Friday, September 20, 2013

Anak mati di pusat asuhan

"Saya lihat kepalanya sudah terkulai ketika meletakkannya di kerusi bayi didal;am kereta..."
Sumber dari:Hmetro
KUALA LUMPUR: "Saya lihat kepalanya sudah terkulai ketika meletakkannya di kerusi bayi di dalam kereta malah muka dan bibir sudah kebiruan malah ketika menjerit memanggil namanya pun anak saya tidak membalasnya," kata Muhamad Norman Rosman, 26. bapa kepada bayi lelaki berusia tujuh bulan yang maut di pusat asuhan kanak-kanak di Wangsa Maju, di sini, semalam.
Bayi malang itu, Muhamad Qhaliff Muhamad Norman disahkan oleh doktor meninggal dunia dua jam sebelum bapanya menjemput anaknya itu kira-kira jam 5.30 petang semalam. 
Menceritakan kejadian itu, Norman berkata, dia menjemput anaknya itu seperti biasa di pusat asuhan terbabit dan menyangka anaknya sedang tidur.

Menurutnya, bagaimanapun sebaik masuk ke dalam kereta dia terkejut apabila kepala anaknya terkulai sementara muka dan bibir kebiruan.
Foto

"Saya kemudian meminta penjelasan pekerja di situ namun jawapan diberikan mengecewakan kerana mereka memberitahu tidak mengetahui apa yang berlaku kepada anak saya.

"Bimbang dengan keadaan Qhaliff saya terus menghantarnya ke sebuah klinik swasta berhampiran sebelum doktor mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia lebih kurang dua jam," katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, malam tadi.

Norman berkata, dia sekali lagi mendapatkan penjelasan daripada pekerja pusat asuhan itu dan memaklumkan kejadian menimpa anaknya.

"Ketika itu baru mereka memberitahu anak saya sebelum itu ada mengalami muntah darah namun mereka menyangka tidak serius dan tidak memaklumkan kejadian itu kepada saya dan isteri.

"Tindakan mereka tidak memaklumkan kejadian itu mengecewakan saya kerana sejak lahir anak saya tidak mempunyai masalah sebaliknya hanya sukar minum susu," katanya.

Beliau berkata, dia menghantar anaknya itu bersama seorang lagi anak perempuan berusia dua tahun kira-kira jam 11.30 pagi.

"Ketika itu anak saya ceria dan bermain dengan kakaknya seperti biasa. Namun tidak menyangka perkara ini terjadi dan saya juga sudah membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Wednesday, September 18, 2013

Isteriku Gengster (Isteri Kaki Pukul

'Dia menendang pintu bilik sehingga berkecai sebelum membelasah suaminya yang bersembunyi di situ, menyebabkan mangsa cedera dan berdarah di kepala. Itulah tindakan ganas seorang wanita terhadap suaminya, selepas mengesyaki lelaki itu bermain kayu tiga di belakangnya...'

Sumber dari: Harian Metro

Kajang: Dia menendang pintu bilik di rumahnya di Saujana Impian, di sini, sehingga pecah sebelum memukul dan menendang suaminya yang bersembunyi di dalam.
Itulah tindakan ganas seorang wanita berusia 38 tahun terhadap suaminya berusia 40 tahun selepas mengesyaki lelaki itu menduakannya.

Akibat kejadian kira-kira jam 1.30 pagi Sabtu lalu itu, suami terbabit yang juga peniaga dilaporkan cedera di badan dan kepalanya akibat ditendang dan dipukul isterinya.
Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini, dan difahamkan dia sudah membuat lima laporan polis berhubung keganasan isterinya yang sering memukulnya sejak lebih tujuh bulan lalu.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian awal pagi Sabtu lalu, mangsa yang baru pulang mengajak isterinya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu berbincang mengenai masalah keluarga mereka.

“Bagaimanapun, permintaan mangsa dibalas dengan maki-hamun oleh isterinya. Biarpun dipujuk, wanita itu terus memaki hamun mangsa sebelum mengugut untuk membelasahnya,” katanya.
Menurutnya, bimbang dengan ugutan isterinya dan menyedari wanita itu sering bertindak agresif terhadapnya, mangsa segera masuk ke bilik utama rumahnya sebelum mengunci pintu dari dalam.

“Kira-kira 10 minit kemudian, wanita terbabit mengetuk pintu bilik sambil mengarahkan mangsa membukanya, namun mangsa hanya mendiamkan diri di dalam bilik kerana takut dipukul.
“Tindakan mangsa menyebabkan isterinya berang lalu wanita itu menendang pintu bilik sehingga pecah. Selepas masuk, dia terus menendang dan memukul mangsa beberapa kali,” katanya.

Sumber itu memberitahu, ketika ditendang dan dipukul, mangsa tidak melawan sebaliknya hanya meminta dikasihani, namun rayuannya tidak diendahkan isterinya.

“Suspek (isteri) hanya berhenti memukul suaminya itu selepas melihat kepala mangsa berdarah,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian bergegas meninggalkan rumahnya sebelum membuat laporan polis. “Dalam laporannya, mangsa menyatakan dia sering dipukul isterinya sejak lebih tujuh bulan lalu dan sudah membuat lima laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi, mengesahkan menerima lima laporan laporan berhubung kejadian itudan memberitahu semua kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
                                          Sekadar Hiasan-

Tuesday, September 17, 2013

Halau Ibu, Empat Adik... Anak Derhaka

"Seorang peniaga tergamak menghalau ibu dan empat adik-beradiknya yang menetap disebuah rumah teres peninggalan arwah bapanya,

Sumber dari Harianmetro
Kuala Lumpur: Seorang peniaga berusia 40-an sanggup bertindak menghalau ibu dan empat adik- beradiknya yang menetap di sebuah rumah teres peninggalan bapanya di Sungai Besi di sini, kerana ingin menjual rumah berkenaan.
Menurut sumber, suspek bertindak demikian kerana rumah itu kini bernilai lebih RM500,000 dan menjadikan alasan bahawa ibu berusia 67 tahun dan empat adiknya berusia antara 20 hingga 40-an membebaninya.
Harian Metro difahamkan, kejadian berlaku pada jam 9 malam, Khamis lalu.
Mangsa (si ibu) dan empat lagi adik-beradik mula tinggal bersama di rumah berkenaan sejak kematian bapa mereka beberapa tahun lalu.
Menceritakan semula kejadian itu, sumber itu berkata, lelaki terbabit pulang ke rumah dalam keadaan marah lalu menghalau ibunya selain mengarahkan warga emas itu membawa bersama empat adik-beradik lain.
“Suspek menuduh ahli keluarganya itu menambah bebannya yang terpaksa menyara mereka sekeluarga. Malah, dia turut memberitahu mahu menjual rumah berkenaan dan sebuah lagi rumah yang dibeli keluarga berkenaan atas namanya,” katanya memberitahu, ketika kejadian, empat adik-beradik suspek tiada di rumah.
Sumber itu berkata, tindakan suspek menyebabkan ibunya berang sebelum memarahinya menyebabkan mereka terbabit dalam pertengkaran lebih 10 minit.
“Suspek yang hilang pertimbangan itu kemudian mengambil pisau pemotong daging sebelum meletakkan senjata berkenaan di leher ibunya.
“Lelaki terbabit kemudian mengugut untuk membunuh ibunya itu jika permintaannya tidak dipenuhi. Malah, suspek turut merosakkan barangan di dalam rumah itu menggunakan pisau berkenaan,” katanya memberitahu, selain ibunya, suspek turut mengugut untuk membunuh empat lagi adik-beradiknya jika mereka enggan mengosongkan rumah berkenaan.
Menurutnya, suspek hanya berhenti mengamuk dan mengugut ibunya itu apabila melihat ibunya menangis dan merayu dikasihani.
“Biarpun begitu, suspek masih tidak berpuas hati dan mengarahkan ibunya untuk keluar rumah berkenaan keesokan harinya,” katanya.
Katanya, warga emas terbabit yang bimbang dengan ugutan itu membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi, di sini. Harian Metro difahamkan, warga emas bersama empat beradik suspek sudah meninggalkan rumah berkenaan dan kini menumpang di rumah saudara mereka.
Tambahnya, dalam kejadian itu, warga emas terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan difahamkan, pihak berkuasa kini sedang menyiasat kes itu kerana melakukan ugutan jenayah.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.


Monday, September 16, 2013

Lelaki separuh bogel mengganas cari anak dara di Padang Midin

Lelaki separuh bogel mengganas cari anak dara di Padang Midin



Sebaik sahaja tersedar daripada tidur, saya lihat ada lelaki separuh bogel memakai topeng ‘Zorro’ berada atas badan. Saya cuba menjerit namun mulut saya penuh dengan cecair seperti minyak dan ditutup,” kata mangsa, seorang pelajar berumur 17 tahun.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, pelajar terbabit mendakwa lelaki separuh bogel itu telah memasukkan cecair seperti minyak dipercayai telah dicampur bahan lain ke dalam mulutnya agar dia tidak sedarkan diri.
Bagaimanapun lelaki yang tidak memakai seluar itu tidak sempat berbuat apa-apa apabila bapa pelajar terbabit juga tersedar daripada tidur lalu memeriksa bilik anak perempuannya sebelum menyergah lelaki itu yang kemudiannya melarikan diri.
Menurut mangsa, lelaki terbabit hanya sempat mengambil telefon bimbit miliknya dan bersyukur kerana tidak diapa-apakan.
Namun mangsa yang tinggal di Kampung Tok Renek itu masih trauma dan tidak dapat melupakan kejadian menimpanya.
“Nasib baik lelaki itu tidak sempat bertindak ganas dan saya bersyukur kerana kejadian disedari bapa, namun saya tidak akan dapat melupakan kejadian itu sampai bila-bila, malah masih berasa takut seolah-olah dia akan datang semula.
“Keluarga juga risau kejadian berulang dan mereka sudah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Payung di Marang dan kami berharap lelaki itu akan dapat diberkas dengan segera” katanya ketika menghubungi Sinar Harian di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan dan menurutnya, kes berkenaan masih dalam siasatan serta disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, difahamkan lelaki separuh bogel dipercayai mengalami masalah mental itu juga digelar sebagai ‘orang minyak’ oleh penduduk kampung kerana sering berkeliaran di sekitar Bukit Payung dan Padang Midin, Kuala Terengganu.
Malah, kelibat lelaki tanpa seluar itu berjaya dirakam penduduk di kawasan berkenaan dan diedarkan kepada umum melalui laman facebook, whatsApp dan media baru lain termasuk gambarnya ditampal di tiang lampu isyarat di kawasan Bukit Payung, di sini.
Kejadian itu juga menyebabkan JKKK Padang Midin dan Belia Bestari (BBest) Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu menubuhkan satu pasukan rondaan di kawasan kampung berkenaan.
Menurut Pengerusi JKKK Padang Midin, Razali Shahul Hamid, rondaan di kawasan kampung bermula pada jam 12 malam hingga 6 pagi setiap hari dan disertai ahli jawatankuasa belia BBest serta penduduk kampung tersebut.
“Rondaan ini telah dijalankan sejak dua tahun lalu dan kita adakan dengan lebih giat selepas beberapa siri kejadian membabitkan lelaki dipercayai kurang siuman yang digelar sebagai orang minyak itu dikatakan mula berkeliaran termasuk di Tok Renek.
“Tok Renek masih di bawah pentadbiran JKKK Padang Midin. Kampung ini terletak di sempadan kawasan polis Kuala Terengganu dan Marang, jadi kami akan memberikan kerjasama penuh dalam membantu dua pihak berkuasa itu memberkas lelaki terbabit,” katanya.-sh

SUMBER: http://terengganutoday.com

SUSULAN BERITA ANGGOTA POLIS MENEMBAK ISTERI DAN MERTUA....“Polis Pernah Kata Nak Tembak Orang” – Abang Ipar

perna
LEDANG – Lans Koperal Fadzly Omar, 29, yang menembak mati isteri dan bapa mentuanya sebelum menembak dirinya sendiri pernah menyatakan dia akan menembak seseorang sambil menunjukkan pistol dipinggangnya.
Perkara itu diberitahu abang iparnya Ezam Abdul Kadir, 34, ketika mereka bersembang pada hari raya bulan lalu.
Ezam memberitahu pemberita pada mulanya beliau menganggap perkara itu sebagai gurauan adik iparnya itu tanpa mengesyaki apa-apa.
“Saya fikir dia mahu menembak penjenayah atau peragut. Saya tidak sangka dia benar-benar melakukan perkara itu,” katanya di rumah mayat hospital di sini.
Dalam kejadian antara pukul 7 hingga 7.15 malam tadi itu, suspek bertindak menembak bapa mentuanya Abd Kadir Md Arif, 66, di rumah bapa mentuanya di Jalan Sialang, Padang Lerek 1 di sini sebelum menembak dirinya sendiri.
Sebelum itu suspek dengan menggunakan Revolver .38  menembak isterinya Norakmal Abdul Kadir, 28, di Pondok Polis Felda Chemplak, Labis, Segamat sebelum memandu kereta dengan membawa anak lelakinya yang berumur dua tahun ke rumah bapa mentua yang terletak kira-kira 90 kilometer dari situ katanya kepada Bernama.
Ezam berkata sebaik tiba di rumah bapa mentuanya, adik iparnya itu lalu masuk ke dalam rumah dan meminta beliau dan adik perempuannya Norzafira, 26 keluar dan meninggalkan dia bersama bapanya di ruang tamu.
“Sewaktu saya di dapur dan baru hendak menyuap kuih ke dalam mulut, saya terdengar bunyi letupan seperti bunyi mercun. Saya menjenguk ke luar tingkap dan saya dapati tiada sesiapa pun yang bermain mercun.
“Saya rasa tidak sedap hati dan terus keluar dari dapur dan masuk ke ruang tamu dan ternampak ayah dan adik ipar saya terlentang berlumuran darah,” katanya.
Beliau berkata bapanya yang masih bernafas segera dikejarkan ke hospital oleh orang ramai dan meninggal sebaik tiba sementara adik iparnya itu mati di tempat kejadian.
Ezam mengakui hubungan antara suspek dengan isteri suspek agak dingin sejak kebelakangan ini kerana si isteri dikatakan tidak tinggal bersama suspek di Pondok Polis Felda Chemplak, Labis.
“Adik saya akan pergi tinggal bersama pada setiap petang Jumaat selepas habis kerja dan pulang ke Tangkak pada petang Ahad. Petang Jumaat lalu, dia seperti biasa pergi menemui suaminya di Labis bersama anak lelakinya dan arwah ada meminta saya tinggalkan wang RM10 untuk bekalan ke sana. Itulah kali terkahir saya jumpa arwah,” katanya.
Sementara itu ibu mentua suspek Rogayah Alip, 62, berkata menantunya itu seorang yang pendiam dan jarang bercampur dengan anggota keluarga mereka.
Beliau berkata semasa kejadian, beliau baru tiba di rumah setelah keluar membeli barang keperluan dapur bersama salah seorang anak lelakinya Mohamad Syarazi, 25.
“Sebaik keluar dari kereta, makcik terdengar bunyi dua kali letupan. Ingatkan bunyi mercun tetapi makcik terkejut apabila anak perempuan makcik Norzafira yang sedang bermain dengan anak lelaki arwah menjerit apabila ternampak ayah dan abang iparnya terbaring dengan berlumuran darah di dalam rumah,” katanya.
Jenazah Norakmal dan Abdul Kadir dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Gontang, Tangkak selepas waktu maghrib manakala jenazah Fadzly dibawa pulang ke Felda Palong 3, Negeri Sembilan.

Sunday, September 15, 2013

Anggota Polis Tembak Isteri dan Mertua Sebelum Bunuh Diri

ANGGOTA POLIS TEMBAK ISTERI DAN MERTUA SEBELUM BUNUH DIRI



LEDANG: Seorang anggota polis yang dipercayai mempunyai masalah dalam perkahwinan menembak mati isteri dan bapa mentua sebelum bertindak menembak dirinya dalam dua kejadian berasingan di Jalan Sialang, Batu 17, Tangkak, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian itu, Lans Korporal Fadzly Omar, 29, dipercayai menembak mati isterinya, Norakmal Abd Kadir, 26, di rumah mereka di Kuarters Kediaman Pondok Polis Felda Cempelak, Labis, kira-kira 6.15 petang.
Dia kemudian memandu ke rumah mentuanya di Tangkak dan tiba di kediaman berkenaan, kira-kira 7 petang.
Suspek yang bertugas di Pondok Polis Felda Cempelak, Segamat, dipercayai berbual seketika bersama bapa mentuanya di ruang tamu.
Ketika berbual, dia dikatakan mengeluarkan pistol dan terus menembak bapa mentuanya, Ab Kadir Md Arif, 65, sebelum bertindak menembak dirinya.
Abdul Kadir yang parah dikejarkan oleh jiran ke Hospital Tangkak namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.
Bagaimanapun, suspek yang dipercayai mempunyai masalah dengan isterinya meninggal dunia di tempat kejadian.
Sementara itu, jiran mentua suspek yang enggan dikenali, berkata dia mendengar seperti bunyi mercun sebanyak dua kali di rumah mangsa sebelum Maghrib.
Katanya, dia tidak mengesyaki sebarang perkara buruk sebelum tiba-tiba seorang anak mangsa meluru datang ke rumahnya dan memberitahu ayahnya ditembak oleh suspek yang juga abang iparnya.
“Saya memberanikan diri untuk melihat ke dalam rumah berkenaan dan terkejut melihat kejadian itu,” katanya ketika ditemui.
Menurutnya, sebelum kejadian dia melihat suspek pulang ke rumah bapa mentuanya itu bersama anak lelakinya yang berusia tiga tahun menaiki sebuah Proton Wira.
Katanya, dia juga ada melihat anak perempuan mangsa keluar bermain main bersama anak suspek di luar rumah.
“Ketika masuk ke ruang tamu rumah itu, saya melihat bapa mentuanya sudah terlentang di lantai dalam keadaan nyawa-nyawa ikan manakala suspek tertiarap di atas meja.
“Meskipun terkejut, saya sempat menghubungi polis dan ambulans untuk bantuan kecemasan namun seorang daripada mereka ketika itu sudah meninggal dunia,” katanya.
SUMBER:HM

Friday, September 13, 2013

SUSPEK UGUT BUNUH KETUA POLIS NEGARA SERAH DIRI DI IPD CHERAS

SUSPEK UGUT BUNUH KETUA POLIS NEGARA SERAH DIRI DI IPD CHERAS

Kuala Lumpur, 13 Sept - Seorang peniaga jualan langsung menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras hari ini berhubung kes ugutan bunuh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. 

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata suspek berusia 33 tahun itu menyerah diri kira-kira pukul 9.30 pagi ini.

"Suspek itu datang seorang diri untuk serah diri, dan kami telah hantar suspek itu ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk diambil keterangan lanjut," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek yang berasal dari Negeri Sembilan dan menetap di Melaka itu tiada rekod lampau.

Peniaga itu didakwa mengeluarkan komen dalam laman sosial Facebook di bawah nama Murugan Nagaretinam dengan menulis: "can anyone just hire gunman to shoot down this police or igp?" semasa memberi komen dalam laman sosial kawannya mengenai kejayaan polis menembak mati dua lelaki dipercayai anggota kongsi gelap Geng 36.

Berikutan kenyataan itu, satu laporan polis dibuat oleh pihak polis di IPD Dang Wangi di sini semalam. - BERNAMA


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SEBELUM ITU

DUA ANGGOTA GENG 36 TERBUNUH, BERBALAS TEMBAK DENGAN POLIS

Melaka, 12 Sept - Dua lelaki dipercayai anggota kongsi gelap Geng 36 terbunuh selepas berbalas tembak dengan polis di persimpangan Lebuhraya SPA-AMJ, berdekatan pasar raya Tesco Melaka Cheng di sini hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dalam kejadian pukul 9.20 pagi itu, sepasukan polis dari Bukit Aman dan Melaka mengesan kedua-dua suspek termasuk yang dikenali 'Teratai Boy', menaiki kereta Perodua Myvi.

Apabila diarah berhenti oleh polis, suspek melepaskan tembakan ke arah polis menyebabkan polis terpaksa membalas tembakan bagi mempertahankan diri dan akhirnya polis berjaya menumpaskan suspek yang berusia 25 dan 35 tahun itu, katanya kepada pemberita, di sini.

Menurut Khalid, kejadian itu juga membantu polis menyelesaikan tujuh kes bunuh, satu kes cubaan bunuh dan dua kes samun yang membabitkan seorang daripada suspek.

Lelaki ini memang dikehendaki dan polis pernah meminta bantuan orang ramai untuk mengesannya pada hujung bulan lepas bagi membantu siasatan, katanya.

Beliau berkata seorang lagi suspek mempunyai satu rekod jenayah berkaitan dadah.

Mengulas kejadian berbalas tembak itu, Khalid berkata suspek melepaskan lima tembakan ke arah polis dengan ada yang mengenai kereta pasukan keselamatan.

Katanya pemeriksaan ke atas kenderaan suspek menemukan dua pucuk pistol automatik serta dadah jenis ganja selain lencana Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lencana integriti yang dipakai anggota PDRM pada badan suspek.

Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi memastikan sama ada kedua-dua suspek ialah pembunuh upahan dan menyamar sebagai anggota polis, katanya.

Menurut Khalid, susulan kejadian itu polis menyerbu sebuah rumah milik seorang suspek dan menahan seorang lelaki dan wanita, masing-masing berusia 34 dan 35 tahun bagi membantu siasatan.

Polis turut merampas sebuah kereta mewah serta peralatan pecah rumah dari rumah itu.

Sambil berterima kasih kepada orang awam yang membantu polis sehingga tumpasnya dua suspek tersebut, Khalid berjanji PDRM akan meneruskan Ops Cantas untuk mengesan penjenayah di negara ini.

Katanya Ops Cantas juga akan diperluas secara besar-besaran ke Sabah dan Sarawak.

BERNAMA


**************************************************************************
GENG 36 MAUT BERBALAS TEMBAKAN DENGAN POLIS

Buku dengan ruas. Itulah yang dapat digambarkan kepada situasi berbalas tembakan antara pihak polis dengan dua anggota kumpulan kongsi gelap yang telah maut dalam insiden terbabit. Anggota kumpulan Geng 36 yang diburu sejak dua tahun lalu terlibat dalam tujuh kes bunuh telah maut di tempat kejadian berhampiran pasar raya Tesco, Cheng, Melaka. Salah seorang penjenayah tegar itu merupakan bekas tahan Ordinan Darurat.

Pemeriksaan lanjut terhadap suspek menemui dua pucuk pistol automatik, sejumlah ganja dan lencana integriti Polis Diraja Malaysia yang disyaki untuk menyamar ketika melakukan jenayah. Semakan terhadap salah seorang suspek mempunyai 10 rekod jenayah di mana salah satunya cubaan membunuh di Johor manakala seorang lagi suspek mempunyai satu rekod berkaitan dadah.

SUMBER : AKHBAR KOSMO



  

Wednesday, September 11, 2013

Mengimbau Kenangan Lama (UPSR bermula).....terima kasih mak dan ayah


UPSR kini bermula..... teringat zaman masa sekolah dulu dikampung yang serba kekurangan.  Sebelum peperiksaan bermula pada setiap cuti hujung minggu atau cuti penggal saya akan pergi kesekolah untuk mengambil kelas tambahan percuma yang diajar oleh guru-guru.  Tidak seperti sekarang ini, ibubapa berlumba-lumba menghantar anak ke kelas tuisyen .

Dulu hanya harapan pada guru-guru sahaja tempat kami mencurah ilmu.  Bukan sahaja kurang kemampuan tetapi demi ilmu dan ingin menjadi insan yang berjaya dan membentuk keluarga bahagia kami harungi cabaran getir untuk mencari secebis ilmu walaupun pada waktu itu semua percuma dan tidak perlu membayar sesen pun. Begitulah mulianya hati seorang guru.

Banyak kenangan bila teringatkan peristiwa ini.  Saya terpaksa berjalan kaki sendirian sejauh 3 kilometer keluar dari rumah  ke bas stop di  jalan besar menunggu bas henti-henti tambang RM 0.50.  Dari bas stop pula jarak kesekolah hanya 6.5 kilometer.  Sebenarnya hanya saya dan seorang lagi rakan perempuan dikampung mengambil peperiksaan yang sama. Disebabkan saya anak orang susah mak dan ayah berpesan pada kakak yang pada masa itu umur 15 tahun agar menghantar saya separuh jalan.  (Mak dan ayah tidak mahu menyusahkan keluarga kawan saya itu untuk menumpangkan saya menaiki motor .kalau tidak silap motor bapa saudara kawan perempuan saya tu...sebab bapa dia sudah tiada...meninggal dunia masa kecil).. Maklumlah jalan kampung yang sunyi dan hutan hijau dikiri kanan jalan. Dan saya tidak terfikir pada masa itu kakak saya hanyalah budak perempuan yang berumur 15 tahun yang menghantar adiknya diseparuh jalan.

Dan apabila sampai diseparuh jalan, kakak memberi isyarat supaya saya berlari sekuat hati untuk sampai kejalan besar dan sebaliknya kakak akan berlari pula sekuat hati untuk sampai kerumah.  Dapat tak anda bayangkan ketakutan 2 beradik ditengah hutan yang macam tu...(kalau zaman sekarang ni sah-sah kena culik tak pun jadi arwah)..tidak juga menyalahkan ayah dan mak saya.  Ayah pada ketika itu kerja di Estet getah GUTRIE (SEKARANG DAH TAK WUJUD LAGI). Mak pula terpaksa menjaga adik yang masih kecil.

Bila pulang kelas tuisyen pulang menaiki bas dan tunggu dijalan besar menanti pula mak saudara iaitu adik mak pulang dari estet dengan basikal tua dikiri kanan basikanya ada 2 tong besar. Contoh gambar macam kat bawah ni.
                                                           sekadar hiasan sahaja-

Begitulah kehidupan harian bila cuti sekolah saya. Demi secebis ilmu tanpa berbayar walaupun pada ketika itu zaman free kami masih mampu menjadi orang yang berjaya tanpa tuisyen berbayar seperti zaman ini. Beruntung budak-budak sekarang.  Semua kemudahan zaman ini sudah tersedia didepan mata.  Ibubapa kini terpaksa bersengkang mata mencari rezeki untuk mendapat yang terbaik dari anak mereka.

Pada adik-adik yang tidak berkemampuan. Timba lah ilmu itu dengan kudrat kita. Kita pun boleh berjaya seperti orang lain.  Jangan terlalu mengarap tuisyen semata-mata.  Berjumpa terus dengan guru bertanya apa yang kita tidak faham tentang pelajaran. Percuma. Tiada guru akan meminta duit untuk mencurahkan ilmu pada anak didiknya. Begitu mulia hati seorang guru....

Kepada adik-adik...SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN UPSR...SEMOGA BERJAYA




NAK DPT INCOME LEBIH..LEPAS NI KLIK IKLAN BAWAH INI DAN SHARE KEPADA KAWAN-KAWAN ANDA

 

Friday, September 06, 2013

Rita Rudaini sah bercerai talak satu

SMS cerai dihantar Aidil kepada Rita sah

Seremban: Kemelut rumah tangga pemain bola sepak kebangsaan Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, 26, dan isterinya, dramatis popular Rita Rudaini Mokhtar, 37, yang berlarutan lebih setahun lalu selesai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah di sini, yang mengesahkan pasangan itu bercerai talak satu, semalam.
Hakim Syarie Hamizan Mohd Nor memutuskan lafaz cerai luar mahkamah menerusi SMS (pesanan khidmat ringkas) yang dibuat oleh Aidil (plaintif) terhadap isterinya (defendan) pada 4 Ogos lalu antara jam 4 hingga 5 petang adalah sah selain berpuas hati dengan keterangan kedua-dua pihak. 
Sebaik mendengar keputusan mahkamah itu, pasangan terbabit yang kelihatan tenang beredar tanpa berjumpa antara satu sama lain. 

Terdahulu, Rita Rudaini tiba di mahkamah jam 10.30 pagi sambil ditemani beberapa rakan manakala Aidil Zafuan tiba bersama bapa dan abangnyakira-kira jam 11 pagi.

Prosiding yang mengambil masa 30 minit itu dimulakan dengan peguam Aidil Zafuan iaitu Roshdan Sujak Rafie menyoal balas anak guamnya.

Roshdan: Kamu datang mahkamah hari ini untuk apa? 

Aidil : Saya mahu sahkan cerai. 

Roshdan : Bila berlaku cerai? 

Aidil : 4 Ogos 2013 

Roshdan : Jam berapa? 

Aidil : Tak ingat jam berapa. 

Roshdan : Boleh kamu beritahu mahkamah, apakah kandungan lafaz cerai dalam SMS itu? 

Aidil : Ni kau nak dgr (dengar) sendiri kan. Hari ni aku cerai kan kau talak 1. jelas yer...salam.. saya penat dah nak ikut rentak awak ni. tahap kesabaran sy (saya) dah terbatas. nak selesai cara elok awak taknak. nak panjang2 kan. Pas tu (selepas itu) sebok carik hal dgn (dengan) sy. skrg (sekarang) dah jelas yer. 

Roshdan : Sebelum kamu hantar kepada defendan, ada kamu baca SMS itu? 

Aidil : Sebelum hantar, saya baca dekat 10 kali. 

Roshdan: Kamu kata dah baca, kamu faham apa kamu tulis dan kesan daripada lafaz cerai itu? 

Aidil : Saya faham. 

Roshdan : Kamu ada niat nak ceraikan? 

Aidil : Saya ada niat.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/06
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

‘Saya kesal Aidil tidak sabar’


Seremban: “Alhamdulillah semuanya sudah berakhir, jodoh kami setakat di sini saja, dengan keputusan ini berakhirlah semua konflik rumah tangga saya selama ini.
“Bagaimanapun, saya kesal kerana Aidil tidak sabar dan bertindak terburu-buru menceraikan saya tanpa mengikut proses yang sepatutnya. Bagi saya tindakan Aidil menceraikan saya melalui SMS (khidmat pesanan ringkas) ini umpama menghina saya sebagai seorang isteri dan wanita serta mahkamah,” kata pelakon Rita Rudaini Mokhtar, 37, yang sah bercerai dengan pemain bola sepak kebangsaan Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, 26, di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam. Rita yang berbaju kurung moden dan bertudung dilihat tenang ketika Hakim Syarie Hamizan Mohd Nor memutuskan penghakiman itu sebaik mendengar hujahan kedua-dua pihak. “Semuanya sudah selesai, saya berharap jika Aidil ditakdirkan mempunyai jodoh dengan wanita lain, saya doakan dia bahagia dan menjalankan tanggungjawab sebaiknya sebagai suami,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Sementara itu, Aidil ketika ditemui mengakui sedih dengan perceraian itu, tetapi terkilan dengan sikap Rita yang memburukkan namanya melalui media sosial.
“Dia melepaskan geram dengan cara itu sedangkan hal rumah tangga tidak boleh dihebohkan. Apapun dia pernah menjadi isteri dan masih ibu kepada anak-anak saya.

“Saya sedih dengan perceraian ini, tetapi reda atas apa yang berlaku kerana saya yakin ada hikmah di sebaliknya,” katanya. Aidil yang juga pemain Johor Darul Takzim itu berkata, perceraian itu berpunca daripada kesilapan mereka dan tiada kena mengena dengan orang ketiga atau keluarganya. “Biarlah masalah ini saya simpan dan tidak perlu orang lain tahu. Namun, saya mahu menasihati Rita, sekiranya ditakdirkan berkahwin lain, tolong jaga maruah suami, jangan sesekali mengaib kan suami,” katanya. Katanya, siapa yang tidak sedih apabila perkahwinan yang pada mulanya suka sama suka akhirnya berakhir begini. “Saya reda dan terima jodoh kami hanya setakat ini saja, tetapi tidak pernah berdendam dengan Rita,” katanya. Aidil dan Rita bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada Februari 2008 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 10 bulan.
Foto
RITA kelihatan sugul ketika berjalan keluar dari bangunan mahkamah selepas diceraikan.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/06

KONTROVERSI PANAS; ARTIS LELAKI POPULAR KIRIMKAN GAMBAR KEMALUAN MELALUI APLIKASI WHATSAPP

Johor Bahru: Seorang artis lelaki tanah air yang baru-baru ini menggemparkan negara apabila rumah tangganya bergolak kini sekali lagi terbabit dengan kontroversi apabila didakwa menghantar gambar alat sulitnya melalui aplikasi WhatsApp Messenger (WhatsApp) kepada seorang wanita berstatus isteri orang.

Difahamkan, artis berkenaan menjalin hubungan terlarang itu sejak hujung Julai lalu dan berlarutan hingga Ogos lalu.

Artis lelaki dan wanita dipercayai berusia awal 30-an itu dikatakan pada mulanya hanya bertukar mesej berbaur cinta sebelum artis berkenaan bertambah berani dan memberi mesej lucah menggunakan WhatsApp.

Walaupun dikatakan tidak pernah bertemu, artis itu dikatakan semakin intim hingga sanggup menghantar gambar lucah sebelum dikesan suami wanita berkenaan.

Suami wanita itu dikatakan menyedari hubungan artis berkenaan dengan isterinya selepas menemui perbualan dan gambar alat sulit artis lelaki itu kepada isterinya.

Keadaan itu menyebabkan pengadu berusia 50-an itu tertekan sebelum membuat laporan polis di sebuah balai di sekitar Johor Bahru, baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Asisten Komisioner Ruslan Hassan mengesahkan menerima laporan berkaitan kes berkenaan.

Menurut beliau, pihaknya menerima laporan polis pada 23 Ogos lalu yang dibuat di sekitar Skudai.

“Berikutan itu, kami memanggil artis lelaki berkenaan untuk direkodkan keterangan selepas laporan berkaitan dakwaan itu dibuat seorang individu.

“Artis terbabit memberi kerjasama dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan (mengaibkan kehormatan),” katanya.

KALAU DAH HABIS BACA...NAK DUIT LEBIH...KLIK IKLAN BAWAH NI AND SHARE


Wednesday, September 04, 2013

Video Pasangan Mencuri beg di medan selera



Perhatikan lelaki memakai baju putih memegang jaket hijau dan seorang perempuan (mungkin isterinya). Ya, pasti korang x duga...liciknya mereka...berhati-hatilah ketika makan terutama di kawasan yang sibuk dan ramai orang seperti medan selera...kerana wang orang sanggup buat apa saja...

Sebarkan untuk kebaikan bersama....

Video Langgar Lari (Rakyat Malaysia Yang Tidak Perihatin)...

Video Langgar Lari (Rakyat Malaysia Yang Tidak Perihatin)...tidak membantu...sebaliknya..."ada wa kisah'...
Kami mendapat maklumat satu kejadian langgar lari semalam 02/09/2013 pada jam 06:17petang melibatkan sebuah kereta BMW dan sebuah motorsikal. Selepas melanggar motor yang ditunggangi seorang lelaki itu, individu yang memandu kereta Bmw berwarna putih terus memecut melarikan diri tanpa berhenti dan melihat keadaan mangsa.

Sikap sebegini tidak sepatutnya ada terutamanya semua pemandu di Malaysia. Semoga keadaan mangsa (penunggang motorsikal) itu tidak mengalami kecederaan teruk. Sentiasa lah berhati-hati di jalanraya.
— with Satu Watak Utama.

 sumber dari: oh media...



ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...