Apalah Ertinya Nilai Harga Sebuah Handphone, jika dibandingkan kasih kami pada Ayah....
dan coretan ini adalah coretan kasih sayang saya yang tidak terhingga pada Ayah....seorang pejuang yang membesarkan kami adik-beradik....
Ayah adalah tiang kami untuk membesar 10 beradik...ayah juga memberi kami sesuap nasi untuk kami..ayah juga mengalas bebanan hidup waktu mudanya untuk menyekolah kami semua. Ayah juga membanting tulang empat kerat untuk membesarkan kami.
Entry kali ini sebenarnya sudah lama tertangguh. Masa raya kedua saya pulang ke kampung setelah selesai menamatkan tugas pagi-pagi saya terus balik. Sampai je semua adik-beradik sedang menikmati juadah sarapan pagi.
Pagi tu semasa sedang bersembang dengan adik-beradik, ayah memanggil saya. Ayah mengajukan pelbagai soalan tentang handphone dan harganya. Bukan itu saja..setiap minggu atau bulan saya balik ke kampung, ayah akan menceritakan benda yang sama. Saya terus memberitahu ayah harga-harga yang saya tahu saja. Nampaknya ayah macam berminat tentang handphone.
Lalu saya tidak mengesyaki apa-apa tentang cerita tadi.... selang 30 minit selepas itu saya tidak nampak ayah. Dan mak mengatakan ayah membeli suratkhabar.
Kemudian saya nampak kelibat ayah balik kerumah dengan motor modenas nya.
Seluruh rumah gempar seketika kerana ayah membeli sebuah handphone jenama nokia...(Saya tidak berapa pasti tentang harganya..sekitar RM 190.00). Rupanya setelah saya terangkan tentang harga handphone tadi, ayah terus membelinya di pekan. Saya tidak sempat snap phone baru ayah....insya-allah saya akan cuba letakkan dibawah entry ini bila saya balik ke kampung nanti. Kami semua tergaman seketika dan kemudia kami gelak ramai-ramai.
Sebenarnya ayah tidak tahu mengunakan handphone....mengunakan pun jarang sekali... itu yang membuatkan kami ketawa. Tetapi bukan disebabkan itu....mungkin ayah ingin memiliki handphone disebabkan rakan-rakan ayah mempunyai telefon sendiri.
Tetapi ayah tidak boleh mengunakan telefon sama sekali....ya... tidak boleh mengunakan telefon...
Ayah saya kurang pendengaran....dan ayah juga dibantu oleh alat pendengaran, sebab ayah sudah berumur 80 lebih...(Tetapi hingga kini kesihatan ayah terjejas..alat itu tidak berfungsi kepadanya).
Tetapi kami semua tidak marah ayah.... malah kami mengajar satu persatu fungsi disetiap butang yang ada sebelum kami semua pulang ke Kuala Lumpur untuk bekerja setelah tamat bercuti. Nampak gaya ayah memang tidak boleh menggunakannya.... Kami Mahu ayah gembira.....
Ayah..
Tahukah ayah.... nilai sebuah harga handphone itu tidak bermakna buat kami semua anak-anak ayah. Nilai kasih sayang dan pengorbanan ayah membesar dan mendidik kami menjadi insan berguna adalah tinggi nilainya..
Kami semua menyayangi ayah seadanya.
Tetapi minggu lepas sewaktu saya pulang...ayah tidak menampak keceriaaan diwajahnya. Disebabkan ayah pengsan ketika dipekan bersama emak. Perubahan nampak ketara.
Hati tertanya-tanya...tetapi saya mendiamkan sahaja.....sehingga mak suruh menjenguk ayah diserambi sewaktu sembahyang asar...ayah banyak termenung di sejadah.
Sekian...Salam dari saya....
Sumber:http://mujahidahhasanah.blogspot.com/2012/03/tentang-ayah.html
Jika ditanya siapa orang yang aku cintai selepas ibuku..maka jawapannya adalah AYAH..
Jika ditanya siapa yang selalu hantar aku ke sekolah dulu..maka jawapannya adalah AYAH..
jika ditanya siapa orang pertama yang mengajar aku mengenali "alif ba ta" maka jawapannya adalah AYAH..
jika ditanya siapa yang selalu menemani aku mengambil kad laporan sewaktu di sekolah dulu,maka jawapannya adalah AYAH..
jika ditanya siapa yang selalu memberikan aku semangat selain ibuku,maka jawapannya adalah AYAH..
jika ditanya siapa yang selalu ada disisiku ketika sakit selain ibuku,maka jawapannya adalah AYAH..
jika ditanya siapa yang selalu mengingatkan aku tentang solat,maka jawapannya adalah AYAH..
saat aku sedih,ayah sentiasa disisi
saat ayah sedih,dia pendamkan dalam hati
saat aku meminta sesuatu,ayah tak pernah hampakan
namun saat ayah meminta sesuatu,ada saja alasan
kalau ditanya tentang pengorbanan seorang ayah,rasanya ntah sampai bila akan habis aku taip..
begitulah tanggungjawab seorang ayah yang rela berkorban apa sahaja demi keluarga tercinta..besar sungguh pengorbanan ayah pada kita..sampai tak terhitung..
namun kadang-kadang kita sebagai anak sering melupakan pengorbanan ayah sendiri..
bila dah berjaya lupa untuk berterima kasih pada ayah
bila dah bekerjaya lupa pada ayah..
bila dah kahwin jarang-jarang menjenguk ayah
bila ayah sakit,kadang-kadang buat tak endah
lebih pentingkan kerja dari ayah..
(tak semua yang lupa)
kalau la hati itu boleh dipinjam,ingin saja aku pinjam hati ayah sedang dia diam.
apalah agaknya yang dia rasakan..
bahagiakah,atau sedihkah dia??
kadang-kadang aku teringin jadi seperti ayah
aku selalu berdoa pada Allah agar aku selalu sabar dan tabah
cabaran hidup memang payah
namun ayah dapat harungi dengan tabah..
sebab itu aku selalu ingin menjadi seperti ayah
walaupun badan ayah tidak segagah ayah orang lain
tapi bagi aku ayah akulah hero kami sekeluarga
yang setiap hari membanting tulang
mencari sesuap nasi untuk kami semua..
walaupun ayah seorang yang pendiam,namun dalam diamnya dia sentiasa memikirkan perihal anak-anaknya..
ayah tak pernah melupakan buah tangan untuk anaknya setiap hari..
walaupun buah tangan ayah tiada harga ,namun bagi aku itulah buah tangan yang paling bernilai dari segalanya..ye,nasihat!NASIHAT ayah..nasihat yang tak boleh dijual dan dibeli...
kemana pergi akan kuingat sentiasa..
walaupun kadang-kadang aku membantah apa yang ayah nasihatkan..
maafkan aku ayah..
Allah,ampunkanlah dosa ayahku
sihatkanlah tubuh badannya
selimutkan dia dengan kemuliaanMU
peluklah dia dalam lindunganMU
berilah balasan dan ganjaran pahala yang terbaik untuk ayah atas segala pengorbanannya
peliharalah ayah sebagaimana dia memeliharaku sejak dari kecil..
Allah,terima kasih atas rezeki yang KAU berikan pada ayah
dengan rezekiMU ayah dapat melaksanakan tanggungjawabnya
dengan memberi nafkah pada keluarga..
terima kasih ya Allah...
terima kasih atas segalanya.. =')
doa untuk ibu-bapa =) |
p/s :jangan hairan jika tidak nampak cinta seorang ayah pada kita
sebab kadang-kadang dia memang tak pandai nak tunjukkan
=)