Polis Dikorek Mata,Dibelah Perut Dan Tangan Dipotong Penceroboh. Ditawan kemudian dipenggal kepala merupakan antara kekejaman yang tiada tara dilakukan pengganas Sulu ke atas anggota keselamatan negara.
LAHAD DATU 7 Mac - Ditawan kemudian dipenggal kepala merupakan antara
kekejaman yang tiada tara dilakukan pengganas Sulu ke atas anggota
keselamatan negara.
Bukan itu sahaja, seorang anggota pasukan keselamatan yang turut ditawan
dirodok perutnya menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dadanya
dibelah dan dikeluarkan segala organ dalaman.
Badan wira negara juga ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan
sebelum dicampak ke laut manakala ada antara mereka maut kerana kedua
biji mata mereka dicungkil menggunakan senjata tajam.
Seorang lagi anggota pasukan keselamatan walaupun terselamat menjadi
cacat apabila kedua-dua belah tangannya kudung akibat ditetak dan
kepalanya dikelar menggunakan kerambit.
Kesemua wira negara itu diperlakukan sedemikian selepas diserang hendap pada 2 Mac lalu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.
Perbuatan yang sangat sadis dan tidak berperikemanusiaan itu menimbulkan
tanda tanya apakah mereka ini di bawah pengaruh dadah atau ilmu hitam.
Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyatakan
beliau amat dukacita apabila niat suci Malaysia untuk tidak membenarkan
setitik darah tumpah di bumi Sabah dibalas dengan kekejaman oleh
pengganas Sulu terhadap anggota keselamatan.
Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Facebook hari ini
mengesahkan, selepas operasi menyelamat dibuat anggota komando VAT 69,
mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan penuh kejam.
"Apabila tiba di Kampung Simunul, pasukan polis diserang hendap oleh
penceroboh. Enam anggota polis terkorban manakala dua yang lain cedera.
Enam penceroboh bersenjata telah dibunuh pihak polis.
"Polis menghantar pasukan penyelamat untuk membawa keluar mayat
wira-wira kita. Mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku
dengan kejam oleh penceroboh bersenjata tersebut," katanya.
Dalam serangan itu, enam anggota polis maut iaitu Supritendan Ibrahim
Lebar, Asisten Supritendan Micheal Padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan
Aziz Sarikun, Koperal Salam Togiron dan Lans Koperal Mohd. Azrul
Tukiran.
Semua mereka yang maut itu kemudian diberi kenaikan pangkat berkuat
kuasa serta-merta sebagai menghargai jasa dan pengorbanan wira yang
diumumkan sendiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu
Bakar.
Terdahulu, pada 1 Mac lalu, pengganas Sulu juga bertindak keji apabila
berpura-pura menyerah diri dengan mengangkat bendera putih sebelum
menembak mati dua anggota komando VAT 69 dan mencederakan tiga yang lain
di Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Allahyarham Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin
Daud, 46, yang menyangka pengganas Sulu ikhlas kemudian bangkit daripada
posisi meniarap menyebabkan kedua-dua mangsa maut ditembak di kepala.
Read more: http://www.xlupa.com/2013/03/polis-dikorek-matadibelah-perut-dan.html#ixzz2MvD6BwYD
No comments:
Post a Comment