Wednesday, March 19, 2014

MH370: Pencarian pesawat hilang merentasi politik

MH370: Pencarian pesawat hilang merentasi politik


MH370: Pencarian pesawat hilang merentasi politik - Hishammuddin


Click to Expand & Play
SEPANG: Misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) merentasi fahaman politik, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Hishammuddin berkata dakwaan penglibatan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kehilangan MH370 dipolitikkan oleh media asing.

Beliau berkata demikian ketika disoal wartawan mengenai penglibatan Anwar dalam kehilangan penerbangan Malaysia Airlines MH370.

Katanya isu politik merupakan perkara kedua kerana fokus kerajaan kini tertumpu ke arah misi mencari pesawat Boeing 777-200ER yang hilang sejak 8 Mac itu.

"Isu politik ini hanya dibangkitkan oleh media asing, kami masih kekal merentasi fahaman politik. Pencarian adalah lebih penting daripada politik, politik tidak penting di sini," kata Hishammuddin pada sidang media di Hotel Sama-Sama, di sini, hari ini.

Beliau juga menegaskan pihak Polis Diraja Malaysia tidak akan memanggil Anwar bagi membantu siasatan kehilangan pesawat itu.

Hishammudin juga menggesa seluruh rakyat Malaysia mengenepikan perbezaan politik ketika berdepan situasi krisis dalam kehilangan pesawat MH370.

"Saya gesa semua rakyat Malaysia mengenepikan perbezaan dan bersatu ketika saat sukar ini, memandangkan fokus kita sekarang adalah mencari pesawat dan 239 nyawa," katanya.

Tabloid British, Daily Mail sebelum ini dalam laporan yang memetik sumber antaranya menggambarkan Kapten Zaharie  sebagai 'fanatik politik' dan penyokong kuat Anwar

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...