Berita Utama
Buru sampai lubang cacing
Oleh Yusri Abd Malek, Mohd Razlan Salleh, Zaitie Satibi, Syah Rul Aswari Abdullah, Shamran Sarahan, Mohd Firdaus Ibrahim, Junaidi Ladjana, Nurhidayatidayu Razali, Muhamaad Hafis Nawawi, Asmah Rusman, Fardy Bungga, Yusmizal Dolah Aling dan Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
Lahad Datu: Saki baki pengganas dari Sulu, Filipina, yang dipercayai masih bersembunyi di Kampung Tanduo, dekat sini, akan dijejaki dan diburu `hingga ke lubang cacing’ oleh anggota pasukan keselamatan negara.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, sehingga petang semalam, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih melakukan operasi pembersihan dan penggeledahan di kawasan seluas empat kilometer persegi sekitar kampung itu yang diisytiharkan sebagai zon pertempuran.
“Operasi menjejak ini dilakukan kerana kita yakin ada pengganas masih hidup serta cuba melarikan diri. Serentak dengan itu juga, saya mengarahkan semua komander supaya lebih berhati-hati kerana tidak mahu ada lagi nyawa yang terkorban.
“Operasi dijalankan dengan perlahan dan berhemah berikutan keadaan bentuk muka bumi yang tidak rata dan berbukit. Sehingga sekarang operasi masih berjalan,” katanya pada sidang media Residental Felda Sahabat, kira-kira jam 4.30 petang semalam.
“Operasi dijalankan dengan perlahan dan berhemah berikutan keadaan bentuk muka bumi yang tidak rata dan berbukit. Sehingga sekarang operasi masih berjalan,” katanya pada sidang media Residental Felda Sahabat, kira-kira jam 4.30 petang semalam.
ANGGOTA tentera berkereta perisai memasuki Kampung Tanduo, semalam.
Menurutnya, operasi bersih dan geledah itu bermula kira-kira jam 11 pagi, sejurus serangan melalui udara dan darat dihentikan. Sebelum itu, serangan melalui udara selama kira-kira 30 minit dilakukan bermula kira-kira jam 7 pagi menggunakan tiga jet pejuang F/A-18D dan lima pesawat Hawk yang melepaskan tembakan ke arah zon sasaran
No comments:
Post a Comment