Wednesday, February 27, 2013

AKU MALU MENATAP WAJAH NABI MUHAMMAD

 Apa saja yang dituliskan di wall facebook mesti orang akan like...tetapi apa yang saya sampaikan ini belum tentu orang akan like...sedihhhh

Asslam diingatan..semenjak akhir-akhir ini saya jarang unruk menulis entry "My LiviNG Journey" . Ini kerana saya sering mengambil dan copy beberapa berita penting untuk dimuatkan didalam blog saya ini.

Hari ini Tajuk entry diatas mungkin anda tidak pernah membaca dan tidak tahu bagaimana seorang yang malu menatap Nabi Muhammad S.A.w meninggal dipangkuan nabi tercinta.

Saya faham..apabila ini berlaku kita sering menghukum seseorang itu....kita tidak percaya bahawa Allah juga maha pengampun lagi mengasihi..

Kisah Abid berasa berdosa melihat aurat seorang wanita dengan sengaja dan merasakan telah melakukan dosa zina...

diringkaskan cerita...Abib pun bertemu Rasulullah....Abid mendekati Nabi sehingga lututnya bersatu dengan lutut beginda tetapi masih menundukkan kepalanya.

"Wahai Rasulullah, aku malu melihat wajahmu kerana mataku sudah banyak berbuat dosa!"

Rasulullah lalu bersabda:"mintalah ampun kepada Allah"

Abib itu berkata:"Aku yakin Allah Maaha Pengampun, tetapi mataku sudah banyak buat dosa dan tidak lagi layak menatap wajahmu wahai Rasulullah!"  

Rasulullah bersabda:" Angkatlah Kepalamu!"

Maka abid itu pun mengangkat kepalanya perlahan-lahan lalu bertentang mata dengan  Rasulullah.  Setelah itu dia kembali menundukkan kepalanya dan menangis teresak-esak lalu meninggal dunia di pangkuan  Rasulullah.  Saat itu juga air mata Rasulullah mengalir dan jatuh di atas wajah mayat orang soleh itu.

 Para sahabat yang menyaksikan kejadian itu merasa takjub dan merasa iri hati.  walaupun mereka berjihad siang dan malam tetapi mereka tidak mendapat keistimewaan dan kemuliaan seperti abid itu yang meninggal dunia di pangkuan Rasulullah.

Sunday, February 24, 2013

Bukan kejar harta wang...(Pengorbanan seorang wanita)

Bukan kejar harta wang

Oleh NORIAH IDRIS
Kuala Lumpur: Dia masih muda, ‘bergetah’ dan bergaya, tetapi wanita berusia 23 tahun ini sanggup menjadi calon isteri pelakon radio popular 1970-an hingga 1980-an, Ibrahim Othman, 83, yang kini terlantar di Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia (Fikrah), Sungai Sekamat, Kajang, dekat sini.
Bagi Shaliana Mohd Misnan, dia bukan mengejar harta dan wang, sebaliknya yakin mampu memenuhi kriteria calon isteri warga emas itu kerana pernah menguruskan arwah suaminya yang menderita akibat barah, beberapa tahun lalu.
Tambahan pula, jarak usianya dengan arwah suami hampir 30 tahun. Mereka berkahwin selama empat tahun.

Ibu tunggal yang mempunyai seorang anak ini berkata, pengalaman menjaga arwah suaminya yang sakit membentuk sifat penyabar biarpun jodoh mereka tidak panjang apabila arwah menghembuskan nafas terakhir di sisinya, dua tahun lalu.
Foto
SHALIANA (kanan) ada pengalaman menguruskan arwah suami yang menghidap barah. Dia bersama bapanya, Mohd Misnan ketika ditemui wartawan Metro Ahad.

“Saya tawarkan diri sebab ada pengalaman menjaga arwah suami dan yakin mampu menjaga Pak Berahim dari segi mental dan fizikal.

Thursday, February 21, 2013

'Si Tanggang' sepak ibu dijel 24 bulan

'Si Tanggang' sepak ibu dijel 24 bulan


MUHAMAD HAFIZ dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Perbuatan biadab dan kurang ajar seorang penganggur yang tergamak menyepak, menumbuk kepala serta mengugut hendak menikam ibu kandungnya berbalas apabila dia dipenjara 24 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Majistret Muhamad Hafiz Mohd. Noor memerintahkan Mohd. Syaridan Awang Ahmad, 27, menjalani hukuman itu selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mengugut dengan menggunakan sebilah pisau dan gunting selepas ibunya, Che Saniyah Che Soh, 56, enggan memberinya wang.
Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Kesalahan itu dilakukan di rumah mereka di Kampung Kedai Buloh Badang di sini kira-kira pukul 12.30 tengah malam pada 13 Januari lalu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0221&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2LWIL08qM
Hakcipta terpelihara

Saturday, February 09, 2013

Indahnya Panorama Shirakawa-go

Terkenal antara perkampu­ngan tradisional luar biasa yang paling dekat dengan alam dan menjadi kebanggaan masyarakatnya.
Gambaran hebat itu membuatkan Shirakawa-go yang terletak jauh daripada kesibukan kota dan di kaki gunung Haku-san, Jepun itu sering menerima pelancong saban waktu.


Asalnya perkampu­ngan itu sukar dikunjungi kerana jaraknya terlalu jauh dan dikelilingi kawasan pergunungan.

Keindahan semula jadi di Shirakawa-go itu boleh dinikmati sepanjang masa dengan pengalaman sedikit berbeza berbanding tempat lain.

Apabila tiba musim bunga, kuntuman bunga pelbagai warna dengan kehijauan daunnya menambahkan landskap semula jadi di perkampu­ngan indah itu.

Suasana bertukar panorama unik dengan daun maple berguguran manakala pohon cypress (hinoki) berkilau keemasan ketika musim luruh beralih ke musim sejuk.

Begitu juga pada musim panas dan laluan ke desa itu ditutup salji dengan ketebalan lima meter apabila tibanya musim sejuk.

Situasi itu jugalah yang membuatkan rumah bergaya gassho-zukuri (rumah tradisional) dibina berasaskan kayu.

Seni bina antara dua hingga tiga tingkat itu dibangunkan sejak generasi terdahulu dan direka untuk menampung sejumlah besar salji ketika musim sejuk.

Bumbung berbentuk segi tiga itu dibina tanpa paku dengan penyediaan ruang loteng yang besar khusus untuk perusahaan ulat sutera ketika musim sejuk.

Bagi mengekalkan keaslian dan ketahanan material itu, bumbung diganti setiap 30 tahun sekali.

Binaan kediaman seperti itu turut kelihatan di kebanyakan perkampu­ngan seluruh negara matahari terbit itu dan sememangnya dianggap tapak warisan dunia (UNESCO) pada 1995.

Pada masa sama, kediaman gaya gassho-zukuri itu juga dianggap antara warisan paling popular dan ada yang berusia lebih daripada 250 tahun.
Kehidupan masyarakatnya sebagai petani membuatkan persekitaran kediaman dilatari lot tanaman yang diusahakan seperti sawah padi.

Ada juga beberapa produk dari Shirakawa-go yang dipasarkan termasuk kertas Jepun yang diperbuat daripada daun mulberi dan perusahaan ulat sutera.

Bukan sekadar berfungsi sebagai tempat tinggal, malah kediaman berkenaan kini menjadi tarikan utama pelancong ke Shirakawa-go.

Laluan ke desa itu pula secara tidak langsung lebih mudah apabila lebuh raya turut dibina menghu­bungkan Shirakawa-go dengan kota di sekitarnya.

Menarik­nya, di antara pergunungan di desa itu terdapat Sungai Shokawa yang turut menghubung­kan Shirakawa-go de­ngan dunia luar menerusi binaan sebuah jambatan.

Ogimachi Castle antara lokasi popular untuk melihat keindahan Shirakawa-go secara keseluruhannya.

















Zarina kena lokap

Zarina kena lokap, tak habis-habis dengan masalah.. PETALING JAYA: Pelakon dan model kontroversi, Zarina Anjoulie dan rakan lelakinya dihadapkan ke ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan memiliki dadah jenis Eramin 5 seberat 0.6 gram, tiga hari lalu. Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul dan rakan lelakinya, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, masing-masing berusia 27 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nazri Omran. Mengikut pertuduhan, pelakon drama bersiri ‘Anak Pontianak’ itu dan Mohamad Fakhruzaim didakwa bersama-sama memiliki dua pil Eramin 5 seberat 0.6 gram. Mereka didakwa memiliki bahan terlarang itu di sebuah rumah beralamat Nombor C-3-10 Armanee Condominium, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, di sini, pada jam 5.30 petang, 30 Disember 2012. Bagi tuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Zarina yang memakai baju-T berwarna kelabu dan berseluar merah jambu tenang ketika pertuduhan dibacakan kepadanya. Terdahulu, pendakwaan yang dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd Bukhari Wan Mohd menawarkan kedua-dua tertuduh dijamin RM6,000 setiap seorang. Bagaimanapun, peguam Mohd Haijan Omar yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon mahkamah mengenakan ikat jamin yang rendah kerana mereka masih belajar di kolej swasta. Seorang rakan wanita kepada Zarina hadir menjaminnya dan mengaku dirinya pemilik kondominium di Damansara Damai itu, namun mahkamah tidak membenarkan dia mengikat jamin tertuduh atas alasan mereka tiada pertalian keluarga. Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing sebanyak RM2,000 dengan syarat penjamin daripada ahli keluarga dan sebutan ditetapkan pada 8 Februari ini. Sehingga jam 4 petang semalam, tiada ahli keluarga aktres itu tampil menjaminnya dan dia dibawa ke Kompleks Penjara Kajang. Bagaimanapun, Mohamad Fakhruzaim membayar wang ikat jamin RM2,000 itu menerusi abangnya dan dibenarkan pulang.

Friday, February 08, 2013

Murders caught on tape

Video Sembelih Kepala Part 4.....Ngeri

Video Sembelih Kepala Part 4.....Ngeri
jangan tengok.....

 

Perompak ditembak mati

Perompak ditembak mati...padan muka..ahaksss


TAIPING, 8 Feb (Bernama) -- Seorang ayah nekad melepaskan tembakan ke arah
kumpulan empat penjenayah yang memecah masuk kediaman mereka untuk menyelamatkan
anak perempuannya yang hampir menjadi tebusan di sebuah rumah banglo dua tingkat
di Taman Pegawai Kanan Kerajaan, Assam Kumbang di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Taiping ACP Yusof Mohd Diah berkata dalam kejadian 3 pagi
tadi, suspek ditembak Abdul Jalil Abdul Wahab yang merupakan bekas Timbalan
Ketua Polis Daerah Kota Setar sebaik membuka pintu bilik yang dihuni bersama
isterinya di tingkat bawah rumah banglo berkenaan.
"Sebelum itu tiga daripada empat penjenayah yang bertopeng dan bersenjatakan
parang memasuki bahagian tingkat atas rumah yang dihuni anak perempuan, menantu
serta dua cucu Abdul Jalil selepas memecah masuk rumah itu melalui pintu
berjeriji besi di bahagian tepi rumah," katanya kepada pemberita di tempat
kejadian di sini.
Kumpulan itu kemudian membawa turun anak perempuan dan menantu tersebut
serta mengugut akan mencederakan mereka, katanya.
Beliau berkata dua das tembakan dilepaskan ke arah kumpulan penjenayah itu
menyebabkan kesemua mereka melarikan diri.
-- LAGI
POLIS-TEMBAK 2 TAIPING
Susulan itu, seorang warganegara Indonesia berusia 40-an dipercayai
seorang daripada anggota kumpulan tersebut ditemui mati di kawasan semak
kira-kira 100 meter dari tempat kejadian, katanya.
Yusof berkata kesemua penghuni rumah berkenaan selamat dan tidak mengalami
sebarang kecederaan.
Katanya polis kini melancarkan gerakan memburu baki tiga lagi perompak
dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
Abdul Jalil, 63, berkata apabila mendengar anak perempuannya, Jazlina, 28,
meminta tolong sambil mengetuk pintu biliknya, beliau segera mengambil pistol
dan melihat paparan kamera litar tertutup yang ditempatkan di dalam biliknya.
"Saya terperanjat apabila melihat beberapa kelibat yang berdiri di hadapan
pintu bilik saya. Saya membuka pintu perlahan-lahan dan memberanikan diri
melepaskan tembakan ke arah mereka," katanya.
-- LAGI
POLIS-TEMBAK 3 (AKHIR) TAIPING
Katanya beliau terus keluar dari biliknya serta melepaskan satu lagi
tembakan ke arah kumpulan perompak itu yang kemudian melarikan diri dan beliau
tidak mengejar penjenayah itu bagi memastikan keselamatan anggota keluarganya.
Sementara itu Jazlina berkata semasa kejadian, beliau bersama suaminya,
Adi Hafiz Yusop, 34, tidur di ruang atas rumah sebelum ditawan penjenayah yang
kemudian menggunakan wayar seterika dan kain untuk mengikat tangan serta
menyumbat mulut suaminya.
Katanya penjenayah terbabit turut menawan anak saudaranya Arif Syazwan Mohd
Shariff, 12, yang nyenyak tidur di sebuah bilik lain sebelum mengarahkan beliau
menunjukkan bilik ayahnya.
"Dalam keadaan itu saya cuba berfikir untuk melakukan sesuatu sebelum
mengetuk pintu bilik ayah supaya ayah dapat perasan sesuatu yang tidak baik
berlaku. Saya memanggil ayah dengan nada perlahan memintanya membuka pintu dan
kemudian menukar nada suara supaya ayah perasan," katanya.
Beliau melahirkan rasa syukur kerana ayah dan anggota keluarganya selamat
dalam kejadian itu.
-- BERNAMA
ZAZ ZAZ KLS

Minor girl gangraped in Bangalore

Minor girl gangraped in Bangalore

Shocking rape, murder & brutal cases of 2012

Shocking rape, murder & brutal cases of 2012

Thursday, February 07, 2013

Kasih Seorang Anak...

Kasih Seorang Anak Tiada Penghujungnya..



Alor Setar: Akibat terlalu lama terlantar di tempat tidur disebabkan penyakit reput tulang, hidup seorang ibu tunggal cacat penglihatan dan miskin semakin sengsara apabila seluruh tubuhnya kini bernanah manakala tengkuk dan punggung mula berulat.
Rabiah Baser, 56, yang tinggal di Flet Simpang Kuala, di sini, hanya terbaring sejak terjatuh di rumahnya pada November tahun lalu dan dia kini dijaga anak bongsunya, Mohd Ikhlas Yahya, 14.


Lebih menyedihkan, remaja itu juga menguruskan abangnya yang juga buta, Mohd Asyid Abu Bakar, 20, dan beban yang ditanggung memaksanya berhenti sekolah.

Rabiah berkata, kesempitan hidup, kecacatan dan penyakit dialaminya menyebabkan dia tidak mampu bekerja untuk menampung kehidupan serta menguruskan keluarga.


Foto

“Saya bernasib baik kerana mempunyai jiran yang menghantar bubur nasi untuk makanan harian dan saya bersyukur kerana anak bongsu sabar serta tabah menjaga saya,” katanya.

Sunday, February 03, 2013

Video dipaksa Berbogel

Video Dipaksa berbogel....


Wartawan Malaysia mati tertembak di Lebanon

Wartawan Malaysia mati tertembak di Lebanon

CLAUDIA THEOPHILUS... mati tertembak di Lebanon.

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Wartawan Malaysia, Claudia Theophilus, 42, penerbit di syarikat penyiaran Al-Jazeera yang berpangkalan di Doha, Qatar, mati dipercayai akibat terkena tembakan dalam satu insiden di Baakleen yang terletak di sebuah kawasan pergunungan di Lebanon, semalam.
Duta Besar Malaysia di Lebanon, Ilango Karuppannan berkata, menurut laporan awal polis, tiada elemen jenayah dalam kejadian yang menimpa Claudia pada kira-kira 2.30 pagi waktu Lebanon.
"Sebaliknya, ia berlaku secara tidak sengaja yang mana dia (Claudia) terkena tembakan dari satu senjata api," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, mayat Claudia akan dibawa pulang selepas segala urusan forensik dan bedah siasat selesai dijalankan.
Menurutnya, Claudia berkunjung ke Baakleen bersama dua rakannya yang merupakan rakyat Lebanon.
Laporan media menyebut mangsa tiba di Lebanon pada 28 Januari lalu untuk melawat kawannya di negara itu.
Menurut laporan itu, Claudia terkena tembakan ketika beliau dan dua rakannya sedang "bermain" dengan beberapa laras senapang sebelum senjata itu tiba-tiba meletup.
Mendiang pernah bekerja dengan akhbar The Sun dan portal berita Malaysiakini. - BERNAMA

copyright
© Utusan Melayu (M) Bhd

Indahnya Walaupun Detik Itu Seketika....

INDAHNYA WALAU SEKETIKA..
 
Salam buat teman-teman....agak 2 dan 3 hari ini kurang membuka blog..Apatah lagi Facebook. Disebabkan komitmen kerja dan tugasan luar kawasan di perak baru-baru ini. 
Pada jumaat lepas saya ke perak dan balik ke kuala lumpur pada sebelah malam. Pagi sabtu jam 6 pagi bertolak ke kampung menjenguk mak dan ayah diKampung.
Sampai kampung dalam kul 7.30 pagi. sempat bersarapan bersama mak dan ayah.  Bukan tidak selalu balik menziarahi orang tua dikampung tetapi boleh dikata selalu dapat  berjumpa bila mak dan ayah akan kerumah abang-abang dan kakak di Kuala lumpur dan bila pulang kerja saya akan terus ke rumah kakak atau  abang saya. Selalunya mak dan ayah akan bermalam dirumah kakak yang sulung.

Selepas bersarapan pagi sabtu, saya akan membawa mak dan mak saudara yang tinggal tidak jauh dari rumah saya untuk ke pasar tani. Maklumlah kalau sabtu biasanya saya lah orang yang akan selalu membawa mereka ke pasar tani untuk membeli keperluan lauk-lauk seminggu. Disebabkan saya selalu pulang..itu pun hanya sekejap. Saya perlu membawa mereka untuk membeli segala keperluan itu. Kerana mak dan mak saudara hanya ada saya yang masih bujang ini untuk membawa kemana saja destinasi kalau saya balik kekampung.

Saya cuba merakam beberapa keping foto untuk tatapan semua.... sebab saya selalu teringat suasana sewaktu zaman sewaktu kecil-kecil dulu. Foto ini saya rakam pada pagi sabtu 2 FEB 2013.

                                                Tempat Mak saya memasak
 Dulu dapur ini semuanya kayu...tapi semasa saya sekolah..kakak-kakak dan abang saya buat yang baru untuk mak..... masa ni mak tengah masak lauk lemak cili api ikan baung campur rebung.

                                            Sedapnya.....lauk lemak cili api ikan Baung

                                              Yang ini udang galah sungai Linggi...masih fresh



                                           Ini kayu kayan yang ayah saya simpan. Bila ada kenduri kayu inilah  yang      digunakan untuk memasak lauk-pauk.
         
                                   Bahagian dapur rumah saya dikampung pandangan dari luar

                                              Dapur tempat mak selalu menyalai ikan keli dan ikan bakar.

                                                    Reban ini comel je.... ayam tengah tidur..

                                           Pemandangan dibelakang dapur













 

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...