Thursday, December 13, 2012

Kejam...bapak benggong derA anak.....

Memang lah Bodoh si bapak ni...


Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Kes Penderaan Kanak-Kanak 
KLANG: Polis menahan seorang lelaki berhubung kes penderaan seorang kanak-kanak berumur tiga tahun seperti yang tersebar dalam sebuah klip video di laman media sosial Facebook sejak Selasa.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara Supt Jani Ahmad berkata lelaki berumur 32 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Mas, Kapar di sini pada kira-kira 8 malam semalam selepas polis menerima laporan daripada seorang kenalan suspek yang menonton klip video itu.
Beliau berkata ketika serbuan, suspek yang juga bapa tiri mangsa berada bersama kanak-kanak itu.
"Kita tahan lelaki terbabit manakala kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini dan mendapati terdapat kesan kecederaan dipercayai akibat didera," katanya ketika dihubungi Bernama Rabu.
Mengulas lanjut, Jani berkata polis tidak dapat memastikan tarikh sebenar kejadian yang dipaparkan dalam klip video itu.
Beliau berkata ibu kanak-kanak malang tidak dapat dikesan.
Sementara itu, menurut maklumat di laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Entri terkini di laman itu turut memaklumkan kanak-kanak berkenaan kini dirawat di HTAR dan diletak di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Klip video lapan minit dan 33 saat itu memaparkan seorang lelaki berbaju biru dan memakai seluar jeans menampar, membaling serta menyepak seorang kanak-kanak yang menangis teresak-esak.
Ia turut memaparkan imej seorang lagi kanak-kanak dan seorang bayi. -BERNAMA

No comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...