Thursday, January 30, 2014

[ TERKINI ] Kanak-Kanak 6 Tahun Diculik Depan Tadika Di Bangi Hari Ini



Seorang budak lelaki berusia 6 tahun telah diculik di hadapan kawasan sekolah selepas ibunya menghantar dia ke sekolah hari ini. Kejadian itu berlaku pada 8.15 pagi di hadapan Tadika Baitul iffah di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.

 Keluarganya telah membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Bangi tidak lama selepas kejadian itu. Menurut ibu mangsa, Eryanis Dadameah , anaknya Muhammad Zarif Abdul Kalek berpakaian seragam sekolah apabila penculikan berlaku.

 Beliau berkata kanak-kanak itu telah diambil oleh seorang lelaki yang memandu sebuah Perodua Alza dengan nombor plat dari Pulau Pinang. Menurut Eryanis lagi, lelaki itu muncul secara tiba-tiba dan menolaknya sebelum menculik kanak-kanak itu.

Dia merayu supaya penculik tersebut membebaskan anaknya secepat mungkin di dalam keadaan selamat. Eryanis yang baru sahaja berpindah ke Kuala Lumpur pada bulan lepas memohon kerjasama semua pihak untuk membantu menyebarkan tentang kejadian ini dan mereka yang mempunyai maklumat diminta menghubungi polis di talian 999 atau ibu bapa Muhammad Zarif di 016-4665 866, 012-5610 487 atau 012-6518 638. – Malaysian Digest

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...