Friday, December 28, 2012

Bekas ahli kumpulan Ruffedge nafi rogol anak tiri

27 Dis – Seorang bekas ahli kumpulan Ruffedge telah dihadapkan di Mahkamah Seksyen, atas tuduhan merogol anak tirinya yang berusia 14 tahun pada Februari lalu.
Menurut laporan dari akhbar Harian Metro , bagaimanapun tertuduh yang tiba di mahkamah ditemani ibu bapa dan beberapa rakannya mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Roszianayati Ahmad.
Tertuduh yang berusia 37 tahun didakwa melakukan perbuataan berkenaan pada pukul 9 pagi, 9 Februari lalu di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya, Kuala Lumpur.
Bagi kesalahan tersebut, dia akan didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (d) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat jika disabit kesalahan.
Hakim Roszianayati membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin selepas tertuduh merayu diberi jaminan kerana dia perlu menyara dua anak kandungnya.
Mahkamah menetapkan 25 Januari depan sebagai sebutan semula.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...