INDAHNYA WALAU SEKETIKA..
Salam buat teman-teman....agak 2 dan 3 hari ini kurang membuka blog..Apatah lagi Facebook. Disebabkan komitmen kerja dan tugasan luar kawasan di perak baru-baru ini.
Pada jumaat lepas saya ke perak dan balik ke kuala lumpur pada sebelah malam. Pagi sabtu jam 6 pagi bertolak ke kampung menjenguk mak dan ayah diKampung.
Sampai kampung dalam kul 7.30 pagi. sempat bersarapan bersama mak dan ayah. Bukan tidak selalu balik menziarahi orang tua dikampung tetapi boleh dikata selalu dapat berjumpa bila mak dan ayah akan kerumah abang-abang dan kakak di Kuala lumpur dan bila pulang kerja saya akan terus ke rumah kakak atau abang saya. Selalunya mak dan ayah akan bermalam dirumah kakak yang sulung.
Selepas bersarapan pagi sabtu, saya akan membawa mak dan mak saudara yang tinggal tidak jauh dari rumah saya untuk ke pasar tani. Maklumlah kalau sabtu biasanya saya lah orang yang akan selalu membawa mereka ke pasar tani untuk membeli keperluan lauk-lauk seminggu. Disebabkan saya selalu pulang..itu pun hanya sekejap. Saya perlu membawa mereka untuk membeli segala keperluan itu. Kerana mak dan mak saudara hanya ada saya yang masih bujang ini untuk membawa kemana saja destinasi kalau saya balik kekampung.
Saya cuba merakam beberapa keping foto untuk tatapan semua.... sebab saya selalu teringat suasana sewaktu zaman sewaktu kecil-kecil dulu. Foto ini saya rakam pada pagi sabtu 2 FEB 2013.
Tempat Mak saya memasak
Dulu dapur ini semuanya kayu...tapi semasa saya sekolah..kakak-kakak dan abang saya buat yang baru untuk mak..... masa ni mak tengah masak lauk lemak cili api ikan baung campur rebung.
Sedapnya.....lauk lemak cili api ikan Baung
Yang ini udang galah sungai Linggi...masih fresh
Ini kayu kayan yang ayah saya simpan. Bila ada kenduri kayu inilah yang digunakan untuk memasak lauk-pauk.
Bahagian dapur rumah saya dikampung pandangan dari luar
Dapur tempat mak selalu menyalai ikan keli dan ikan bakar.
Reban ini comel je.... ayam tengah tidur..
Pemandangan dibelakang dapur
No comments:
Post a Comment