Wednesday, March 06, 2013

Pencerobohan Askar Diraja Sulu di Malaysia Part 13


TERKINI LAHAD DATU: GAMBAR 13 KUBUR DAN MAYAT PENCEROBOH SULU DIDEDAHKAN (5GAMBAR)




LAPORAN KRONOLOGI OPS DAULAT 6 MAC 2013
4.25 ptg - Sidang Media DS Hishamudin dan Zahid Hamidi

-13 Mayat Penceroboh ditemui ketika ini
-CID dan Forensik Menemui Kubur 7 Penceroboh
-Pasukan Forensik diserang ketika membuat pemeriksaan dan pengesahan kubur dan mayat penceroboh kira-kira jam 1.45 ptg,
-Anggota keselamatan menemui sejumlah senjata yang digunakan penceroboh)
-Tiada Anggota Keselamatan yang tercedera pada Ops Daulat Hari Kedua
-Kedua-dua Menteri Menekankan bahawa orang ramai perlu yakin dan mempercayai kemampuan anggota keselamatan dari PDRM dan ATM
-Pengamal media sosial khususnya perlu lebih bertanggungjawab dan menghormati anggota keselamatan serta keluarga-keluarga wira yang terkorban,
-Gambar-gambar di lokasi serangan dipertontonkan kepada media


Laporan akhbar tempatan hari ini mendakwa seramai 30 orang penceroboh Sulu terbunuh dalam serangan besar-besaran melalui Ops Sulu, yang kemudiannya dinamakan Ops Daulat, di pantai timur Sabah semalam.
“Jumlah tersebut menjadikan keseluruhan pengganas Sulu yang berjaya ditumpaskan ATM dan PDRM sehingga kini ialah 49 orang, manakala di pihak anggota keselamatan negaratiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa berlaku dalam operasi itu,” laporan Utusan Malaysia dipetik.





No comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...