Nama 49 pertubuhan haram didedah hari ini
Sumber dari Harian Metro
Oleh Siti A’isyah Sukaimi
Putrajaya: Senarai lengkap berhubung 49 pertubuhan haram yang diwartakan termasuk kumpulan kongsi gelap akan diumumkan hari ini, kata kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid berkata, pengumuman yang akan dibuat Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi itu akan mendedahkan nama dan lokasi aktiviti pertubuhan haram serta kongsi gelap berkenaan.
Katanya, pendedahan itu bertujuan memberi kesedaran kepada semua pihak mengenai kewujudan pertubuhan haram serta kongsi gelap di negara ini.
“Ia bagi mewujudkan kebertanggungjawaban semua pihak dan rakyat terhadap pertubuhan haram ini apabila diwartakan.
“Ia bagi mewujudkan kebertanggungjawaban semua pihak dan rakyat terhadap pertubuhan haram ini apabila diwartakan.
Tatu 04 yang dicacah di tangan Ravi.
“Jadi, mereka tidak boleh menggunakan nama, lambang atau premis serta bergerak dalam satu pasukan menggunakan nama serta simbol yang saya katakan itu (pertubuhan haram dan kongsi gelap yang diwartakan),” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Duta Poland Adam Waclaw Jelonek di pejabatnya, di sini, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.