Wednesday, September 11, 2013
Mengimbau Kenangan Lama (UPSR bermula).....terima kasih mak dan ayah
UPSR kini bermula..... teringat zaman masa sekolah dulu dikampung yang serba kekurangan. Sebelum peperiksaan bermula pada setiap cuti hujung minggu atau cuti penggal saya akan pergi kesekolah untuk mengambil kelas tambahan percuma yang diajar oleh guru-guru. Tidak seperti sekarang ini, ibubapa berlumba-lumba menghantar anak ke kelas tuisyen .
Dulu hanya harapan pada guru-guru sahaja tempat kami mencurah ilmu. Bukan sahaja kurang kemampuan tetapi demi ilmu dan ingin menjadi insan yang berjaya dan membentuk keluarga bahagia kami harungi cabaran getir untuk mencari secebis ilmu walaupun pada waktu itu semua percuma dan tidak perlu membayar sesen pun. Begitulah mulianya hati seorang guru.
Banyak kenangan bila teringatkan peristiwa ini. Saya terpaksa berjalan kaki sendirian sejauh 3 kilometer keluar dari rumah ke bas stop di jalan besar menunggu bas henti-henti tambang RM 0.50. Dari bas stop pula jarak kesekolah hanya 6.5 kilometer. Sebenarnya hanya saya dan seorang lagi rakan perempuan dikampung mengambil peperiksaan yang sama. Disebabkan saya anak orang susah mak dan ayah berpesan pada kakak yang pada masa itu umur 15 tahun agar menghantar saya separuh jalan. (Mak dan ayah tidak mahu menyusahkan keluarga kawan saya itu untuk menumpangkan saya menaiki motor .kalau tidak silap motor bapa saudara kawan perempuan saya tu...sebab bapa dia sudah tiada...meninggal dunia masa kecil).. Maklumlah jalan kampung yang sunyi dan hutan hijau dikiri kanan jalan. Dan saya tidak terfikir pada masa itu kakak saya hanyalah budak perempuan yang berumur 15 tahun yang menghantar adiknya diseparuh jalan.
Dan apabila sampai diseparuh jalan, kakak memberi isyarat supaya saya berlari sekuat hati untuk sampai kejalan besar dan sebaliknya kakak akan berlari pula sekuat hati untuk sampai kerumah. Dapat tak anda bayangkan ketakutan 2 beradik ditengah hutan yang macam tu...(kalau zaman sekarang ni sah-sah kena culik tak pun jadi arwah)..tidak juga menyalahkan ayah dan mak saya. Ayah pada ketika itu kerja di Estet getah GUTRIE (SEKARANG DAH TAK WUJUD LAGI). Mak pula terpaksa menjaga adik yang masih kecil.
Bila pulang kelas tuisyen pulang menaiki bas dan tunggu dijalan besar menanti pula mak saudara iaitu adik mak pulang dari estet dengan basikal tua dikiri kanan basikanya ada 2 tong besar. Contoh gambar macam kat bawah ni.
sekadar hiasan sahaja-
Begitulah kehidupan harian bila cuti sekolah saya. Demi secebis ilmu tanpa berbayar walaupun pada ketika itu zaman free kami masih mampu menjadi orang yang berjaya tanpa tuisyen berbayar seperti zaman ini. Beruntung budak-budak sekarang. Semua kemudahan zaman ini sudah tersedia didepan mata. Ibubapa kini terpaksa bersengkang mata mencari rezeki untuk mendapat yang terbaik dari anak mereka.
Pada adik-adik yang tidak berkemampuan. Timba lah ilmu itu dengan kudrat kita. Kita pun boleh berjaya seperti orang lain. Jangan terlalu mengarap tuisyen semata-mata. Berjumpa terus dengan guru bertanya apa yang kita tidak faham tentang pelajaran. Percuma. Tiada guru akan meminta duit untuk mencurahkan ilmu pada anak didiknya. Begitu mulia hati seorang guru....
Kepada adik-adik...SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN UPSR...SEMOGA BERJAYA
NAK DPT INCOME LEBIH..LEPAS NI KLIK IKLAN BAWAH INI DAN SHARE KEPADA KAWAN-KAWAN ANDA
Labels:
my living journey