Friday, February 08, 2013

Perompak ditembak mati

Perompak ditembak mati...padan muka..ahaksss


TAIPING, 8 Feb (Bernama) -- Seorang ayah nekad melepaskan tembakan ke arah
kumpulan empat penjenayah yang memecah masuk kediaman mereka untuk menyelamatkan
anak perempuannya yang hampir menjadi tebusan di sebuah rumah banglo dua tingkat
di Taman Pegawai Kanan Kerajaan, Assam Kumbang di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Taiping ACP Yusof Mohd Diah berkata dalam kejadian 3 pagi
tadi, suspek ditembak Abdul Jalil Abdul Wahab yang merupakan bekas Timbalan
Ketua Polis Daerah Kota Setar sebaik membuka pintu bilik yang dihuni bersama
isterinya di tingkat bawah rumah banglo berkenaan.
"Sebelum itu tiga daripada empat penjenayah yang bertopeng dan bersenjatakan
parang memasuki bahagian tingkat atas rumah yang dihuni anak perempuan, menantu
serta dua cucu Abdul Jalil selepas memecah masuk rumah itu melalui pintu
berjeriji besi di bahagian tepi rumah," katanya kepada pemberita di tempat
kejadian di sini.
Kumpulan itu kemudian membawa turun anak perempuan dan menantu tersebut
serta mengugut akan mencederakan mereka, katanya.
Beliau berkata dua das tembakan dilepaskan ke arah kumpulan penjenayah itu
menyebabkan kesemua mereka melarikan diri.
-- LAGI
POLIS-TEMBAK 2 TAIPING
Susulan itu, seorang warganegara Indonesia berusia 40-an dipercayai
seorang daripada anggota kumpulan tersebut ditemui mati di kawasan semak
kira-kira 100 meter dari tempat kejadian, katanya.
Yusof berkata kesemua penghuni rumah berkenaan selamat dan tidak mengalami
sebarang kecederaan.
Katanya polis kini melancarkan gerakan memburu baki tiga lagi perompak
dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
Abdul Jalil, 63, berkata apabila mendengar anak perempuannya, Jazlina, 28,
meminta tolong sambil mengetuk pintu biliknya, beliau segera mengambil pistol
dan melihat paparan kamera litar tertutup yang ditempatkan di dalam biliknya.
"Saya terperanjat apabila melihat beberapa kelibat yang berdiri di hadapan
pintu bilik saya. Saya membuka pintu perlahan-lahan dan memberanikan diri
melepaskan tembakan ke arah mereka," katanya.
-- LAGI
POLIS-TEMBAK 3 (AKHIR) TAIPING
Katanya beliau terus keluar dari biliknya serta melepaskan satu lagi
tembakan ke arah kumpulan perompak itu yang kemudian melarikan diri dan beliau
tidak mengejar penjenayah itu bagi memastikan keselamatan anggota keluarganya.
Sementara itu Jazlina berkata semasa kejadian, beliau bersama suaminya,
Adi Hafiz Yusop, 34, tidur di ruang atas rumah sebelum ditawan penjenayah yang
kemudian menggunakan wayar seterika dan kain untuk mengikat tangan serta
menyumbat mulut suaminya.
Katanya penjenayah terbabit turut menawan anak saudaranya Arif Syazwan Mohd
Shariff, 12, yang nyenyak tidur di sebuah bilik lain sebelum mengarahkan beliau
menunjukkan bilik ayahnya.
"Dalam keadaan itu saya cuba berfikir untuk melakukan sesuatu sebelum
mengetuk pintu bilik ayah supaya ayah dapat perasan sesuatu yang tidak baik
berlaku. Saya memanggil ayah dengan nada perlahan memintanya membuka pintu dan
kemudian menukar nada suara supaya ayah perasan," katanya.
Beliau melahirkan rasa syukur kerana ayah dan anggota keluarganya selamat
dalam kejadian itu.
-- BERNAMA
ZAZ ZAZ KLS

No comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...