Wednesday, March 06, 2013

Pencerobohan Askar Diraja Sulu di Malaysia Part 12


Berita Utama

Dakwaan bunuh

Kuala Lumpur: Membunuh lapan anggota polis adalah antara tuduhan yang akan dikenakan terhadap pengganas bersenjata di Sabah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
“Sekiranya mereka melanggar undang-undang Malaysia, mereka akan dihadapkan ke mahkamah di negara ini bagi jenayah yang mereka lakukan, yang pasti kerana melakukan pembunuhan.
“Ia bukan peperangan (di Sabah), tetapi pencerobohan terhadap negara serta kedaulatan kita dan Malaysia bertindak sewajarnya menangani keadaan ini.

“Sekiranya ia peperangan, maka Konvensyen Geneva akan terpakai. Tapi, ini tidak. Ia masih di peringkat pencerobohan.
Foto
ANGGOTA komando tentera menaiki sebuah pesawat untuk menyertai pertempuran di Kampung Tanduo, semalam.
“Jadi, langkah terbaik ialah menyerahkannya kepada polis kerana apabila melibatkan keselamatan negara, ia menjadi tanggungjawab polis,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada majlis dialog mengenai penubuhan Majlis Hukuman di sini, semalam.
Mengenai Majlis Hukuman, beliau berkata, masanya sudah tiba bagi Malaysia memberi pertimbangan terhadap penubuhannya untuk memperkemas pentadbiran keadilan di negara ini.

No comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...