Saturday, November 23, 2013

Pelesit Palestin ditangkap...

 Pelesit Palestin Ditangkap...


Kuala Lumpur: Seorang lelaki Palestin yang disyaki menyeleweng dana orang ramai dan didakwa menumbuk ibu kandungnya sendiri gara-gara perselisihan faham berhubung isu pembahagian derma orang ramai untuk rakyat Palestin ditahan polis awal pagi semalam.
Sumber berkata, suspek berusia 27 tahun berkenaan pada mulanya dicari polis di kediamannya di sebuah taman perumahan di Kajang, dekat sini, kira-kira jam 1 pagi, bagaimanapun suspek tiada di rumah itu.

Namun, selepas itu, suspek hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang kira-kira jam 3 pagi sebelum terus ditahan.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu, namun memberitahu suspek sudah dibebaskan Mahkamah Majistret Kajang, semalam.

“Apapun, kes masih disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan dan Seksyen 323 kanun sama kerana sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan kesedihan seorang ibu warga Palestin berusia 60 tahun apabila mendakwa ditumbuk anaknya selain terkejut mengetahui anaknya juga pernah mengugut bekas suaminya (ayah suspek) serta bertindak kasar terhadap isteri yang juga warga tempatan sehingga keguguran.
Malah, ibu yang hanya mahu dikenali sebagai Zahrah itu juga berasa sangat sedih apabila mendapat tahu anak lelakinya itu juga menyalahguna wang rakyat Malaysia untuk membantu saudara seagama di Palestin khususnya Gaza.

Sementara itu, Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang fokus dengan isu Palestin dalam reaksi balasnya menyeru rakyat Malaysia menyalurkan sumbangan kepada badan, NGO atau institusi diiktiraf bukan melalui individu atau perseorangan.
Sumber: Harian Metro

No comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...