Friday, August 30, 2013

Kakitangan TNB Hampir Putus Tangan Kiri Di Tetak Ketika Membuat Pemotongan Elektrik

Kakitangan TNB Hampir Putus Tangan Kiri Di Tetak Ketika Membuat Pemotongan Elektrik

sumber dari: http://din.huluselangor.net



 - Friday: 2013-08-30 03:15:47'. Muhamad AXdni Bin Isa Seorang pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) hampir terputus tangan kiri akibat ditetak dengan parang setelah beliau memotong bekalan elektrik di sebuah rumah di Jalan PJS 7/23 Bandar Sunway, di sini hari Khamis. 

Dalam kejadian 5 petang itu, Muhamad Axdni Isa, 42, bersama dua lagi rakan sekerjanya dilapor melakukan kerja pemotongan elektrik di depan sebuah rumah teres sebelum dua orang lelaki yang berada dalam rumah tersebut tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supt Tan Ah Chua berkata mangsa dan rakan-rakannya telah dimaki hamun lelaki itu ketika cuba menerangkan kepada suspek bahawa mereka membuat penyambungan elektrik secara haram. “Disebabkan bengang, suspek kemudian keluar dari rumah dengan dua bilah parang dan menetak tangan kiri mangsa beberapa kali manakala rakannya yang lain terselamat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Tan berkata, mangsa dihantar rakannya ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Pantai Bangsar di sini untuk pembedahan. Susulan kejadian itu, polis menahan dua suspek berusia 33 dan 45 tahun itu untuk siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. 

Fakta kes: Pada 29/08/13 jam 1700hrs semasa pgadu bersama rakan sekerja sedang membuat potongan elektrik di depan tiang TNB tmp kejadian. 2/L/I berada di dlm rumah dan bertanya knp potong elektrik. Pgadu tlh memberitahu rumah tersebut tlh membuat penyambung elektrik scr haram. 

Kemudian pertengkaran berlaku. Seterusnya kedua lelaki india maki hamun kami. Seterusnya, kedua2 lelaki keluar dr rumah terus memegang 2 bilah parang dan terus menetak tgn kiri mangsa beberapa kali. Kemudian, pgadu terus hantar mangsa ke SJMC utk rawatan awal.

 Kini mangsa ada di Pantai medical Bangsar utk menjlnkan pembedahan. Akibat kejadian pergelangan kiri hampir putus. Tempat kejadian: Lot 190 Jln PJS 7/23 Bdr Sunway. 

Tangkapan olh D7 ipd subang Jaya: Dua lelaki saspek umor 33 thn dan 45 thn.
 Siasatan sek 326 kk. Pengadu 1/L/M nama Mohd Fuad Bin Ishak bekerja sbg TNB. Mangsa: Muhamad AXdni Bin Isa umor 42 thn. Update tangkapan kes tetak tngn peg tnb: 
Tangkapan olh D7 ipd subang Jaya: 1. Sellvam al Sangaralingam kpt 680510 08 6687 
                                                               2. Kamal al Maruthmuthu kpt 800518 14 5657 
Wanted bdr sunway 5379/13 sek 3(1) penjenayah-tetak-tangan-kakitangan-tnb

Apalah Ertinya Nilai Harga Sebuah Handphone.......


Apalah Ertinya Nilai Harga Sebuah Handphone, jika dibandingkan kasih kami pada Ayah....
dan coretan ini adalah coretan kasih sayang saya yang tidak terhingga pada Ayah....seorang pejuang yang membesarkan kami adik-beradik....
Ayah adalah tiang kami untuk membesar 10 beradik...ayah juga memberi kami sesuap nasi untuk kami..ayah juga mengalas bebanan hidup waktu mudanya untuk menyekolah kami semua. Ayah juga membanting tulang empat kerat untuk membesarkan kami.

Entry kali ini sebenarnya sudah lama tertangguh. Masa raya kedua saya pulang ke kampung setelah selesai menamatkan tugas pagi-pagi saya terus balik.  Sampai je semua adik-beradik sedang menikmati juadah sarapan pagi.

Pagi tu semasa sedang bersembang dengan adik-beradik, ayah memanggil saya. Ayah mengajukan pelbagai soalan tentang handphone dan harganya. Bukan itu saja..setiap minggu atau bulan saya balik ke kampung, ayah akan menceritakan benda yang sama. Saya terus memberitahu ayah harga-harga yang saya tahu saja. Nampaknya ayah macam berminat tentang handphone.

Lalu saya tidak mengesyaki apa-apa tentang cerita tadi.... selang 30 minit selepas itu saya tidak nampak ayah.  Dan mak mengatakan ayah membeli suratkhabar. 
Kemudian saya nampak kelibat ayah balik kerumah dengan motor modenas nya.  

Seluruh rumah gempar seketika kerana ayah membeli sebuah handphone jenama nokia...(Saya tidak berapa pasti tentang harganya..sekitar RM 190.00).  Rupanya setelah saya terangkan tentang harga handphone tadi, ayah terus membelinya di pekan. Saya tidak sempat snap phone baru ayah....insya-allah saya akan cuba letakkan dibawah entry ini bila saya balik ke kampung nanti. Kami semua tergaman seketika dan kemudia kami gelak ramai-ramai.
Sebenarnya ayah tidak tahu mengunakan handphone....mengunakan pun jarang sekali... itu yang membuatkan kami ketawa.  Tetapi bukan disebabkan itu....mungkin ayah ingin memiliki handphone disebabkan rakan-rakan ayah mempunyai telefon sendiri.

Tetapi ayah tidak boleh mengunakan telefon sama sekali....ya... tidak boleh mengunakan telefon...

Ayah saya kurang pendengaran....dan ayah juga dibantu oleh alat pendengaran, sebab ayah sudah berumur 80 lebih...(Tetapi hingga kini kesihatan ayah terjejas..alat itu tidak berfungsi kepadanya).

Tetapi kami semua tidak marah ayah.... malah kami mengajar satu persatu fungsi disetiap butang yang ada sebelum kami semua pulang ke Kuala Lumpur untuk bekerja setelah tamat bercuti. Nampak gaya ayah memang tidak boleh menggunakannya.... Kami Mahu ayah gembira.....

Ayah..
Tahukah ayah.... nilai sebuah harga handphone itu tidak bermakna buat kami semua anak-anak ayah. Nilai kasih sayang dan pengorbanan ayah membesar dan mendidik kami menjadi insan berguna adalah tinggi nilainya..
Kami semua menyayangi ayah seadanya.

Tetapi minggu lepas sewaktu saya pulang...ayah tidak menampak keceriaaan diwajahnya. Disebabkan ayah pengsan ketika dipekan bersama emak. Perubahan nampak ketara.
 Hati tertanya-tanya...tetapi saya mendiamkan sahaja.....sehingga mak suruh menjenguk ayah diserambi sewaktu sembahyang asar...ayah banyak termenung di sejadah.

Sekian...Salam dari saya....


Sumber:http://mujahidahhasanah.blogspot.com/2012/03/tentang-ayah.html

Jika ditanya siapa orang yang aku cintai selepas ibuku..maka jawapannya adalah AYAH..
Jika ditanya siapa yang selalu hantar aku ke sekolah dulu..maka jawapannya adalah AYAH..
jika ditanya siapa orang pertama yang mengajar aku mengenali "alif ba ta" maka jawapannya adalah AYAH..
jika ditanya siapa yang selalu menemani aku mengambil kad laporan sewaktu di sekolah dulu,maka jawapannya adalah AYAH..
jika ditanya siapa yang selalu memberikan aku semangat selain ibuku,maka jawapannya adalah AYAH..
jika ditanya siapa yang selalu ada disisiku ketika sakit selain ibuku,maka jawapannya adalah AYAH..
jika ditanya siapa yang selalu mengingatkan aku tentang solat,maka jawapannya adalah AYAH..


saat aku sedih,ayah sentiasa disisi
saat ayah sedih,dia pendamkan dalam hati
saat aku meminta sesuatu,ayah tak pernah hampakan 
namun saat ayah meminta sesuatu,ada saja alasan


kalau ditanya tentang pengorbanan seorang ayah,rasanya ntah sampai bila akan habis aku taip..
begitulah tanggungjawab seorang ayah yang rela berkorban apa sahaja demi keluarga tercinta..besar sungguh pengorbanan ayah pada kita..sampai tak terhitung..
namun kadang-kadang kita sebagai anak sering melupakan pengorbanan ayah sendiri..


bila dah berjaya lupa untuk berterima kasih pada ayah
bila dah bekerjaya lupa pada ayah..
bila dah kahwin jarang-jarang menjenguk ayah
bila ayah sakit,kadang-kadang buat tak endah
lebih pentingkan kerja dari ayah..
(tak semua yang lupa)


kalau la hati itu boleh dipinjam,ingin saja aku pinjam hati ayah sedang dia diam.
apalah agaknya yang dia rasakan..
bahagiakah,atau sedihkah dia??


kadang-kadang aku teringin jadi seperti ayah
aku selalu berdoa pada Allah agar aku selalu sabar dan tabah
cabaran hidup memang payah 
namun ayah dapat harungi dengan tabah..
sebab itu aku selalu ingin menjadi seperti ayah
walaupun badan ayah tidak segagah ayah orang lain
tapi bagi aku ayah akulah hero kami sekeluarga
yang setiap hari membanting tulang
mencari sesuap nasi untuk kami semua..


walaupun ayah seorang yang pendiam,namun dalam diamnya dia sentiasa memikirkan perihal anak-anaknya..
ayah tak pernah melupakan buah tangan untuk anaknya setiap hari..
walaupun buah tangan ayah tiada harga ,namun bagi aku itulah buah tangan yang paling bernilai dari segalanya..ye,nasihat!NASIHAT ayah..nasihat yang tak boleh dijual dan dibeli...
kemana pergi akan kuingat sentiasa..
walaupun kadang-kadang aku membantah apa yang ayah nasihatkan..
maafkan aku ayah..


Allah,ampunkanlah dosa ayahku
sihatkanlah tubuh badannya
selimutkan dia dengan kemuliaanMU
peluklah dia dalam lindunganMU
berilah balasan dan ganjaran pahala yang terbaik untuk ayah atas segala pengorbanannya
peliharalah ayah sebagaimana dia memeliharaku sejak dari kecil..
Allah,terima kasih atas rezeki yang KAU berikan pada ayah
dengan rezekiMU ayah dapat melaksanakan tanggungjawabnya
dengan memberi nafkah pada keluarga..
terima kasih  ya Allah...
terima kasih atas segalanya.. =')


doa untuk ibu-bapa =)






p/s :jangan hairan jika tidak nampak cinta seorang ayah pada kita 
      sebab kadang-kadang dia memang tak pandai nak tunjukkan 
      =)

Thursday, August 29, 2013

Nama 49 pertubuhan haram didedah hari ini

Nama 49 pertubuhan haram didedah hari ini

Sumber dari Harian Metro 
Oleh Siti A’isyah Sukaimi
Putrajaya: Senarai lengkap berhubung 49 pertubuhan haram yang diwartakan termasuk kumpulan kongsi gelap akan diumumkan hari ini, kata kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid berkata, pengumuman yang akan dibuat Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi itu akan mendedahkan nama dan lokasi aktiviti pertubuhan haram serta kongsi gelap berkenaan.
Katanya, pendedahan itu bertujuan memberi kesedaran kepada semua pihak mengenai kewujudan pertubuhan haram serta kongsi gelap di negara ini.

“Ia bagi mewujudkan kebertanggungjawaban semua pihak dan rakyat terhadap pertubuhan haram ini apabila diwartakan.
Foto
Tatu 04 yang dicacah di tangan Ravi.

“Jadi, mereka tidak boleh menggunakan nama, lambang atau premis serta bergerak dalam satu pasukan menggunakan nama serta simbol yang saya katakan itu (pertubuhan haram dan kongsi gelap yang diwartakan),” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Duta Poland Adam Waclaw Jelonek di pejabatnya, di sini, semalam.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/29

Saturday, August 24, 2013

Egyptian Military Brutality (Kekejaman Tentera Mesir)

Egyptian Military Brutality (Kekejaman Tentera Mesir)

sumber diambil dari klik


Laman web rasmi Ikhwan Muslmin, Ikhwanonline melaporkan sekurang-kurangnya 40 penyokong Morsi yang berhimpun di hadapan Bangunan Pengawal Republik di sini terbunuh selepas polis Mesir menyuraikan himpunan dengan kekerasan menjelang waktu Subuh.

Dilaporkan insiden tercetus ketika peserta himpunan yang sudah berkampung sejak beberapa hari itu baru menunaikan solat Subuh.


Menurut saksi, polis melepaskan gas pemedih mata ketika rakaat kedua solat sebelum qunut dibacakan. 



Sejurus selepas itu, mereka kemudian dihujani peluru hidup yang bertalu-talu ditembak ke arah mereka. 



Laporan web itu juga menyebut, 200 orang turut tercedera dalam insiden terbaru itu.

Kesemua jenazah yang terkorban kini dikumpulkan di pentas utama himpunan di Dataran Raba'ah.

Sementara itu Ikhwan Muslimin mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis yang menembak kejam rakyat yang berhimpun di hadapan Bangunan Pengawal Republik pagi ini sehingga menyebabkan berpuluh terkorban.

Jurucakap rasmi Ikhwanul Muslimin Gehad El-Haddad berkata, kebanyakan mayat yang ditemui dengan kesan tembakan di kepala malah ada yang dijumpai dengan organ hancur dan badan terpisah.

"Kami menjumpai orang yang ditembak di kepala. Kami juga mendapati peluru-peluru yang meletup apabila memasuk badan, menyebabkan organ hancur dan anggota badan terpisah.

"Setiap polis dalam dunia ini perlu memahami bagaimana mahu menyuraikan himpunan. Ini adalah satu aktiviti jenayah yang mensasarkan kepada peserta himpunan. Tiada siapa menjangka perbuatan khianat itu datang dari polis dan pengawal Republik. Arahan untuk membunuh orang-orang Mesir yang datangnya dari tentera Mesir sendiri," katanya dipetik Al-Jazeera.

Menurut beliau lagi, tentera dan polis memulakan tembakan kepada penunjuk perasaan yang berada di bangunan Pengawal Republik kira-kira jam 3.30 pagi. 

Maklumat terbaru menyebut sekurang-kurangnya 53 penyokong Morsi terbunuh termasuk 5 kanak-kanak dalam insiden itu manakala lebih 300 yang lain cedera ~Harakahdaily

*Pesakit jantung dan juga wanita-wanita mengandung dinasihatkan supaya jangan melihat*










Al Fatihah buat semua mangsa kekejaman ini.. semoga Syahid dianugerahkan Allah buat mereka hendakNYA...


Sumber Gambar: TranungKite

Friday, August 16, 2013

Video Menyayat Hati | Terima kasih, mungkin esok aku Syahid





Ketika Cinta bertasbih

Layan je...


Blog Saya Yang tidak seberapa



Sekejap ada.... sekejap timbul.... semenjak dua menjak ni malas nak update entry blog ni.... Mod raya korang masih ada lagi....saya pulak...tidak  merasakan suasana hari raya lagi di sebabkan seminggu sudah bekerja..... dan seminggu sebelum raya pun keja... bangla pun tahu cuti...ambik ayat dari anak saudara...
Ha ha....dalam apa-apa hal...semua bangla yang dapat nama....



apa-apa pun mod raya masih ada.....

Memperbodohkan Penonton

Aku rasa x kot..... surat khabar ni sudah tiada modal nak bercerita.... kalau dulu masa kecik-kecik selalu aku tengok Ultraman..... dah besar tak bodoh pun..... saja nak cari publisiti murahan

KUALA LUMPUR – Kebanyakan stesen televisyen tempatan mengambil tindakan di luar dugaan apabila mereka melambakkan filem-filem hantu dan seram di stesen masing-masing pada sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Lebih menyedihkan, kebanyakan filem hantu dan seram itu bukan sahaja tidak berkualiti malah memperbodohkan penonton ke tahap paling menjengkelkan. Lebih buruk lagi, ia ditayangkan hampir setiap hari dalam minggu pertama perayaan Aidilfitri. Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0814&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2btb4mWwF Hakcipta terpelihara

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...