Monday, December 02, 2013

Tragedi 3 Beradik Dibunuh

Alor Setar: “Saya ada tiga anak saja, kini ketiga-tiga mereka sudah pergi meninggalkan saya serentak. Ini dugaan paling hebat yang perlu saya tempuhi.”
Itu rintihan Rusdi Rani, 38, bapa kepada tiga beradik yang ditemui maut dalam keadaan menyayat hati di dua lokasi berasingan dekat sini, semalam dan kelmarin selepas dilaporkan hilang sejak keluar rumah dengan menaiki motosikal petang Jumaat lalu.

Ketika Rusdi berdoa dan berharap dua lagi anaknya yang ketika itu gagal dikesan
 berada dalam keadaan selamat, dia menerima berita duka apabila polis petang
semalam memaklumkan penemuan dua beradik itu.


Foto




















 ANGGOTA polis menarik mayat Nur Izzati yang dijumpai dalam tali air 
Kampung Padang Petani.

Mayat Nur Izzati Husna, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3, ditemui di tali air Padang

Petani, Langgar, di sini, kira-kira jam 4 petang, semalam, juga oleh orang awam
dalam jarak hampir 100 meter antara satu sama lain dan lengkap berpakaian.
Sumber:hmetro
===========================================

KEJAM 3 BERADIK MATI DIBUNUH

Polis: Kematian 3 beradik bukan tragedi biasa

















Kemaskini:  3 beradik yang mayat ditemui di Alor 
Senibong & Tali Air Padang Petani disiasat ikut
 Seksyen 302 KK kerana membunuh .

Walaupun keputusan bedah siasat mangsa pertama 
daripada 3 beradik akibat lemas, namun terdapat
 elemen meragukan - Ketua Polis Kedah Harian Metro ‏@

















Siti Aishah Ariffin (kiri), 40, ibu Noor Syafikah Nadia Abdullah, 14, tidak
 dapat menahan kesedihan selepas penemuan mayat anaknya ketika
ditemui di perkarangan rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB),
hari ini.

Kakak dibunuh, dua adiknya hilang

Mayat dua beradik yang hilang di kawasan sawah dekat Alur 
Senibong ditemui di Langgar, Alor Setar, 8.0 Km dari mayat 
kakaknya ditemui - Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah


ALOR SETAR: Mayat seorang remaja perempuan ditemui dalam keadaan tertiarap di sebuah kawasan bendang berhampiran Alor Senibung, dekat sini, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nashir 

Ya, berkata mayat remaja itu ditemui orang awam kira-kira jam 
3.45 petang, sebelum anggotanya bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, siasatan awal pihaknya mengklasifikasikan kejadian itu

 kes bunuh dan siasatan dijalankan di setiap sudut.

Katanya, ini berikutan mangsa bersama dua adik perempuannya,

 masing-masing barusia 12 dan tiga tahun keluar dari rumah mereka
 di Kampung Gelap pada 29 November lalu.



Beliau berkata, kedua-dua adik mangsa masih hilang dan usaha 

mencari masih dijalankan.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mendapatkan

 bantuan anjing pengesan K-9 dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.



No comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...