Thursday, October 31, 2013

Genap 21 Hari Pemegian Arwah mak incik...

ALFATIHAH UNTUK ARWAH MAK INCIK

Hari ini genap 21 hari pemergian arwah mak incik iaitu adik mak saya.  Saya masih teringatkan wajah dan gurauan mak incik hingga ke hari ini. Wajah tua itu selalu saya bawa bersama mak saya setiap hujung bulan hari sabtu ke pasar tani Rembau... sedikit terkilan semasa hayat arwah sebulan dan dua bulan kebelakangan saya amat sibuk dengan tugas di luar kawasan. Jadi saya jarang balik ke kampung Walaupun kampung saya hanya 1 jam sahaja dari Kuala Lumpur.

Tempat saya kakak saya yang ambik membawa arwah ini dan mak ke pasar Tani. Arwah sebenarnya dah lama menderita kerana barah hati. Tetapi arwah kuat semangat untuk terus hidup sehingga akhirnya.


Seminggu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir beliau telah mengajak anak angkat yang dibela sejak lahir (Sememangnya arwah tidak mempunyai anak)...ke pekan yang berdekatan untuk membeli barang keperluan dapur. Kelihatan arwah sungguh cergas.  Kakak saya juga ada membawa beliau ke pasar tani Rembau.

Dan saya masih teringat. Setiap kali balik dari pasar tani. saya akan membawa mak, arwah, ayah saya dan suami arwah singgah ke Restaurant 3 Abdul. Di situ kami akan makan roti canai dan sememangnya teh tarik adalah kegemaran beliau.

Akibat terlalu sibuk tanggal 8 OKT 13 bersamaan hari selasa , mak saya menalifon supaya balik bahawa mak incik dalam keadaan sakit tetapi belum nazak. Takut terjadi apa-apa yang berlaku saya tidak dapat menemui beliau.... saya amat terkejut dalam keadaan begini.

Saya bergegas balik ke kampung pada jam 12 tengahari memohon kebenaran pegawai atasan saya untuk pulang sekejap ke kampung dan saya perlu melapur untuk keesokkanya untuk tugasan yang lain. Dan saya akur semua itu.

Sampai di kampung saya lihat mak dan adik beradik yang lain sedang siap memasak untuk bacaan yassin untuk arwah mak incik supaya beliau cempat sembuh dan itu adalah pilihan terakhir kami setelah kami semua berikhtiar sewaktu beliau ada menyembuhkan sakit beliau.

Saya lihat wajah mak incik satu persatu...saya tidak sanggup. Saya duduk jauh sikit. saya kasihan kerana hanya matanya sahaja yang mampu memandang tidak bermaya.

Jam 8.30 malam majlis bacaan yassin bermula. Saya perlu habiskan bacaan yassin sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur malam itu juga kerana esok saya punya tugas harus saya selesaikan. Dan sebelum balik ke Kuala Lumpur dengan berat hati saya terus berjumpa dengan arwah...saya katakan saya hendak balik ke Kuala Lumpur. Dan arwah mengangguk tanda faham. Dalam keadaan yang tidak bermaya arwah menyatakan "ESOK DUA TIGA HARI...KALAU ADA APA-APA...KO BALIK YE".. saya katakan pada arwah harap sihat supaya kita dapat bersama-sama meraikan hari raya aidil adha yang jatuh pada hari 15 Okt 13 bersamaan hari selasa.

Tanggal 10 Okt 13 jam 2 pagi  bersamaan hari Khamis ada sesuatu yang tidak kena dan saya tidak sedap hati. Dan tepat jam 3.00 pagi ada 1 panggilan tidak berjawab....saya lihat panggilan itu datang dari kakak saya di kampung.  Sah... mesti ada sesuatu yang tidak kena. Panggilan kedua saya jawab. Kakak menyuruh saya pulang dengan segera kerana arwah mak incik dalam keadaan nazak. Tanpa berlegah tanpa sehelai baju nak dibawa....hanya membasuh muka saya terus Drive dengan keadaan tergesa-gesa pulang kekampung samnbil menalifon pejabat menguruskan cuti saya.

Lebih kurang 20 minit berlalu berdekatan tol serdang kakak saya menalifon saya dengan esakan dan tangisan memberitahu bahawa mak incik sudah tiada. Dalam keadaan yang cemas itu airmata saya mengalir jua mengenangkan arwah ini  berkata pada 2 hari lepas bahawa kalau jadi apa-apa menyuruh aku pulang kekampung.

Pukul 4 pagi saya sampai ke kampung dan saya lihat jenazah terbujur kaku diruang tamu rumah arwah. Saya membuka penutup muka dan saya lihat wajahnya. air mata saya menjadi saksi bahawa saya telah kehilangan orang yang saya sayangi.

Saya jalankan tanggungjawab saya sebagai anak saudara beliau mengangkat jenazah ke tempat mandi, sembahyang jenazah dan mengangkat jenazah hingga ke pusara.

Alfatihah untuk arwah mak incik...semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. AMIN.










No comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...