Pembunuh Norazita berjaya ditangkap polis
SUMBER DARI ASTROAWANI.COM
KUALA LUMPUR: Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Norazita Abu Talib, 37, dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya pada 23 Okt lepas, telah berjaya ditangkap polis pagi ini.
Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar
dalam laman Twitternya apabila beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan
Ops Cantas Bukit Aman yang dikatakan telah berjaya menangkap suspek di
Johor Baharu.
Dalam kejadian pada pukul 6.18 petang itu, Norazita, maut ditembak oleh
suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank
berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.
Mangsa
yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di
tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat
ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek.
Suspek kemudian melarikan sejumlah RM450,000 dari bilik kebal itu.
Rakaman video selama 32 saat, yang dipercayai sedutan CCTV memaparkan
insiden itu, telah tersebar dengan meluas di laman sosial ekoran
kejadian tersebut..
TUNGGU BERITA SELANJUTNYA ....
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;
{TERKINI}[GEMPAR] PEMBUNUH Kejam Ambank BERJAYA DITANGKAP POLIS
SUMBER DARI: http://celahgelegar.blogspot.com
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar
Tahniah kepada PDRM dan syukur kepada Allah atas penangkapan ini.
Pada 23 Oktober 2013 yang lalu, Norazita Binti Abu Talib pegawai bank ditembak mati di Subang Jaya. Mangsa dilaporkan ditembak oleh pengawal keselamatan ketika sedang membuka bilik kebal untuk menyimpan duit dalam bank berkenaan. Insiden berlaku pada pukul 6.30 petang di sebuah cawangan Ambank di USJ 2 Sentral, Subang Jaya.
Identiti pengawal keselamatan terbabit dikenali sebagai Ardi bin Hamza yang berasal dari Tawau Sabah, walau bagaimanapun maklumat tersebut diperolehi daripada kad pengenalan palsu yang dimiliki oleh pembunuh. Sebelum kejadian, mangsa telah memasuki bilik kebal bank bersama empat lagi pegawai bank serta suspek untuk menyimpan wang. Namun suspek yang bersenjatakan ‘pump gun’ telah bertindak dengan melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa. Suspek kemudian melarikan diri dengan motosika.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/pembunuh-norazita-berjaya-ditangkap-polis-25284?cp
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/pembunuh-norazita-berjaya-ditangkap-polis-25284?cp
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/pembunuh-norazita-berjaya-ditangkap-polis-25284?cp
No comments:
Post a Comment