmat sebagai qa’id kurang
dari sebulan sahaja kerana dibedil oleh helicopter Apache Israel tanggal
18 April 2004. Akhirnya, Hamas kini mengambil pendekatan tidak
menzahirkan lagi siapa qa’id mereka yang sebenar sekarang dan hanya
menonjolkan beberapa pimpinan tertentu sahaja seperti Biro Politik
Hamas, Sheikh Khalid Mish’al, Abu Marzouq , Sami Abu Zuhri dan
lain-lain.
Dalam perjuangan
seharian, Hamas menghadapi dua ancaman besar iaitu serangan bersenjata
Israel dan perlawanan serta pengkhianatan dari parti kebangsaan dan
secular Palestin iaitu FATAH pimpinan Mahmud Abbas. FATAH adalah
lanjutan dari Palestin Liberation Organization (PLO) pimpinan Yaser
Arafat. Pergerakan Fatah dilndungi sepenuhnya oleh Israel dan Amerika
sendiri. Bahkan kerajaan-kerajaan Arab dan pemimpin-pemimpin Negara umat
Islam lainnya, sering menghentam Hamas seolah-olah gerakan inilah punca
ketidakdamaian yang berlaku. Bantuan-bantuan yang disampaikan oleh
Negara-negara umat Islam sering disalurkan kepada Fatah dan tidak akan
sampai ketangan Hamas.
Bagi menghadapi situasi
ancaman dua musuh ini, Hamas mengambil sikap menghadapi Israel melalui
serangan bersenjata dan menghadapi Fatah dengan cara melibatkan diri
sebagai parti politik untuk menguasai kerajaan Palestin yang dipegang
oleh Fatah. Membunuh anggota Fatah yang memusuhi Hamas adalah sesuatu
yang tidak bijak yang hanya akan menambah musuh baru sahaja. Inilah
kehebatan pandangan para pimpinan Hamas menghadapi suasana politik di
Negara mereka saat ini.
Kriteria Keahlian Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam
Menjadi anggota Hamas
samada penyokong atau pendokong, sesiapa sahaja rakyat Palestin
dibenarkan kerana ianya terbuka kepada umum sebagai ciri-ciri sebuah
gerakan Islam yang tidak menghadkan keahlian atau keanggotan kepada
kelompok tertentu sahaja. Namun, untuk menjadi anggota sayap ketenteraan
Hamas iaitu Brigade Al-Qassam tidak semudah itu kerana ianya memerlukan
jiwa-jiwa yang kental dan siap memikul senjata menghadapi Israel.
Selain dari seorang
Muslim yang baik, berakhlak, mampu menjaga kerahsiaan dan kewaspadaan (
sir & hazar ) dan berdisiplin tinggi, pimpinan Hamas meletakkan
beberapa criteria khusus untuk seseorang itu layak direkrut sebagai
anggota Al-Qassam. Antaranya adalah seperti berikut :
1) Mendapatkan keizinan dari ibu bapa – ini tidak rumit kerana rata-rata ibu bapa di Palestin inginkan anak mereka syahid.
2) Mendapatkan keizinan
dari ketua masjid di tempat tinggalnya yang mengesahkan bahawa : selama 3
bulan berturut-turut pemuda ini tidak meninggalkan solat Subuh
berjama’ah di masjid.
3) Anggota Hamas dan Al-Qassam bukan sahaja tidak bermaksiat, menghisap rokok pun tidak.
4) Setiap anggota wajib mempelajari Tafsir Al-Qur’an.
5) Setiap anggota wajib membaca Al-Qur’an sehari satu juz’.
6) Setiap anggota wajib menghafaz 40 Hadith Arba’in ( Imam Nawawi ).
7) Melazimi puasa sunat dan bertahajud.
8) Kecerdasan yang
tinggi – buktinya anggota mereka yang banyak melakukan akis bom syahid
semuanya golongan hafaz Al-Qur’an, ilmuwan dan intelektual Palestin.
9) Melazimi hadir di majlis-majlis pengajian dan halaqah ilmu.
10) Melazimi zikir harian.
11) Melazimi olahraga atau beriadhah.
12) Anggota Al-Qassam adalah mereka yang sudah siap untuk syahid bila-bila dan dimana sahaja tempat yang akan ditugaskan.
Catatan pengalaman anggota Misi Kemanusian Indonesia
Ketika, Dr.Joserizal
Jurnalis, doctor spesialis bedah tulang (orthopedy) yang merupakan Ketua
Presidium Medical Emergency Resque Committee ( MER-C) di Indonesia yang
sering terlibat dalam misi kemanusian dipelbagai belahan dunia pulang
dari Gaza baru-baru ini, beliau menyebut mengenai pejuang Hamas:
“paling tidak, setiap pejuang harus boleh menembak tepat sebagai kemampuan standard. Mereka berumur minima 18 tahun “
Untuk menguji
sejauhmana, tetamu mereka bukan inteligen Israel, maka Hamas atau
Brigade Al-Qassam akan membuat ujian terlebih dahulu. “ saya sempat
bertemu anggota Al-Qassam dan apabila tahu saya bukan Hafiz Al-Qur’an,
saya ditest dulu oleh mereka. Mereka sempat bertanya saya Muslim atau
tidak? Saya jawab “ya”. Setelah itu mereka bertanya saya tentang hafazan
Al-Qur’an. Saya pun membaca Surah Al-A’la. Setelah itu mereka langsung
memeluk saya. Kemudian mereka pun membuka album foto saat latihan dan
membela diri dan saya memberitahu mereka supaya berhati-hati kerana
tidak semua doctor baik (tujuannya) “.
“ ketika saya masuk ke
Afghanistan dulu, bukan sekadar hafazan Qur’an yang ditanya oleh
pejuang-pejuang Afghan. Mereka sangat mahir dalam menghadapi penyusup
(intelegen). Kerana agen Mossad( perisikan Israel ) dan agen Russia juga
ada yang hafaz Al-Qur’an. Pertanyaan mereka saya tidak duga. Mereka
menanya saya siapa bapa saudara Rasulullah? Dihadapan saya senjata M60
sudah terdongak. Padahal pada awal pertemuan, biasa sahaja, tapi lama
kelamaan berubah menjadi interogasi (soal selidik). Mereka juga menanya
saya siapa anak kesayangan Rasulullah”
“ Ini dibuat kerana
mereka tahu agen Soviet, NATO, Amerika atau Britain juga telah
menyiapkan hafazan ayat-ayat Al-Qur’an, tetapi biasanya mereka akan lupa
apabila berhadapan pejuang Afghan. Mereka akan gugup apabila ditanya”.
“ hafaz Al-Qur’an adalah
standard anggota Al-Qassam. Pada saat menunggu untuk melakukan
serangan, mereka menghafaz Al-Qur’an dan menghayati ayat-ayatnya, bukan
minum kopi, mereka, apalagi berbual-bual. Dari pelbagai informasi yang
saya terima, setiap anggota mereka hanya dibekali dengan sebotol air
minum (mineral kecil) 250 ml dan makanan sekadarnya untuk tempoh dua
hari. Padahal dalam sebuah front, pertempuran boleh menjadi lebih dari
seminggu”.
“ Inteligen Mesir,
Israel, Amerika, Negara-negara Eropah dan Negara Timur Tengah lainnya,
banyak berkeliaran di Gaza dan Tebing Barat saat perang baru-baru ini.
Tapi Hamas pintar menjaga kerahsiaan. Banyak inteligen adalah rakyat
Palestin sendiri yang dibayar oleh agen-agen asing. Memang ada sahaja
rahsia yang bocor. Contohnya, ada sebuah gudang dibom Israel sampai
tembus ke bahagian dalam dan bawah tanah. Ternyata tempat itu adalah
tempat perkumpulan pejuang Palestin. Israel telah tahu dari mata-mata
bayaran mereka”.
Catatan: Ini bermakna, mempelajari Sirah dan menghafaznya adalah syarat bagi pejuang Afghanistan dan Palestin.
Melihat kepada criteria
ini, maka wajarlah kalau Hamas yang dihentam teruk dalam tempoh 22 hari
saat serangan Israel ke atas Ghazzah baru-baru ini dan ditambah lagi
dengan beberapa hari serangan tambahan, mampu bertahan bahkan
menghasilkan korban yang banyak di pihak Israel baik tentera mahupun
rakyatnya.
Hamas bukanlah sebuah
gerakan jihad yang terlalu mempercayai statistic atau jumlah pihak
lawan, namun disudut lain mereka optimis bahawa ‘bantuan dari langit’
adalah penting. Maka bantuan khusus dari Allah dan para Malaikatnya ini
tidak mungkin dianugerahkan kepada mereka yang tidak mencukupi syarat
sebagai pejuang dan tidak serius. Apatah lagi pejuang yang tidak
mempunyai hubungan baik dengan Allah dalam urusan ibadahnya atau sering
membiasakan diri dengan maksiat dan kemungkaran.
Fakta Menarik:
a) Dalam pilihanraya 2006, Hamas berjaya memenangi 74 kerusi dan Fatah hanya 45 sahaja.
b) Di Palestin ada 16 daerah besar iaitu 11 di Tebing Barat dan 5 daerah di Semenanjung Ghazzah.
c) Hamas berjaya
menguasai 6 kerusi di Jerusalem, 4 kerusi di Jenin, 3 kerusi di
Tulkarem, menang kesemua kerusi di Tubas, berjaya mendominasi di Nablus,
5 kerusi di Ramallah dan Al-Birreh, 4 kerusi di Baitlehem dan berjaya
memenangi semua kerusi di Jericho dan Qalqiya.
d) Di Ghazzah semua daerah disapu bersih oleh Hamas seperti Hebron, Gaza Utara, Gaza City, Deir Al-Balla, Khan Yunus dan Rafah.
e) Rakyat Palestin
ditarbiyyah dengan budaya keilmuan yang tinggi walaupun berada dalam
kondisi pengajian yang terbatas akibat situasi peperangan. Namun, dalam
setiap kali konvokesyen di Palestin, terdapat 3500 orang Hafidz yang
berjaya dilahirkan. Maka Israel menjadikan anak-anak kecil sebagai
sasaran serangan mereka kerana melihat bahayanya anak-anak kecil yang
ditarbiyyah sebegini hebat dengan jiwa Al-Qur’an.
f) Sangat menakjubkan
dalam tempoh 22 hari serangan Israel ke atas Gaza yang mengorbankan
lebih 1300 orang dan mencederakan ratusan yang lain, Allah menggantikan
dengan kelahiran seramai 3150 bayi-bayi baru Palestin dalam tempoh 22
hari itu.
3 Tokoh Yang Menjadi Inspirator Jihad Hamas
1) As-Syahid Yahya Ayyash
– nama sebenarnya adalah Yahya Abdul Latif Ayyash, seorang jurutera
yang merupakan individu penting dalam membuat bom dan merancang
aksi-aksi bom syahid. Kehebatan beliau menyamar menyebabkan Israel
menggelarnya “ Lelaki Dengan Seribu Wajah “. Beliau lahir pada 22 Feb
1966 dan syahid pada Jumaat, bulan Jan 1996 apabila telefon tangan yang
diangkatnya meletup dan meledakkan dirinya. Rupanya, telefonnya itu
telah dipasang bom seberat 50 gram.
2) As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin
– nama sebenarnya adalah Ahmad Ismail Yasin, lahir tahun 1938 di Utara
Gaza dan menjadi sheikh atau murabbi kepada pergerakan Hamas. Dengan
tubuh badan yang hampir lumpuh sebahagiannya akibat penderaan didalam
penjara Israel dan penjara kerajaan Palestin sendiri, dirinya tetap
menjadi kebimbangan yang cukup menakutkan Israel. Arahan beliau dan
nasihatnya kepada rakyat Palestin dan pejuang Hamas ibarat malapetaka
bagi Israel. Beliau syahid tanggal 22 Mac 2004 selesai Solat Subuh di
masjid setelah dibedil 3 peluru dari Apache Israel.
3) As-Syahid Abdul Aziz Ar-Rantisi
– nama sebenarnya adalah Abdul Aziz Ali Abdul Hafiz Ar-Rantisi, lahir
tanggal 23 Okt 1947 dan syahid dibedil Apache Israel pada 18 April 2004.
*Sumber dari cintarindurasul.blogspot.com